Pages

Thursday, September 18, 2014

Draf Bedah Buku "Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah"


Semalam saya tengah mengemas documents dalam computer, terjumpa teks ucapan yang saya sediakan untuk taklimat bedah buku "Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah" pada tahun lepas. Saya rasa ramai orang tidak tahu apakah yang saya telah berucap mengenai buku ini, maka lebih baik saya share draf bedah buku ini kepada semua.

Draf Bedah Buku DL2KS : Disember 2013
Pengenalan diri

Muhammad Ikhwan Ng bin Abdullah
Berasal dari Ipoh Perak. Memeluk Islam pada 2008 bulan ramadhan

Saya melibat diri dalam penulisan blog mengenai kisah kehidupan sebagai muslim sejak 2010, juga menghuraikan masalah yang dihadapi oleh kebanyak muallaf.

BUKU DL2KS merupakan buku pertama saya.



Apakah tujuan menulis buku ini?

Sebelum saya memeluk agama islam, saya juga cuba membaca buku2 yang ditulis oleh muallaf mengenai kehidupan mereka selepas memeluk Islam, namun yang paling penting ialah, apakah motif mereka memeluk Islam agama suci ini? Tetapi selepas saya membaca beberapa buku yang berkenaan, apa yang saya mengetahui daripada kisah para muallaf ialah kehidupan muallaf penuh dengan berbagai cabaran dan sindirin daripada pihak bukan muslim mahupun muslim.

Sekian lama, kefahaman saya pada masa dahulu dan juga majority masyarakat bukan muslim berasa aneh dengan fenomena ini. Apakah tujuan seseorang bukan muslim memilih Islam? Pembaca tidak boleh memahami faktor dan hikmah di sebaliknya dengan membaca kisah peribadi seseorang muallaf. Kerana setakat membaca kisah muallaf adalah tidak mencukupi untuk memahami hikmah Allah SWT yang paling besar, iaitu kenapa kita memerlukan Islam sebagai panduan kehidupan kepada seluruh manusia. Because, Islam is a way of life.

Secara umumnya, apabila kita menyebut muallaf, apakah yang difikirkan oleh masyarakat?

-sebagai golongan yang bertuah kerana menemui hidayah daripada Allah SWT?

-ataupun… sebagai golongan muslim yang bukan dilahirkan sebagai Islam, dan ilmu mereka juga masih berada di tahap yang amat rendah meskipun berpuluhan tahun memeluk Islam?

Saya percaya semua mempunyai persepsi yang berbeza. Kerana saudara muslim yang kembali kepada Islam, juga berasa segan dengan gelaran “muallaf” ini. Sehingga berbagai gelaran yang baru ditimbulkan seperti “Saudara Muslim”, maksudnya nama gelaran ini tiada expiry date, tak kira dia baru masuk islam ke, dah lama masuk islam ke… tiada definisi saudara baru ataupun lama. Juga ada gelaran yang amat glemer sekarang ialah ambil dari dunia barat, iaitu “reverted muslim”. Kenapa kita tidak memanggil orang yang masuk islam sebagai convert? Ia adalah kerana dari segi bahasa, convert bermaksud bertukar kepada sesuatu yang berbeza, sama ada status agama yang berbeza ataupun cara hidup yang berbeza. Bagi gelaran “revert” pula, maksudnya kembali kepada keadaan yang asal. Maka REVERT adalah ayat yang lebih sesuai kerana memeluk Islam ialah kembali kepada FITRAH manusia yang hanya menyembah kepada Allah SWT yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakan. Sebagaimana apa yang diseru oleh setiap nabi-nabi dalam menyebarkan mesej tauhid daripada Allah SWT.

Sejak saya memeluk islam, saya mula berkenalan dengan saudara muslim yang sama seperti saya. Pengalaman kehidupan selepas mengucap kalimah syahadah benar2 membuka minda saya terhadap keistimewaan Islam. Terutamanya dari segi sains, sebagaimana saintis sentiasa berdebat dengan agamawan dan menolak segala sifat ketuhanan yang ada pada agama. Namun di antara semua agama atas dunia, hanya Islam yang boleh mengalahkan sikap saintis dengan teori “Methodological Naturalism”, yang maksudnya , sesuatu teori saintifik yang wajar tidak boleh dirujuk kepada Tuhan ataupun apa jua ejen ghaib, ataupun melalui wahyu yang datang daripada pendapat ataupun pemikiran seseorang.

