Pages
▼
Wednesday, June 16, 2010
Open Letter to Solusi Magazine
Syukur Alhamdulilah, Komen saya telah dipaparkan dalam Majalah Solusi No.20 . Saya tak terfikir apa yang saya menulis boleh dipilih sebagai salah satu komen dalam Majalah Solusi terbaru... Bagaimanapun saya meletakkan email asal saya di sini sebagai kenangan. (Thanks to editor Solusi remarks my spelling mistakes... )
Assalamualaikum kepada syarikat penerbit majalah solusi.
Alhamdulilah, saya menemui majalah solusi dengan keizinan Allah swt. Sebenarnya saya adalah seorang Muallaf yang berbangsa cina, saya memeluk islam pada tahun 2008 bulan Ramadhan. Demi mencari ilmu yang datang daripada Allah swt, saya sering mengunjungi kedai buku islam. Bagaimanapun, adalah amat menyukarkan bagi saya memahami kandungan yang terdapat dalam buku agama kerana saya masih kabur dengan berbagai istilah ayat yang merujuk kepada Al-Quran. (Seperti Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, Minda Muslim Power) Bagaimanapun saya tetap berusaha atas niat saya yang teringin mendalami Agama Islam dengan sedaya upaya.
Saya juga membeli majalah yang berdasarkan agama islam, tetapi saya rasa amat kecewa kerana kandungannya dicampur aduk dengan pandangan penulis tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Rasullulah. Walaupun saya masih dalam pembelajaran Fardu Ain tetapi saya juga mengetahui jika terdapat segala persoalan atau perselisihan hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Rasullulah sahaja. Memang tidak dinafikan majalah islam lain amat menghiburkan, tetapi bagi saya tiada manfaatnya membuat prasangka semata-mata tanpa dalil yang kukuh.
Suatu hari pada tahun lepas, saya menghadiri kursus kerajaan dengan menaiki bus ekspress ke Negeri Melaka. Sebelah saya adalah seorang lelaki melayu yang saya tidak kenali. Kami tidak sembang sehingga dia ternampak saya membeli majalah islam di stesen petrol dalam pertengahan jalan. Maka dia mula menanya nama saya dan bagaimana saya tergerak hati memeluk islam.
“Kamu patut beli Majalah Solusi, harganya mahal sikit tetapi kamu boleh mendapati info islam yang lebih tepat.”
Inilah perbualan yang saya tidak boleh melupai sehingga saya tamat kursus dan balik negeri asal menjalankan tugas kerja saya. Saya masih teragak-agak membeli Majalah Solusi kerana anggapan saya terhadap majalah di Malaysia ialah : “ Betulkah ada majalah islam yang sejati wujud di Malaysia? Bukankah Majalah hanya mementingkan pasaran dengan memasukan info hiburan yang merepek?”
Sehinggalah Tahun 2010 bulan februari, saya pergi ke kedai buku mamak dan menanyakan peniaga : “Sini ada jual Majalah Solusi ke?”
“Adik, Majalah Solusi baru habis. Majalah tu banyak orang beli, kalao u mahu boleh datang minggu depan.”
Saya rasa agak kecewa dan hampir berputus asa membelinya, tiba-tiba makcik tu keluarkan sebahagian majalah yang diletak tepi rak buku. “Kami ada edisi yang lama punya, u boleh tengok-tengok. Saya boleh bagi diskaun RM1.” Maka saya pun meneliti setiap edisi yang ada, saya mendapati tajuk yang pada muka hadapan majalah amat menarik. “Ingatlah! Mati itu datang tiba-tiba, Ikhlas dalam bekerja, Hidayah kompas kehidupan” dan sebagainya. Yang paling menarik minat saya ialah isu Hidayah, saya sering kali diucapkan taniah kerana mendapati hidayah. Malah, apabila saya menanya orang apakah itu Hidayah? Jawapannya ialah “Hidayah ialah Petunjuk.”
“Pentunjuk? Maknanya saya dapat petunjuk.. Maka kenapa petunjuk boleh dikatakan sungguh susah didapati? Apa yang dimaksudkan dengan petunjuk sebenarnya?” orang yang saya menanyai terdiam.. saya pun segan nak menyambung perbualan lagi.
Maka saya berusaha mencari info di internet, mencari buku islam yang menyentuh isu Hidayah, mendengar Khutbah semasa Sembahyang Jumaat dan sebagainya. Akhirnya saya hanya dapat sedikit info di internet mengenai 5 peringkat Hidayah, tetapi saya masih kurang memahaminya kerana tiada huraian yang lebih jelas. Lagipun amat sukar mencari info di internet kerana saya pernah ditipu oleh blog yang tidak bertanggungjawab, iaitu konon-kononnya puasa sunat sebelum bulan rahmadhan merupakan hukum haram.
Akhirnya, saya hanya membeli satu majalah solusi yang menyentuh isu Hidayah sekadar percubaan membaca. Selepas membacanya, saya menitis air mata bersendirian dalam rumah kerana saya telah memahami betapa agungnya Hidayah yang datang daripada Allah swt. Ketua Editor Solusi telah memberikan saya gambaran keseluruhan terhadap Hidayah, dengan cara penyampaian yang menarik dan senang difahami. Syukur alhamdulilah kerana saya menjumpai jawapan yang mencari-cari selama setahun lebih dalam Majalah Solusi.
