Pages

Friday, August 26, 2011

Being Published at Majalah Dara.com (Edisi September 2011)


Syukur Alhamdulilah, kali kedua cerita kisah benar saya telahpun dipaparkan dalam media. Amat besar rahmatnya apabila blog kerdil ini juga boleh menjadi perhatian Media.

Sehingga sekarang saya masih belum memasang sebarang iklan dalam blog untuk mendapat keuntungan walaupun publisiti semakin meningkat. Setiap kali sebelum artikel dituliskan, saya telahpun berniat bahawa apa yang saya menulis adalah demi Allah SWT. Saya tidak mengharapkan sebarang keuntungan dengan penulisan saya walaupun pernah menulis artikel bahasa cina sehingga terpapar dalam Media juga pada beberapa tahun lalu. Saya khuatir sekiranya blog ini dipasang Iklan, maka niat saya akan semakin menyimpang ke arah mengaut keuntungan semata-mata.

Semenjak blogging sebagai muslimin,saya tidak pernah menyangka apa yang saya menulis boleh menarik 3 ribu lebih kunjungan setiap bulan. Artikel hasilan sendiri adalah paling susah mendapatkan publisiti di Laman Web kalao dibandingkan dengan gossip artist, gambar koleksi ataupun apa2 yang boleh download secara percuma. Hanya boleh bersyukur kepada Ilahi bahawa ini bukanlah kebetulan, sebaliknya kuasa Allah SWT jua yang menyuburkan blog ini dengan usaha saya dalam menulis. 
 

Kali pertama nama saya tertera atas cover majalah...

Kalao dibandingkan dengan apa yang dipapar dalam Majalah i sebelum ini, boleh kata artikel mengenai saya adalah lebih compact dan comeow... Juga disertakan gambar semasa saya melancong di Hat Yai bulan lepas. Sekiranya ada sesiapa yang ingin membaca kisah lama saya ni Majalah i boleh click sini.  

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca saya. Juga memohon maaf zahir dan batin atas penulisan artikel saya sekiranya ada mana-mana artikel yang menyinggung perasaan pembaca kalian. ;)


(Cantik betul tudung2 yang ada dalam majalah, silap2 saya pun belikan satu)

9 comments:

  1. semoga anda sentiasa berjaya dalam memperjuangkan jalanNya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ada masa jenguk la blog saya...saya pun ingin berkongsi kisah agama dan ajak saudara berfikir sekali...

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Aini Che din :
    insyaAllah, saya akan teruskan usaha dalam menulis.

    Kengkawan :
    Terima kasih.. ^ ^

    Zuha:
    InsyaAllah saya akan jenguk selalu..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.
    beautiful coincidence. i bought the issue, n read the articles. n today, i tiba2 search google on islam & muallaf... n found u. thanks a lot. i should share this blog, the super-beautiful entries with someone.

    my best prayers to all Muslims n U :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous:

    Walaikumsalam. Wow that's really a beautiful coincidence. I tried to google islam and muallaf keyword also can't found my blog title. Thanks for sharing my blog, this is just a simple blog that write out my thoughts. and best prayers to you too.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum :)
    hari ni saya tergerak nak baca majalah ni kat bilik rekreasi hostel u saya:)i found about u. tersentuh sangat. balik terus google pasal blog ni, and alhamdulilah i found it and share your story with my frens at fb. may allah bless u my dear brother. teruskan perjuangan. we all do support u always: )

    ReplyDelete
  7. missalya hamed :

    Walaikumsalam. terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak meriah sangat ini. Alhamdulilah google memang membantu dalam search blog saya ni.

    Thanks for sharing my blog at fb, you can add me at https://www.facebook.com/ikhwanng

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.