Pages

Tuesday, July 27, 2010

Bagaimana berdakwah kepada Non-Muslim?

Surat Rasulullah kepada Hirarclius (Herkules) Penguasa Romawi (Raja Byzantin).

Sering kali kawan-kawan tanya saya bagaimana berdakwah kepada non-muslim.‭ Ini adalah suatu perkara yang amat susah.‭ ‬Terutama sekali,‭ ‬Hidayah Taufik adalah hak‭ ‬mutlak Allah swt,‭ ‬tiada sesiapa boleh mendapatnya sekiranya Allah swt tidak mengizinkan‭…‬ Dan tidak dapat terhalang sekiranya Allah swt membuka hati pintu hambaNya.‭

Hati‭ ‬dan Akal‭ ‬manusia adalah ciptaan Allah swt yang paling istimewa.‭ ‬Ia mampu berfikir,‭ ‬berdoa,‭ ‬menuju jalan kebaikan mahunpun menikmati alam dunia.‭ ‬Tetapi hati juga boleh terjerumus dalam lembah hawa nafsu,‭ ‬sehingga membawa kerosakan ke dunia.‭ ‬Seterusnya,‭ ‬setiap manusia juga mempunyai pemikiran yang tersendiri,‭ ‬tiada formula tertentu yang boleh mengukur hati perut manusia.‭

Bagaimanapun,‭ ‬non-muslim juga boleh tergolong kepada beberapa golongan.‭

1‭) ‬Penganut Agama lain-lain yang tidak mengetahui‭ ‬ajaran‭ ‬Islam langsung.‭ ‬Mereka sering mempunyai‭ ‬ persepsi negatif terhadap Islam atas pengaruh Media Hollywood,‭ ‬surat khabar dan khabar angin.‭ ‬Mereka asyik tanya soalan mengenai fitnah-fitnah terhadap Islam seperti‭ ‬:‭ ‬Betulkah lelaki muslim boleh kahwin empat dengan sesuka hati‭?

2‭)‬ Penganut Agama yang setia sungguh dengan ajaran diorang.‭ ‬Mereka bagai memeluk balak besar sehingga enggan melepaskannya.‭ ‬Balak telah menjadi‭ ‬“pegangan hidup‭”‬ mereka yang kekal,‭ ‬padahal balak tu tidak bercakap-cakap dan tidak berkuasa. Ia juga merupakan Ciptaan Allah s.w.t. semata-mata. Jika ingin minta mereka melepaskan balak ialah sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh mereka.‭

3‭) ‬Penganut Agama yang setia dan agressif terhadap agama lain-lain.‭ ‬Mereka sering mencari kesilapan yang ada pada setiap agama supaya menimbulkan keraguan dan konflik‭ ‬terhadap agama tersebut.‭ ‬Tujuan mereka‭ ‬kiranya‭ ‬“berdakwah‭”‬ juga tetapi melalui fitnah dan kekeliruan yang ada pada penganut agama tertentu.‭ ‬(Senjata non muslim berdakwah ialah fitnah yang tidak berasaskan kebenaran, sekiranya kebenaran dijelaskan, mereka tetap mengabaikannya.) Contoh yang terbaik boleh didapati dalam Forum Post ini‭ ‬:‭ ‬Soalan dari non-muslim (from Cari Forum).‭ ‬Konon2nya dia merupakan non-muslim yang bersikap ingin tahu tentang Islam,‭ ‬sebaliknya setiap soalan yang dilontarkan adalah‭ bertujuan untuk ‬menimbulkan kekeliruan dan keraguan umat islam semata-mata supaya kita menjauhi ajaran suci‭ ‬Islam.‭ ‬Nauzubillah‭…‬

4‭)‬ Akhir sekali,‭ ‬orang yang sedang mencari-cari Tuhan Semesta yang mencipta segalanya.‭ ‬Apakah tujuan hidup‭ ‬manusia‭ ‬sebenarnya‭?‬ Siapakah Tuhan sebenarnya‭? ‬Kebanyakan daripada mereka selalu menukar agama tetapi akhirnya‭ ‬gagal menemui jawapan dan ketenangan.

Bagaimanapun,‭ ‬ hanya Allah swt Maha Mengetahui.‭

Demi masa,‭ ‬sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.‭ ‬Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,‭ ‬dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta‭ ‬berpesan-pesan dengan sabar.

