Pages

Friday, December 24, 2010

Wanita yang bertudung tetapi....



There was a friend asked me one question at Facebook chatroom before, I was give a simple answer and she accepted it. However I think I should write it out at my blog with more detailed answer... 

Soalan : 
"Seorang wanita yang bertudung dan anda menganggap dia seorang wanita yang baik...tetapi dia senang untuk disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim...apakah pandangan anda tentang wanita ini..."

Jawapan saya:

Imej dan gerak geri seseorang senantiasa dijadikan sebagai penyukat Iman dan Takwanya.. Tetapi pandangan manusia adalah serba lemah, kerana mereka tidak dapat mengetahui segala aib dan apa yang dirahsiakan olehnya melainkan Allah swt. Macam saya pula, orang sering menganggap saya ialah orang kafir atau jahiliah, tetapi Allah swt saja yang mengetahui bahawa saya beragama Islam.

Allah swt adalah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Walaupun wanita itu dipandang baik oleh umum, Allah swt tetap menghitung setiap dosa yang dilakukan olehnya… Tiada rahsia serta perbuatan aib boleh diselindungkan daripada pandangan Allah swt seperti apa yang difirmankan dalam Surah Al Mujaadalah Ayat 7 :
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang ke empatnya, dan tiada antara lima orang melainkan Dialah yang ke enamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Walaupun dari pandangan manusia wanita itu nampaknya baik, tetapi di akhirat dia tetap disoal setiap dosa yang diperlaku olehnya. Maka hendaklah wanita itu segera bertaubat dan berhenti segala perbuatan yang berdosa itu… Kita tidak boleh bertakwa kepada Allah swt secara 50/50 sahaja, waktu siang menjalankan tugas harian sebagai muslimah, waktu malam pula mencuba “Aksi Terlarang”…
Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[Surah Al Baqarah Ayat : 208]

You may interested in these.... :

Bertudung tetapi hanya Hipokrit? - Ustaz Zaharuddin

4 comments:

  1. yups
    setuju lagi dengan entry kali ini
    kita memang boleh menilai seseorang tetapi kita tidak boleh terus percaya kepada penilaian kita tanpa pemeriksaan lanjut kan?
    nice entry

    P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

    ReplyDelete
  2. for me, i always think kindness consist of two parts.

    kindness to others and to yourself.

    many people are kind , but , they only give kindness to others ,not to themselves.

    by saying be kind to themselves is by doing things that beneficial to his/her soul ( ibadah , doings deeds and obeying Allah's commands)

    this
    is just my opinions aniway :)

    ReplyDelete
  3. this one is a very nice info

    http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/bertudung-tapi-hanya-hipokrit.html?spref=fb

    manusia selalu salah membuat comparison...

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.