This article are posted from Sister Aliya's "Soalan" (Link to Original Post). 
I found out those question are exactly what I faced, and I have met some answer for few question. I will write out fews article according to those question.. I need times to collect some interesting fact first, please stay tuned.. 
Saya masih ingat, ketika saya mula minat Islam, banyak juga perkara yang  mengelirukan saya sehingga saya tidak pasti sama ada tindakan memeluk  Islam adalah sesuai dan baik.
Bukannya kerana saya tidak percaya kepada wujudnya Tuhan Yang Esa.
Bukannya kerana saya tidak percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar.
Cuma...  saya masih ada soalan yang belum berjawab, dan reaksi sesetengah orang  Islam sendiri turut mengelirukan saya. Ia sedikit sebanyak melengahkan  saya daripada memeluk Islam.
Soalan yang sama juga ditujukan  kepada saya oleh nonMuslim yang seolah-olah menyindir saya apabila  mengetahui minat saya pada Islam ketika itu. Begitu juga, ditujukan oleh  ahli keluarga apabila menyedari minat saya itu, dengan harapan minat  saya terhadap Islam akan semakin pudar.
Di antara yang menghantui saya ketika itu:
1.  Mengapa mahu peluk Islam sedangkan Islam itu banyak sangat ritual  keagamaannya berbanding agama lain? Mesti sembahyang 5 kali sehari,  mesti puasa, mesti bertudung dll sedangkan agama lain mudah sahaja?
2.  Kalau Islam itu baik, mengapa ramai orang Islam menjadi Mat Rempit,  penagih dadah, perogol, perompak, buang anak, berzina dan sebagainya?  Bukankah itu menunjukkan ajaran Islam itu ada kelemahannya?
3.  Mengapa orang Islam masih bergaduh/berperang sesama sendiri sedangkan  Islam itu mengajar kedamaian? Antara orang politik, antara jiran  tetangga, antara ahli keluarga? Kalau Islam itu baik, tentu orang Islam  tak bergaduh sesama sendiri sebaliknya bersatu?
4. Islam membenarkan pergaduhan dan pembunuhan? JI, Taliban, Islam terrorists... semua mereka adalah orang Islam, bukan?
4.  Kalau saya peluk Islam, di manakah boleh saya tinggal kalau saya  dihalau oleh keluarga? Bagaimanakah saya nak hidup sedangkan segala  perbelanjaan seharian disediakan oleh ibu bapa? Saya tak mahu tinggal di  rumah perlindungan yang jauh dari pusat bandar kerana bimbang tak dapat  sesuaikan diri tanpa kemudahan internet dan sebagainya.
5. Perlukah saya memberitahu keluarga saya bahawa saya mahu peluk Islam? Atau masuk Islam secara senyap-senyap?
6.  Kalau saya masuk Islam secara senyap-senyap dulu dan berlakon  seolah-olah saya belum Islam di hadapan ahli keluarga, bukankah itu  bermaksud saya menipu ibu bapa dan ahli keluarga saya? Bukankah Islam  mengajar umatNya supaya sentiasa jujur?
7. Apabila saya memeluk  Islam, saya tidak lagi boleh melibatkan diri dalam ritual keagamaan  keluarga saya yang masih nonMuslim. Sekiranya ibu bapa saya meninggal  dunia, saya akan dituduh anak derhaka dan tidak mengenang budi kerana  tidak melakukan upacara keagamaan mereka kerana ia bercanggah dengan  ajaran Islam? Bagaimana saya harus hadapi keadaan itu nanti?
8.  Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak  mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup  membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam, seterusnya tidak lagi  dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi. Benarkah  tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam?
9.  Perlukah saya menjadi Melayu apabila memeluk Islam, yakni berpakaian  ala orang Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu? Bagaimanakah saya  harus kekalkan identiti saya sebagai orang Cina tetapi beragama Islam?
10.  Orang Islam mendakwa bahawa Islam itu agama benar dan Allah itu Maha  Esa, dan hanya satu tuhan. Apakah buktinya yang boleh saya yakinkah  kepada ahli keluarga saya yang begitu negatif terhadap Islam?
Syukur alhamdulillah, dengan izinNya saya berjaya melakukannya,  
berhijrah dan memeluk Islam.
Bagaimana  pula dengan mereka yang masih menanti jawapan kepada soalan-soalan  seperti di atas, mereka yang 50%, 60% atau 70% berminat memeluk Islam?
Bolehkan anda membantu menjawab soalan-soalan tadi untuk meyakinkan mereka?