‭(‬Surah‭ ‬Al‭ '‬Asr‭ ‬:‭ ‬ayat‭ ‬1-3‭)

Kita tidak boleh asyik menjawab soalan yang‭ ‬dilontar oleh non muslim sahaja,‭ ‬sebaliknya‭ ‬kita perlu mengajaknya berfikir.‭ ‬Islam bukan ajaran yang diikuti dengan‭ ‬buta tuli,‭ ‬setiap syariat Islam mesti terkandung hikmahNya.‭ ‬Jadi kita perlu menyampaikan Kebenaran yang bermulai dengan Rukun Iman.‭ ‬Siapakah Allah swt‭? ‬Apakah peranan Nabi‭? ‬Adakah Islam membantah Nabi Isa/Jesus‭? ‬Kenapa ada kitab-kitab yang nampaknya‭ ‬“lebih kurang sama‭”‬? Manakah manusia kembali selepas meninggal dunia‭?

Kesabaran juga amat penting kerana non muslim kadang kala boleh menanya soalan yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.‭ ‬Sabar la‭…‬ mungkin‭ ‬dia tidak mengetahui apakah Islam sebenarnya,‭ ‬maka tanggungjawab kita sebagai umat islam ialah menyampaikan Kebenaran yang bukan direka-reka,‭ ‬malah bukan pandangan sendiri.‭ ‬Sekiranya mereka berpaling,‭ ‬kita juga tidak perlu menanggung dosa mereka atas kedegilan mereka sendiri‭…‬ Bagaimanapun‭ ‬bergantung kepada niat non muslim yang bertanya,‭ ‬adakah dia bersikap ingin tahu atau saje nak mencaci‭? ‬Jika‭ ‬niat dia bukan ikhlas,‭ ‬usah kamu layan kerana dia sedang memperbodohkan umat Islam sahaja.‭ ‬

Sekiranya kita mampu menyampaikan Rukun‭ ‬Iman walaupun sedikit,‭ ‬sebenarnya kita sedang mendorong non muslim mendekati Islam.‭ ‬Mengajaknya berfikir,‭ ‬adakah berhala mampu bercakap2‭? ‬Adakah‭ ‬alam ini terjadi sendiri tanpa Pencipta‭? ‬Jika kita asyik memberi jawapan,‭ ‬maka non muslim akan menolak habis tanpa memikir tentangnya.‭ ‬Berfikir la‭…‬


Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud,‭ ‬“Allah s.w.t.‭ ‬berfirman,‭ ‬‘… Jika seorang hamba mendekati-Ku dalam jarak sejengkal,‭ ‬maka Aku‭ ‬akan mendekatinya dalam jarak satu hasta.‭ ‬Jika ia mendekatiku dalam jarak satu hasta,‭ ‬maka Aku‭ ‬akan mendekat kepadanya dalam jarak satu depa.‭ ‬Apabila dia datang kepada-Ku berjalan,‭ ‬nescaya Aku akan mendatanginya secara berlari.‭”‬ (Riwayat al-Bukhari‭)

Kita hanya mampu menjalankan usaha yang sungguh sedikit untuk berdakwah,‭ ‬bagaimanapun Hidayah Taufik masih merupakan hak mutlak Allah s.w.t.‭ ‬Berdoa kepada Allah swt setiap kali selepas sembahyang agak pintu hati mereka dibuka,‭ ‬merayu kepada Allah swt agak orang yang kamu kasihi akan bersikap proaktif mendekati Islam...
Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,‭ ‬tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.‭ ‬dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.

‭(‬Surah‭ ‬Al Qasas‭ ‬:‭ ‬56‭)

Cara yang paling baik ialah menghadiahkan buku-buku seperti Rukun Islam dan Iman, Apakah Ajaran Islam dan Al-Quran kepada non muslim yang ingin mengetahui Islam.‭ ‬Kerana membaca‭ ‬adalah lebih baik di sisi Allah s.w.t. ‬seperti wahyu pertama yang diturunkan melalui Malaikat Jibrial kepada‭ ‬Nabi Muhammad s.a.w.


Bacalah‭ (‬wahai Muhammad‭) ‬dengan nama Tuhanmu yang menciptakan‭ (‬sekalian makhluk‭)‬.‭ ‬Ia menciptakan manusia‭ ‬dari sebuku darah beku.‭ ‬Bacalah,‭ ‬dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.‭ ‬Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.‭ ‬Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ‭(‬Surah‭ ‬Al‭ '‬Alaq‭ ‬:‭ ‬1-5‭)


Semoga Allah s.w.t.‭ ‬membuka‭ ‬hati pintu‭ ‬hamba Allah‭ ‬yang masih merempat untuk memohon HidayahNya,‭ ‬Aminn‭…‬

1 comment:

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.