Pages

Thursday, April 28, 2011

Being published in Majalah i (Bulan Mei)


Telahpun menulis blog hampir setahun, semakin berkenalan ramai rakan yang berjinak-jinak mengenali Islam serta bertanya masalah dalam mengendalikan masalah status muslim mualaf. Pada masa yang sama saya juga menerima segelintir komen yang melontarkan kritikan dan penafian dalam blog saya. 

Siapa sangka... Penulisan blog semata-mata juga telah menarik perhatian wartawan Majalah i untuk menyiarkan cerita pengislaman saya dalam bahagian Hidayah Ilahi. 

Syukur Alhamdulilah, saya telahpun mengambil langkah yang terbaik demi Allah SWT. Atas dorongan daripada seorang rakan yang turut menggalakkan saya memulakan Blogging, kemudian saya tenggelam dalam Yes ataupun NO selama berbulan-bulan. 

 "Menulis blog je.. Mungkin ia akan memberikan manfaat kepada muslim"
"Usah payah menulis, siapa yang akan berminat pun?" 

Selepas beberapa bulan teragak-agak dalam penulisan Blog, akhirnya saya telahpun memulakan penulisan Blog pada tahun lepas bulan Jun. Begitu banyak komen yang memberikan dorongan dan sokongan untuk teruskan penulisan blog saya, juga ada yang berkongsi pengalaman mereka sebagai muallaf yang berusaha mencorakkan kehidupan baru.

Akhir kata, jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya sama ada dalam realiti ataupun facebook/blog yang memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dalam penulisan blog yang amat kerdil ini. Semoga Allah SWT akan terus membuka hati pintu hambaNya demi menuju jalan yang lurus, amiin.

Demi memelihara hak cipta Majalah i, dipersilakan pembaca kalian membeli satu salinan majalah i untuk membaca artikel mengenai saya. 

(Malunya melihat gambar sendiri dalam majalah huhuhu, siap zoom sehingga setengah page lagi)

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Tahniah, brother Ikhwan. Semoga terus berjaya dan kuat iman sebagai Muslim. Cantik foto kahwin tu, hahaha..salam saya juga kepada isteri dan anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Sis Aliya..

    Terima kasih, Insyaallah saya akan terus berusaha. Haha gambar lama dah tu, tapi masih terkenang masa majlis perkahwinan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.