“Erti” Allah dalam Akidah Islam, edisi 12, yang ditulis oleh Ustaz Mohd. Nidzam Abd. Kadir juga sungguh bermakna kepada saya, kerana saya sering mencari info mengenai Kalimah Allah dalam surat khabar dan Forum Internet tetapi akhirnya hanyalah pendapat penulis sendiri semata-mata tanpa dalil. Ustaz Mohd. Nidzam mampu memberi huraian berdasarkan ayat dalam Bible dan Al-Quran adalah amat berinfomatif.
Selepas itu, saya kembali ke kedai buku itu dan membeli beberapa naskhah Majalah Solusi yang lama. Malangnya, saya hanya sempat beli 6 edisi yang lama kerana kehabisan stok.
Selain itu, Majalah Solusi amat mudah difahami. Kamus Istilah amat berinfo bagi saya, isu mendidik anak juga berguna kerana saya baru dikurniakan cahaya mata yang berumur 4 bulan. Boleh kata saya umpamanya membaca seluruh buku agama yang ada dalam kedai buku dengan sepintas lalu.
Akhir kata, saya email kepada Syarikat Majalah Solusi bukannya mengharapkan sebarang hadiah ataupun disiarkan komen dalam majalah. Saya hanya ingin mengucap syukur alhamdulilah dan terima kasih kepada Syarikat Telaga biru, Ketua Editor Solusi En. Pahrol Mohamad Juoi, Kolumnis serta semua yang terlibat dalam usaha menjayakan penerbitan Majalah Solusi. Saya harap Majalah Solusi boleh teruskan pernebitan info Islam yang sejati tanpa melibatkan cerita merepek. Jika boleh, saya ingin menempah edisi lama yang ada untuk tujuan pengumpulan. Harapkan Syarikat Telaga Biru boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Saya memohon maaf atas segala kesilapan tatabahasa yang ada dalam email saya. Sekian, assalamualaikum…
Ikhlas daripada,
Ikhwan Ng
Alhamdulillah, saya dah pernah baca blog encik yg dalam chinese tu tp saya xpaham, sebb saya x belajar bahasa cina. My mistake. :D
ReplyDeleteCadangan saya:
1) saya harap encik boleh tulis pula bagaimana hati encik tersentuh. Contohnya apa tindakan rakan2 islam encik ketika dulu kala yg menyebabkan encik rasa islam itu sgt cantik. Mungkin ini akan jadi panduan yg sgt berguna buat pendakwah muda seperti saya. Mungkin encik boleh elaborate bagaimana perasaan encik ketika melihat kwn2 bersolat, ketika encik mendengar azan & sebagainya. Insya Allah, saya boleh gunakan dalam gerak kerja saya. Insya Allah. terima kasih encik Ng.
Encik jangan bimbang saya akan murtad. Saya xkan sesekali menggadaikan agama saya. Semakin banyak saya belajar agama lain, saya semakin yakin kepada Islam. Terima aksih atas nasihat encik yg mengatakan agar saya berhati2 jgn sampai murtad. =D
2)
Yang blog chinese tu tiada unsur agama langsung, cuma kongsikan kehidupan saya sahaja..
ReplyDelete1)ya, sebenarnya blog saya ni bukan ingin mengajar semua ttg islam kerana ada ramai lagi ustaz yang lebih alif dalam bidang tu. Jadi saya cuma boleh menuliskan apakah pandangan saya ttg islam sebelum dan selepas saya reverted. Saya akan cuba menulis apa yang diminta oleh kamu iaitu perasaan saya semasa melihat kwn2 bersolat..
2)hmm.. sebenarnya mendakwah non muslim bukan perkara yang senang, semoga kamu boleh berjaya..
Terima kasih encik Ng, skrg saya cuma mendekati rakan2 chinese saya, kdg2 saya rasa cm bodoh jer bila makan sama dengan mereka, sebab saya langsung xpaham apa mereka cakap, tapi alhamdulillah, mereka sedar yg saya xpaham n mereka cuba ajak saya berbual ttg topik2 lain..hehe..saya bukan nak jauhi melayu tp skrg bagi saya non muslim is my priorty for me to approach them..cuba skrg saya menghadapi masalah komunikasi..tp saya tetap juga menebal muka ajak rakan2 chinese saya untuk makan sekali kerana saya mahu mendekati mereka..:D
ReplyDeleteMaaf, jika saya selalu ganggu encik dengan banyak soalan or anything, sebab saya dari form 1 untill form 5 belajar di sekolah agama, memang xde rakan cina muslim yg boleh guide saya..hehe..lagipun bila saya masuk bidang perubatan ni, saya banyak di dedahkan dengan dakwah,,=D
ReplyDeleteAssalamualaikum brother Ikhwan. I was just going through this Solusi and realized that your letter was published there. May Allah S.W.T guide you and your loved ones to become better Muslimin and Muslimah. :)
ReplyDeleteHafiz:
ReplyDeleteSama2.. sebenarnya berdakwah Rukun Islam dan Rukun Iman yang paling penting. Tak perlu debat jauh sangat sehingga isu hukum2 Islam kerana jika mereka menerima hukum pun, hati tetap tak terbuka mengenai Allah swt..
Hajar:
Wslm.. Solusi is the best mag I ever read, Thanks for your wish..
Taufik ini boleh kita faham sebagai sebuah "kesedaran" yang Allah datangkan pada setiap manusia.
ReplyDeleteManakala Hidayat pulak akan datang bila manusia buat usaha atas kesedaran.
http://keretamayat.blogspot.com/2015/04/taufik-dan-hidayat-apa-tu.html