Pages
▼
Wednesday, September 1, 2010
"Soalan" by Sister Aliya
This article are posted from Sister Aliya's "Soalan" (Link to Original Post).
I found out those question are exactly what I faced, and I have met some answer for few question. I will write out fews article according to those question.. I need times to collect some interesting fact first, please stay tuned..
Saya masih ingat, ketika saya mula minat Islam, banyak juga perkara yang mengelirukan saya sehingga saya tidak pasti sama ada tindakan memeluk Islam adalah sesuai dan baik.
Bukannya kerana saya tidak percaya kepada wujudnya Tuhan Yang Esa.
Bukannya kerana saya tidak percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar.
Cuma... saya masih ada soalan yang belum berjawab, dan reaksi sesetengah orang Islam sendiri turut mengelirukan saya. Ia sedikit sebanyak melengahkan saya daripada memeluk Islam.
Soalan yang sama juga ditujukan kepada saya oleh nonMuslim yang seolah-olah menyindir saya apabila mengetahui minat saya pada Islam ketika itu. Begitu juga, ditujukan oleh ahli keluarga apabila menyedari minat saya itu, dengan harapan minat saya terhadap Islam akan semakin pudar.
Di antara yang menghantui saya ketika itu:
1. Mengapa mahu peluk Islam sedangkan Islam itu banyak sangat ritual keagamaannya berbanding agama lain? Mesti sembahyang 5 kali sehari, mesti puasa, mesti bertudung dll sedangkan agama lain mudah sahaja?
2. Kalau Islam itu baik, mengapa ramai orang Islam menjadi Mat Rempit, penagih dadah, perogol, perompak, buang anak, berzina dan sebagainya? Bukankah itu menunjukkan ajaran Islam itu ada kelemahannya?
3. Mengapa orang Islam masih bergaduh/berperang sesama sendiri sedangkan Islam itu mengajar kedamaian? Antara orang politik, antara jiran tetangga, antara ahli keluarga? Kalau Islam itu baik, tentu orang Islam tak bergaduh sesama sendiri sebaliknya bersatu?
4. Islam membenarkan pergaduhan dan pembunuhan? JI, Taliban, Islam terrorists... semua mereka adalah orang Islam, bukan?
4. Kalau saya peluk Islam, di manakah boleh saya tinggal kalau saya dihalau oleh keluarga? Bagaimanakah saya nak hidup sedangkan segala perbelanjaan seharian disediakan oleh ibu bapa? Saya tak mahu tinggal di rumah perlindungan yang jauh dari pusat bandar kerana bimbang tak dapat sesuaikan diri tanpa kemudahan internet dan sebagainya.
5. Perlukah saya memberitahu keluarga saya bahawa saya mahu peluk Islam? Atau masuk Islam secara senyap-senyap?
6. Kalau saya masuk Islam secara senyap-senyap dulu dan berlakon seolah-olah saya belum Islam di hadapan ahli keluarga, bukankah itu bermaksud saya menipu ibu bapa dan ahli keluarga saya? Bukankah Islam mengajar umatNya supaya sentiasa jujur?
7. Apabila saya memeluk Islam, saya tidak lagi boleh melibatkan diri dalam ritual keagamaan keluarga saya yang masih nonMuslim. Sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia, saya akan dituduh anak derhaka dan tidak mengenang budi kerana tidak melakukan upacara keagamaan mereka kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam? Bagaimana saya harus hadapi keadaan itu nanti?
8. Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam, seterusnya tidak lagi dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi. Benarkah tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam?
9. Perlukah saya menjadi Melayu apabila memeluk Islam, yakni berpakaian ala orang Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu? Bagaimanakah saya harus kekalkan identiti saya sebagai orang Cina tetapi beragama Islam?
10. Orang Islam mendakwa bahawa Islam itu agama benar dan Allah itu Maha Esa, dan hanya satu tuhan. Apakah buktinya yang boleh saya yakinkah kepada ahli keluarga saya yang begitu negatif terhadap Islam?
Syukur alhamdulillah, dengan izinNya saya berjaya melakukannya, berhijrah dan memeluk Islam.
Bagaimana pula dengan mereka yang masih menanti jawapan kepada soalan-soalan seperti di atas, mereka yang 50%, 60% atau 70% berminat memeluk Islam?
Bolehkan anda membantu menjawab soalan-soalan tadi untuk meyakinkan mereka?
