Pages
▼
Friday, May 13, 2016
Bawah Umur
Dalam hal pengurusan syahadah, saya percaya yang paling mencabar adalah remaja bawah umur 18 tahun yang berhasrat memeluk Islam. Ia bukannya semudah pendaftaran atas kertas tapi apabila keluarga remaja tersebut mengetahui tentang pengislamannya.. Keluarga boleh mohon batalkan permohonan pengislaman tersebut atas sebab "Bawah umur 18 tahun dan tiada keizinan daripada Ibu Bapa/Penjaga".
Ya.. memang pernah ada kes sebegini sehingga seorang remaja perempuan buat pengumuman dalam suratkhabar cina bahawa beliau bukan lagi Islam selepas dikritik hebat oleh masyarakat dan pembantahan keluarganya sehingga ke Pejabat Agama dan mahkamah syariah.
Namun peristiwa ini tidak pernah menghentikan kedatangan hidayah kepada hambaNya.. Seseorang yang telah baligh adalah dianggap Sah untuk membuat pilihan samada memeluk Islam ataupun tidak. Dimana syarat 18 tahun hanyalah syarat yang ditetapkan oleh pengurusan manusia sendiri.
Baru-baru ini saya tengah cuba memberi nasihat kepada pihak NGO tertentu yang tengah menguruskan kes sebegini..Dimana terdapat seorang remaja Cina yang berumur bawah 18 tahun berminat dengan Islam dan sering bertanya bagaimanakah prosedur memeluk Islam. Pihak NGO tersebut telah minta Chan (bukan nama sebenar) itu sabar dahulu dan tunggu keputusan daripada Pejabat Agama, lagipun mereka tak berapa berani mengendalikan kes pengislaman ini.. akibatnya agak serius sekira keluarga remaja itu membuat pembatalan pengislaman Chan atas sebab tiada kebenaran ibu bapa, apalagi kalau sampai ke tahap press conference dengan media yang hanya melaporkan cerita pihak sebelah saja?
Tapi Chan tak sabar-sabar dan telah melafazkan syahadah dengan kawannya sebagai saksi.
Apa yang saya nasihat kepada pihak NGO tersebut adalah tiada masalah untuk izinkan Chan melafaz 2 kalimah syahadah dengan rakan-rakan. Allah SWT Maha Mengetahui hati hambaNya dalam mencari keredhaan, dan begitu juga rakan2nya sebagai saksi bahawa beliau telah memeluk Islam. Prosedur rasmi masih boleh ditangguhkan sehingga beliau telah mencapai umur 18 tahun, masa itu boleh daftarkan semula secara rasmi mengikut akta.. Walhal kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita, andai kata Chan meninggal dunia pada usia 17 tahun, tapi kita pula yang cuba sedaya upaya menghalangnya memeluk Islam sebelum itu atas alasan hitam putih atas kertas.. siapakah yang akan bertanggungjawab kelak?
Maka saya mohon NGO itu jangan hebohkan pengislaman Chan kepada umum demi keselamatannya. Apa yang paling menakjubkan adalah kini Chan sedang belajar Islam dan mengaji Quran secara perlahan-lahan.
Semoga Allah sentiasa melindungi Chan dan menunjukkan hidayah petunjuk kepadanya selalu.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.