Konflik di antara saintis dan agamawan sering berlaku, dan diantaranya contoh yang paling ketara ialah, mengikut Biblical cosmology, iaitu kefahaman Christian mengenai alam semesta, mereka berpendapat bahawa bumi adalah rata dan terapung di atas lautan, bukannya berbentuk bulat sebagaimana apa yang telahpun dibukti oleh NASA. (flat disc-shaped earth floating on water, heaven above, underworld below)

Maka inilah merupakan punca pengajian sains menolak doktrin agama. Kerana saintis mengkaji segala ciptaan atas dunia dengan fakta dan pemerhatian yang jitu. Ilmu dan kefahaman manusia adalah amat terhad, biarpun andaian manusia pada zaman dahulu ialah bahawa bumi merupakan bentuk rata, dimana sekiranya ada pelayar melanggar batas bumi ini akan jatuh ke dunia yang berada di bawah bumi.

Pada hakikatnya , hanyalah Pencipta sahaja yang paling memahami ciptaannya. Termasuklah bumi dan matahari, dan juga semua ciptaannya. Saya ingin menjelaskan mengenai konflik sains dan agama adalah kerana pada masa dahulu saya merupakan orang yang paling taksub kepada sains, sehingga saya berasa hanya sains merupakan agama yang paling benar. Mungkin anda semua berfikir, bagaimanakah sains boleh menjadi pegangan agama saya pada masa dahulu? Adakah saintis layak menjadi tuhan2 yang disembah?

Boleh dikatakan sains merupakan agama moden pada zaman ini adalah kerana, saintis sentiasa menerokai alam semesta dengan peralatan teknologi yang paling canggih. Sehingga seluruh dunia berasa kagum dengan keupayaan saintis yang seolah-olah mempunyai kuasa seumpama Tuhan. Contohnya seperti Klon dengan proses nuclear transfer. Dengan eksperimen klon yang dijalankan oleh Ian Wilmut, Keith Campbell dan rakan sekerjanya, mereka telah Berjaya klon seekor kambingnya yang dinamakan “dolly”, ia mempunyai DNA yang sama dengan kambing asalnya. Maka dengan teori ini saintis juga boleh klon sesiapa yang dikehendaki dengan paras muka dan DNA yang 100% sama.

Sehinggalah saya memeluk agama Islam, boleh dikatakan Allah SWT bukan sahaja menjemput manusia mengaji firmanNya dalam al-Quran, juga mencabar manusia mahupun jin untuk menghasilkan ayat al-Quran yang standing dengannya. Ini merupakan mukjizat yang paling besar kerana hanya Pencipta yang mempunyai ilmu tertinggi atas segala sesuatu, manaka manusia tetap terhad dengan ilmu pengetahuannya atas sesuatu.

Berbagai persoalan daripada pihak muslim dan non muslim


Sejak saya memeluk agama Islam, kawan muslim dan non muslim masing2 mempunyai reaksi yang berbeza terhadap pilihan kehidupan saya. Dimana muslim mengucapkan taniah kepada saya kerana telah kembali kepada Islam, manakala kawan bukan muslim pula menganggap saya telah meninggalkan adat dan budaya sebagai orang cina. Sehingga mereka menjauhi diri daripada saya. Itu hanyalah salah satu cabaran yang ada selepas memeluk Islam.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Namun mengenai perkongsian agama Islam di antara 3 kaum terbesar adalah masih sungguh terhad. Kebanyakan masa kita menjaga sensitiviti agama masing2 sehingga muslim dan non muslim jarang bersembang bab agama bersama2. Terutamanya apabila media melaporkan isu pengganas dan berita negatif tentang Islam, masyarakat kita telahpun menjadi pecah belah dalam senyap.

Maka dengan menulis buku DL2KS, saya ingin menjelaskan fenomena yang tidak sihat ini wujud dalam masyarakat. Seterusnya saya juga ingin menjelaskan beberapa salahfaham yang sering tertimbul di kalangan masyarakat. Seperti isu penukaran nama selepas memeluk Islam, adakah muslim boleh memegang colok atau tidak, dan apakah tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang bukan Islam.

Setiap persoalan pasti ada penyelesaiannya kerana Allah SWT tidak pernah memberi bebanan yang melebihan ke atas hambaNya.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.