Pages

Saturday, May 21, 2016

Hamba Allah Yang Lemah Lembut

Tengah bacakan 2 kalimah syahadah dalam bahasa cina supaya beliau faham apa ertinya.

Hari ni sempat membantu seorang uncle cina yg tua dan nyanyok untuk melafaz syahadah, saya tolong bacakan erti syahadah dalam bahasa cina semasa ustaz berjabat tangan dengannya.. atas keselamatan dan rahsia identiti beliau, saya tidak ingin kongsi gambarnya, cukuplah Allah SWT sebagai penyaksi kami.

"Kamu pun tahu kan.. masyarakat Cina kita.. tak boleh terima sangat.. bab Islam ni, bukan macam China, berapa ramai orang Islam di sana?? tapi.. bukannya isu pun." Beliau bagitahu saya dalam bahasa kantonis.

Bila sembang lama sikit, katanya sudah sangat lama beliau berminat dengan Islam sebab biasa bergaul dengan kawan Melayu, sampailah mereka ajak solat dia pun pernah buat sekali.. Tapi asyik tertangguh niat bersyahadah sejak usia muda lagi. Sekarang beliau dah jatuh sakit sejak beberapa bulan lepas, sehingga asyik bertanya pada rakan saya bagaimana memeluk Islam? Beliau teringin sangat masuk Islam.. Tapi entah apakah caranya. Di situlah saya diminta nasihat oleh rakan tentang bagaimana uruskan halnya..

"Saya masih ada 3 bulan.. 3 bulan.. saya rasa.. tapi.. apa tu.. saya sangat berterima kasih dengan kamu, kamu sudah bantu saya sangat banyak. Terima kasih.."

Saya tak faham apakah maksudnya 3 bulan. Mungkin usianya dah lanjut, minda dan percakapan menjadi lembap dan agak susah bagi saya fahamnya. Tapi apabila tanya kenapa mahu Islam, suaranya terus lantang kata mahu juga masuk Islam! sebab sudah sangat lama berminat, tak mahu tunggu-tunggu lagi.

Saya sedang melihat nur hidayah dalam hati seseorang hamba yang badannya lemah, percakapan dan minda lembap, jalan sukar.. Bila nasihatnya jangan hebohkan pengislaman kepada sesiapa dulu, beliau terus cakap dengan suara yg tinggi, "Apa mahu takut?! Ini.. saya punya jalan!! Saya sendiri.. yang mahu Islam!"

Benarlah hidayah datang tanpa paksaan oleh sesiapa. Syukur saya dapat menyaksikan semangat seorang muslim baharu pada hari ini.. sekiranya Allah kehendak, tiada sesiapa pun mampu menghalang.

Bila ustaz tanya nak letak nama apa? Beliau jawab nak nama "Abdul Halim". Pegawai pejabat agama pinjamkan buku nama-nama Islam bagi saya tengok mungkin ada nama lain yang lebih sesuai ke.. Saya baca dulu apakah maksud Abdul Halim..

Abdul Halim, ertinya hamba Allah yang lemah lembut.

Akhirnya saya bercadang guna saja nama Abdul Halim seperti apa yang uncle minta, hamba Allah yang lemah lembut.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Semoga uncle Abdul Halim mndpt husnul khotimah.

    Doakn juga hidayah utk semua termasuklah yg sememangnya lahir dlm keluarga Islam.


    اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
    Surah Al-Fatihah, Verse 6:
    Keep us on the right path.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...

    Seronok dengar berita pengislaman saudara baru. Moga tuan terus diberi kesihatan & dipermudahkan urusan demi agamaNya.

    Ameen.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.