Pages

Monday, April 12, 2021

Babi

"Mak bapa kamu mcm mana, ada memeluk Islam sekali ke?" beberapa tahun lepas saya berjumpa dengan seorang petugas dalam majlis.. Selepas Ahmad (bukan nama sebenar) selesai bacakan doa di atas pentas, kami bersembang sekejap sementara nak menunggu acara majlis seterusnya..

"Belum lagi, kadang2 orang tua saya pernah beritahu mereka terasa dengan beberapa Muslim yang menyakitkan hatinya.." entah mcm mana saya boleh berterus terang dengan beliau, "Mak saya selalu pesan masa saya kecil lagi, kamu jangan kawan sangat dengan 'orang islam' sebab mereka tetap tak suka dengan cara hidup kita."

"Mak pernahlah mengeluh, dulu2 masa kat kampung lagi ada seorang jiran 'Muslim' belakang rumah asyik panggil mak saya bxbx, bila mak tanya balik.. Apasal you cakap mcm tu, jiran pun jawablah: dah you makan bxbx, you pun jadi mcm bxbx laa!" 

Tapi apa yang Ahmad jawab membuat saya insaf, walaupun jawapannya pendek, santai tapi ia tetap dalam ingatan saya selama-lamanya.. Ahmad jawab saya begini:

Wan, kalau kita nak mengikut cara 'orang Muslim' bagi mengenali Islam, memang sampai bila2 pun takkan dapat jawapan.. Ramai je orang Islam yang kuat mengutuk menfitnah, makan riba.. Lagi teruk yang berjudi, minum pun ada.

Yang silapnya kita jangan ikut orang! Orang tak semestinya betul, mungkin dia boleh tersilap kata2nya, kelakuan dan perangainya.. Tapi apa yang mereka buat tu tetap tak mengubah apa yang disuruh oleh agama Islam. Apa yang difirman oleh Allah SWT sangat mudah, menyembah hanya kepada Allah SWT, meninggalkan apa yang diharamkan dan mengamalkan apa yang disukai oleh Allah SWT.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., tiada lagi manusia yang layak menjadi contoh kepada Islam. Tiada seorang pun.. Sebab nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh yang terakhir! Jadi ia juga menjadi bahan fitnah kepada non muslim untuk menyerang kebenaran Islam.. Contohnya ada yang cakap cuba you tengok.. Bukan Islam suruh jangan minum arak, kenapa ada seorang dua dalam kampung minum juga? Padahal apa yang seorang "Muslim" salah buat itu, tetap tidak boleh mengubahkan apa yang Haram dalam Islam kepada 'halal'.

Nak mengenali Islam.. Kita patut mencari jawapan dalam al-Quran dan mempelajari sunnah daripada Nabi Muhammad s.a.w., bukannya setakat mengikut orang.. Percayalah suatu hari nanti bila mak bapa Wan mampu mengenali Islam secara betul, tidak mustahil hati mereka akan menerima hidayah suatu hari jua.


Kerana manusia bukan insan sempurna.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.