Pages

Friday, October 16, 2015

Apabila Non Muslim Bersoal Tentang Islam

Lian Thong Restaurant, Taiping

Punca utama non muslim makin menjauhi daripada Islam adalah datang daripada kalangan muslim yang tidak bertanggungjawab.. yakni munafik.

Apabila non muslim bersoal tentang Islam, mereka akan terus mengkritik tingkahlaku munafik tanpa mengenali erti Islam yang sebenar.

Untuk menjalankan dakwah secara berkesan, kita tidak harus buang masa dalam menjelaskan tingkahlaku manusia semata-mata, sebab manusia yang patut dicontohi hanya Nabi Muhammad
s.a.w. yang maksum! Bukannya menudung jari pada muslim sekeliling kita dan menaruh fitnah!

Islam bukan setakat apa boleh bikin apa yang tak boleh bikin.. Islam tentang mencari Pencipta! Jangan sekali samakan Pencipta dengan ciptaan daripadaNya seperti angin, kuasa elektrik hanya kerana kita tidak nampak Pencipta melalui mata kasar. Kita tidak nampak Allah kerana kita semua merupakan ciptaan daripadaNya yang Maha Berkuasa! Begitu juga dengan angin, elektrik, segala mahluk yang nyata dan ghaib.. Semuanya wujud atas keizinan Allah SWT yang Maha Pencipta. Kuasanya telah melampaui batas pemikiran manusia yang amat terhad, bagaimana pula manusia guna akal dan pancaindera yang sungguh terhad ini untuk memahami zat Allah? Tidak sekali! Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta (Qs. Al Mu'minun: 12-15), segala bentuk berhala yang boleh dilihat dengan mata kasar dan diukir dengan tangan manusia pasti bukan Pencipta, kerana Pencipta tidak memerlukan pertolongan yang sedikit pun daripada ciptaanNya.

"Jika Tuhan tidak dapat melihat melalui mata kasar? Dimanakah Tuhan orang Islam? Lihatlah di dalam tokong dan tempat sembahyang Non Muslim, semua mempunyai "tuhan" yang berpuak-puak, berbeza warna kulit dan pakaian.. Kenapa pula orang Islam tiada sebarang perantaraan?" Mengeluh sahabat Non Muslim.

Jawapannya adalah Muslim "melihat" Tuhan dengan hati. Walaupun pancaindera terhad, hati manusia tetap boleh merasakan bahawa Tuhan wujud. Apabila kita melakukan urusan harian, hati tetap gementar dan berasa Tuhan sedang melihat kita. Apabila musibah menimpa manusia, hati kita tidak terhenti berdoa kepada Tuhan, yang Maha Berkuasa.. yang Maha Mengasih lagi Maha Menyayang.

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w bersabda: "Iaitu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, kalau engkau tidak dapat melihat-Nya (memang engkau tidak melihat-Nya), maka sesungguhnya Dia dapat melihat engkau".
[Hadits Riwayat Muslim] - Sumber hadis penuh

Apabila Muslim bersujud, Muslim bukannya bersujud kepada Tuhan yang khas untuk orang Islam sahaja. Sebaliknya Muslim sujud kepada Pencipta yang telah menjadikan manusia berbilang kaum, berbeza warna kulit dan budaya. Segala ibadat, doa dan rintihan hati hanya kepada Tuhan Yang Satu, Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan..

Maka bila non muslim datang berdebat tentang salahlaku Muslim, ajaklah mereka mengenali Pencipta.. kerana hanya hubungan akrab di antara Pencipta dan Manusia, mengenali siapakah Allah SWT dahulu dan Nabi Muhammad s.a.w., nabi-nabi yang sebelumnya turut membawa risalah Tauhid yang sama, barulah mereka mula faham kenapa Muslim tergolong kepada 2 golongan yang saling berbeza, yakni 1) bertakwa dan 2) munafik.

Manusia mempunyai dan memiliki diri yang serba kekurangan. Adalah amat tidak adil apabila Islam dilihat melalui kaca mata kelakuan manusia yang bersikap munafik, terjadi sempitnya perdebatan dan jauhnya daripada mengenali 2 Kalimah Syahadah. Apakah kita begitu mudah lupa bahawa setiap kali solat pasti melafaz 2 Kalimah Syahadah, kenapa tidak pula memperkenalkan erti Syahadah kepada sahabat Non Muslim sekeliling kita.

Walhal Islam menyuruh menyembah Allah SWT.. bersujud kepada Dia yang Satu, beribadat kepada Pencipta yang satu.. “Qul huwa'llahu ahad”  “Allahu's-samad”.. (Quran : Surah 112 Al-Ikhlas)



Kembalilah wahai sahabat, kembali kepada Allah SWT yang Maha Esa.
Kembalilah kepada jalan yang benar, kembali kepada risalah Tauhid yang dibawa oleh Utusan Nabi Muhammad s.a.w.

2 comments:

  1. nice article. scenario yg typical bg umat islam warisan.. itu yg payah tu. semoga artikel ni bermanfaat bg saya dan kita semua..barakallahu fik..

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah brother, thank you and keep on writing as I m sure many ppl out there will read ur articles And share them.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.