Assalamualaikum brother Ikhwan,
ReplyDeleteI also face these questions from my non-Muslim friends. One of the questions they ask is; "If a Muslim woman must wear the hijab, then why isn't all Muslim women wearing it?". That's just the tip of the iceberg, but I try my best to provide answers. I'm looking forward to reading your answers. :)
wslm Hajar...
ReplyDeleteWell I am not so clever to answer those question, because I am still learning everything about Islam... But I just found an interesting video, we should share it to others if they really want to know the Hikmah of Hijab..
http://www.youtube.com/watch?v=3mhqgrYgNJ4
you dun need to answer all those questions. the answers are in your mind and heart.
ReplyDeleteit is pathetic situation.
it just like this, I am a rich guy, I have a lot of money, my accounts.... money... full.... i can buy this and buy that.... BUT... the people around me like my son my daughter are very poor and i dun even give them money... SO who wants to believe it?
Some question is really face by muslim nowadays and need to be solved. However also some question is simply "mind trap" to put doubt in muslim so they will stay away from Islam.
ReplyDelete1. mengapa mahu jadi manusia sedangkan manusia itu sendiri banyak kelemahannya,keperluannya malahan permintaannya.
ReplyDelete- makan 3 ke 6 kali sehari;
sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, dan minum malam. SUSAH BENAR KE NAK BERTERIMA KASIH KEPADA TUHAN YG MEMBERI KITA REZEKI.
- berpuasa;
orang2 beragama hindu, kristian, yahudi dan sami shaolin pun berpuasa, apa masalahnya? cuma yg berbeza adalah cara amalan dan perlaksanaan. kebaikkan berpuasa itu terbukti dalam amalan perubatan dapat merehatkan organ2 perut daripada bekerja sepanjang tahun.
even a doctor who treats a diabetic patient will ask them to fast for a period b4 starting the treatment. so u guys re telling me that u re more willing to follow a doctor's "RITUAL" who is unsure about life and death RATHER then the GOD (ALLAH) HIMSELF who creates and end it?
next time u see ur diabetic doctor, say this to his face, doctor i refused to fast as PUASA is not in my believe.
- bertudung
rambut sama hitam tetapi hati lain2x. begitulah halnya dengan soal IMAN. dikalangan umat ISLAM itu sendiri tingkat keimanan adalah berbeza2. sejauh mana mereka percaya dengan janji dan ancaman ALLAH, begitulah halnya dengan penciptaan syurga dan neraka. in ISLAM wearing tudung is not optional, it is a MUST.
THE BEAUTY BEHIND WEARING TUDUNG from my personal opinion;
the NORMS/RITUAL of people when givng out present, they always wrap their gifts with ribbons and plastics,and some with even cards. the feeling of joy and excited when unwrap those gifts during boxing day makes them feel happy and give them a sense of anxiety and excitement. how do u think these people or children will feel when u hand out a gift to them with a wallmart pricing tags still attach to it?
in ISLAM, the aurat of a woman is that to be include of her hair, and the rest of the body. a woman is an aurat to strangers in exception to those whom declared as non as in AL-QURAN. for her future husband a woman with a tudung is a TRUST and RESPONSIBILITY from god need to be taken care of. and what more could be a gift to them rather then a wrapped gift that comes with a ribbon and a card..
SOMETIMES "HYPOCRISY" JUST MAKE ME WANNA BURST IN LAUGH. WHEN IT COMES TO THEIR BENEFIT AND GAIN, THEY WILL JUSTIFY IT, BUT WHEN IT COMES FROM GOD THEY TAKE IT AS A RITUAL WHICH IS BORING, BAD, TIME CONSUMING, NOT IN TREND AND ETC'S..
2. Namakan saya satu AGAMA/KEPERCAYAAN yg mengajar umatnya menjadi penzina, buang bayi, perogol, merompak, mat rempit dan sebagainya?
ReplyDeletesamada agama itu turun daripada tuhan, ataupun agama yg datang dari manusia malahan free thinkers sekalipun TIDAK ADA yang mengajar manusia berbuat semua itu kerana FITRAH manusia itu asalnya adalah baik dan suka kepada kebaikkan.
Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
(AN-NAHL:4)
Lalu salah siapa jika seseorang itu menghisap dadah, merempit, memaki polis, melakukan penzinaan, minum arak, berdisko sampai pukul 3-4 pagi balik ganggu jiran nak tidur, judi lotto, judi lumba kuda, dan sebagainya? apakah fitrah manusia itu semenjak dari kelahirannya sebagai bayi itu suka kepada kejahatan? berikan sy dalil daripada mana2 agama yg menasihatkan umatnya berjudi? berdisko laki perempuan dah takda perasaan malu. even confucius yg tak beragama tu pun menekankan prinsip moral peribadi, ketepatan hubungan sosial di kalangan lelaki dan perempuan. inikan pula agama. JANGAN DISALAHKAN AGAMA, YG TIDAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN ITU ADALAH MANUSIA.
“Katakanlah, “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.”
(AL-MAIDAH:77)
ISLAM mengajar penganutnya supaya berwasatiah di dalam melakukan apa2x perkara sekalipun dan mereka yg bersikap berlebih2an itu sangat2lah tidak disukai oleh ALLAH swt. baik kita sedang marah, ketawa, suka, duka, meraikan sesuatu, meratapi sesuatu pun kita dituntut supaya tidak berlebih2an. tiada istilah terorist atau pelampau didalam ISLAM kerana yg jelas itu bukan ajaran nabi. baik didalam adab makan pun kita disarankan supaya berhenti sebelum kenyang. ajaran ISLAM meliputi seluruh aspek kehidupan. konsep terrorist adalah dakyah barat dan zionist dalam menghalakan matlamat dan cara mereka. itu dah masuk bab yg lain.
3.ISLAM mengajar kedamaian. setuju.
ReplyDeletetetapi letakkanlah sesuatu itu pada tempatnya. dan perdamaian bukanlah satunya2 perkara yg diajarkan oleh ISLAM dalam menangani konteks permasalahan dari dulu hingga sekarang.
"ketuklah paku dengan menggunakan pahat dan bukannya tangan untuk mengelak terluka. tangan bukanlah digunakan untuk melakukan segala-galanya. makan dan bersucilah dengan menggunakan tangan, tetapi ketuklah paku dengan menggunakan pahat dan tangan." by mae.
ISLAM mengajarkan kita menghulurkan kedamaian pada tempatnya, tetapi kedamaian bukanlah penyelesaian bagi segala macam perkara.
di dalam ISLAM, ia mengajar;
adab sesama manusia
adab berjiran,
adab makan,
adab sembahyang
adab mengambil wudhu'
adab masuk ke tandas
malahan adab BERPERANG, P-E-R-A-N-G pun diajar oleh ISLAM, jangan dibunuh dari kalangan musuh itu(yg tidak mendatangkan ancaman kepada kamu), orang2 tua, wanita dan kanak2.
MENGAPA ORANG ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI DAN TIDAK BERSATU
marilah kita renungkan hadis dibawah yg diriwayatkan Imam Muslim daripada Amir bin Said daripada bapanya;
"Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud;
"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah cuma memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak."
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
tentang mengapa doa nabi yg ke-3 ni tidak diperkenankan ALLAH swt akan kekal menjadi rahsia u
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan, peperangan
sesama mereka (peperangan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).
maha suci ALLAH sy tidak tahu kenapa doa nabi itu ditolak. tetapi iktibar yg kita boleh ambil dari hadith ini adalah perkara ini daripada dulu lagi telah disebut2 oleh Rasullah saw antara perkara2 yg paling dibimbangkannya. renung2kanlah. rahsia kerahsiaan ALLAH swt dalam menguruskan langit dan bumi adalah haknya.
Insyallah klu sy terpanggil untuk beri komen yg lain sy sambung kemudian.
5-9 tu ikhwan ada pengalaman mungkin boleh tolong jawab.
ReplyDelete10. Orang Islam mendakwa bahawa Islam itu agama benar dan Allah itu Maha Esa, dan hanya satu tuhan. Apakah buktinya yang boleh saya yakinkah kepada ahli keluarga saya yang begitu negatif terhadap Islam?
jika bukti yg dimaksudkan itu adalah bertujuan untuk mempengaruhi kepercayaan ahli keluarga supaya memeluk Islam maka sy cadangkan kepada pihak yg bertanya supaya menghayati kisah nabi nuh dan banjir besar terutamanya bahagian ketika beliau berada di atas bahtera bersama pengikut2nya dan terlihat akan anaknya.
