Dalam sepanjang tahun penat bekerja, kami masyarakat cina pasti akan meluangkan masa sehari untuk balik ke rumah menikmati "Reunion Dinner", iaitu sehari sebelum masuk ke kalendar Tahun Baru Cina.. Kami memakai baju merah kerana warna ini melambangkan "keceriaan", cakap benda yang baik2 saja dan mengucap selamat maju jaya kepada keluarga dan saudara mara..
Habis makan dinner sudah.. ada sembahyang kaum tionghua ke?? CNY ni perayaan agama orang cina ke??
Hmm.. senang cerita macam ni la. Ini perayaan Tahun Baru Cina, sibuk macam mana pun kami tetap akan balik berjumpa dengan keluarga tak kiralah balik dari tempat kerja utara selatan Malaysia, Sabah Sarawak, Singapore, ataupun luar negara sekalipun.. Kami meluangkan SEHARI dalam sepanjang tahun untuk berjumpa dan makan2 bersama. Ia lebih kepada sesuatu perhimpunan kekeluargaan yang telahpun lama diamalkan. Ya asalnya tiada kaitan dengan agama itu betul.
Dalam masyarakat cina ada berbagai kepercayaan agama, ada yang beragama Buddhism, Taoism, Christian. Mereka akan mencari tokong atau gereja kemudian untuk mencari keberkatan daripada agama masing2.. Itulah cara hidup mereka, mencari berkat "tuhan" dengan ritual agama mereka..
Kalau yang jenis atheist pun, mereka tetap sambut CNY dengan makan bersama keluarga cuma tiada menyambut apa2 upacara agama.
Dimana suku kaum Hokkien akan menyambut CNY pada hari ke sembilan dengan nama “Phai Thien Kong” (praying the Heaven God), jadi mereka akan membakar mercun pada pukul 12malam sambil buat sembahyang kepada langit di hadapan rumah masing2.
Cuma sekarang ni tengah viral sesama komuniti Chinese Muslim.. CNY ni sepatutnya "haram", ada unsur agama etc2 sambil memetik wikipedia..
Sekiranya dah memeluk Islam, syukur alhamdulillah.. Maka ketahui sendiri apa yang patut buat, apa yang tak patut.. Tak salah kalau setakat balik ke rumah menziarah orang tua, makan2 (yang halal) dan memberi ang pau.. Tapi janganlah bila keluarga pergi tokong sembah tuhan, kita yang dah "muslim" pun terikut2 pergi sekali. Yang tu sendiri kena faham laa. Jangan hanya sebab keluarga masih non Muslim dan pergi tokong atau sembah langkit depan rumah ke, kita pun terus kata CNY tu haraaam.
Islam mengajarkan kita cara bermasyarakat dengan semua orang, mencari keredhaan Allah SWT dan tidak menyakiti hati sesiapapun. mana tahu dengan akhlak yang baik.. suatu hari nanti ada kawan2, saudara mara tertarik dengan prinsip Islam kan?
Kiong Hee Huat Chaii
Gong hey fatt Choi
Gong xi fatt Chai
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.