Pages

Thursday, November 17, 2011

Fiqah Muallaf



"Ada tak buku yang senang difahami tentang Islam?"

Semenjak email saya dipaparkan dalam blog : lifemualaf@gmail.com  , saya telahpun menerima berbagai jenis email yang meminta tolong atas mendekati Islam. Antara soalan yang sering ditanya-tanya ialah ada tak buku yang senang difahami oleh pembaca mengenai Islam.


Bagi saya, Rukun Islam dan Rukun Iman merupakan pintu utama dalam mengenali Islam. Bagaimanapun soalan susulan seperti Isu harta pusaka, nama "bin Abdullah", makan bersama keluarga, budaya dan adat yang diwarisi oleh keluarga... Bukan senang sebenarnya untuk menjawab soalan berikut, ia memerlukan ilmu yang cukup memahami hukum hakam Islam dan pendirian yang bersifat terbuka. Soalan yang berkenaan kadang-kala boleh menimbulkan kemarahan orang Islam tanpa jawapan yang "Neutral" diberikan.

Apa yang masih berkurangan di dalam pasaran buku ialah Isu Muallaf sering diabaikan. Sama ada golongan muallaf tidak diambil perhatian ataupun muallaf dianggap perlu berguru dengan sesiapa yang bertauliah sepatutnya. Ketahuilah majoriti muallaf AMAT SUSAH mendapati jawapan benar-benar berdasarkan nas al-Quran dan Hadis tanpa bercampur baur dengan emosi dan pendirian guru. Islam pada asalnya mudah diikuti tetapi ia boleh menjadi menyusahkan apabila jawapan yang diberi bukan lagi bersifat neutral iaitu tanpa sebarang "Prejudice".

Alhamdulilah, Ustaz Mohammad Nidzam telahpun mengeluarkan buku yang khasnya fokus pada Isu Fiqah Muallaf. Ia amat membantu bagi rakan-rakan kita yang berjinak-jinak dalam Islam. Nyata sekali semua persoalan yang sering ditanya oleh muallaf telahpun dijelaskan dengan huraian yang senang difahami dan santai. Juga boleh digunakan oleh pembaca dalam menjalankan dakwah kepada non-muslim.

Semoga atas perkongsian buku ini bermanfaat kepada semua. Sekian Assalamualaikum wbt.

KANDUNGAN

BAB 1: Fiqah Kepercaayaan
BAB 2: Fiqah Menganut Islam
BAB 3: Fiqah Akidah
BAB 4: Fiqah Solat
BAB 5: Fiqah Puasa
BAB 6: Fiqah Zakat
BAB 7: Fiqah Hubungan Antara Anak Muslim Dengan Ibu Bapa Yang Bukan Muslim
BAB 8: Fiqah Kematian
BAB 9: Fiqah Hubungan Suami Isteri
BAB 10: Fiqah Al-Quran Dan Ilmu Pengajian
BAB 11: Fiqah Harta Pusaka
BAB 12: Fiqah Berpakaian
BAB 13: Sejarah Silam
BAB 14: Kefahaman Fiqah Awlawiyyat (Keutamaan)
BAB 15: Kesimpulan


Harga = RM20.00
Mukasurat = 184
Penulis = Ustaz Mohamad Nidzam Abd. Kadir
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

10 comments:

  1. bro ikhwan...mungkin boleh fikirkan butang share for ur blog lepas ini..hehehe

    ReplyDelete
  2. ya memang ada butang share di bawah ayat "Posted by Ikhwan Ng" ... email ataupun twitter, facebook pun ada.

    Yang paling senang kalao ada facebook tekan Like button saja..

    ReplyDelete
  3. Buku ini sangat bermanfaat utk golongan muallaf dan yang baru nak mengenali Islam dgn lebih mendalam..

    ReplyDelete
  4. Ya betul tu, buku ni memang amat sesuai bagi orang yang baru nak berkenalan dengan Islam.

    ReplyDelete
  5. Boleh beli kat MPH ataupun Popular.

    ReplyDelete
  6. Masih ada lagi ke buku ni di pasaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya masih ada.. juga boleh beli di laman web Telaga Biru

      Delete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.