semenjak dari sebelum penurunan Islam apa yg ditekankan kepada nabi2 didalam sejarah Islam adalah kepercayaan tauhid kepada Allah swt.
bukannya berhala dari batu atau tepung roti sepertimana berhala batu yg pernah dihancurkan oleh nabi ibrahim, bukannya tuhan yg diperanakkan oleh bapa atau mempunyai anak atau roh kudus seperti ajaran trinity dalam kristian yg kemudiannya mengada2 mahu menggunakan kalimah Allah swt didalam bible sebagai menggantikan tuhan. itu ajaran kristian paderi2 yg menghasilkan pelbagai versi bible bercanggah dan meragukan dan bukannya ajaran nabi isa. bukannya tuhan seperti didalam fahaman hindu dan buddha dewa dewi yg memegang berbagai tugas atau kepercayaan barat dan asia yg menganggap manusia yg berkuasa itu adalah tuhan atau semi/ separuh tuhan seperti cerita mitos zeus, thor, ne zha, kuan yin, brahman saraswati dsb-nya. itu adalah takrifan atau definisi tuhan yg tidak jelas.
tuhan di dalam agama islam itu sebagaimana ajaran tauhid yg dibawa oleh nabi2 terdahulu didalam sejarah Islam adalah satu kronologi ketamadunan diturunkan peristiwa demi peristiwa yg mana kepercayaannya tidak pernah lari dari meng-esa-kan Allah swt gunannya demi mengajar manusia supaya berfikir.
dan gunanya akal sebagai satu senjata yang ampuh itu adalah kurniaan ALlah swt semenjak dari penciptaan nabi adam ketika mana syaitan berikrar untuk menyesatkan anak cucu cicit nabi adam dan tujuan akal itu adalah untuk melihat dan menilai sendiri akan penciptaan2 tuhan dan kebenaran2nya sepertimana yg terdapat didalam Al-quran iaitu mukjizat nabi muhammad saw yg merupakan wahyu2 dari Allah swt dan kesimpulan dari kitab2 yg sebelumnya. dan Allah swt sendiri telah mencabar tidak akan terdapatnya kesalahan dalam bentuk apapun atau cacat celanya al-quran itu dan terpelihara sehingga hari kiamat.
dan sesuailah dengan wasiat nabi muhammad saw yg menyuruh kita supaya berpegang erat kepada al-quran dan sunnahnya. al-quran itu adalah wahyu Allah. ahlak nabi/ sunnah nabi muhammad adalah al-quran menurut aisyah dan surah an najm ayat 3-4.
dan paling senanglah saudara2 cuba fikirkan, para nabi sendiri tidak mampu mengampunkan dosa manusia seperti nabi nuh yg tak mampu menyelamatkan anaknya, dan para nabi2 yg tidak mampu menyelamatkan kaum2 mereka yg engkar daripada dibinasakan oleh azab Allah, bagaimana beratus beribu tahun kemudian ada jawatan yg diwujudkan oleh manusia berpangkat paderi mampu mengampunkan dosa manusia pula?
untuk menjadi Muslim, asasnya dalam praktikal dan spiritual.
ReplyDelete1)dalam bentuk praktikal mengucap syahadah, solat, berpuasa, zakat. haji.
2)dalam bentuk spiritual meyakini Allah (padahal tidak nampak Allah pun),
meyakini para malaikat (juga tidak nampak mereka, terfikir pula pasal jin dan ruh manuisa mana mereka),
meyakini kitab-kitab Allah (ini boleh nampak), yakini utusan-utusan Allah (masih boleh lihat kubur2 mereka),
yakini hari akhirat (dah beribu tahun berlalu, tapi belum lagi jadi apa2?
yakini qada qadr (bendak yang tak dapat dilihat juga)
di Malaysia rukun negara semua kena percaya pada Tuhan, jadi kurang menjadi isu. Tapi di negara Barat, ada yang meninggalkan kebergantungan pada Tuhan.
Cukup bergantung kepada keupayaan manusia itu sendiri untuk menjalani hidup. Perintah2 Tuhan Pencipta Alam yang mereka tidak dapat lihat menyebabkan kebergantungan pada Tuhan itu tidak perlu lagi.
Jadi mereka yang percaya hidup tidak akan dibangkit lagi di hari pengadilan, mereka berasa kena lah kerja kuat setiap hari cari duit supaya ada wang belanja untuk hari tua yang berpenyakit juga sebelum hidup ditamatkan.