Teringat waktu saya umur 8 tahun selalu melepak dengan kawan2 ke pasar malam pada pukul 9 malam.. Masa tu siap melintas padang besar yang gelap, tak nampak wajah orang langsung.. Tapi itu la shortcut orang ramai berjalan kaki ke pasar malam dalam taman perumahan. Tak pernah risau diculik ataupun takut terserempak dengan warga asing..
Sampai la sekali kawan2 ajak naik basikal pergi ke pasar malam, saya pun naik la beramai2 dengan kawan.. Balik2 rumah bapa terus rotan saya kao2. Kaki merah habis kena sebatnya..
Esok hari pula kawan gelak pada saya ni kata tak berguna, naik basikal pun kena rotan.. Padahal mereka relak je. Sejak malam tu saya sekali pun tak naik basikal malam2 lg.. Masih berjalan kaki ke pasar malam juga lepas tu.
Waktu tu masih kecil, tak berasa pun apakah salahnya berbasikal waktu malam. Sehingga la saya umur 12 tahun, bapa tak merotan saya lagi sebaliknya sering mengajarkan saya ilmu2 masyarakat.. Beliau telah menukar pendekatan rotan kepada perkongsian ilmu, saya berasa agak susah faham tapi saya cuba dengarnya dengan sabar.
Suatu pagi bapa bawa saya seorang ke restoran mamak, saya paling suka order roti canai sebab cukup tebal dan lazat. Masa tu bapa saya mula buka ceritanya waktu kecil hampir2 lemas di lombong biji timah.
"Waktu tu biji timah dah makin sikit, jadi tertinggal beberapa kolam terbiar yang pernah korek biji timah.. Kawan2, abang dan saya curi2 pergi berenang di kolam waktu datuk dan nenek sibuk meniaga.. Umur saya pun sekitar 12 tahun macam kamu sekarang. Masa berenang tetiba saya berasa ada arus air kuat cuba menarik kaki saya ke bawah tanah, saya cuma sempat menjerit seketika sebelum kepala tenggelam dalam air.. Abang saya yang mengenggam tangan saya dengan kuat dan cuba menarik saya."
"Panik dan terminum air kolam waktu tenggelam buat saya cuba sedaya upaya sepak kaki dengan kuat dan berenang ke arah atas.. Tangan turut rasa genggaman yang kuat daripada abang. Bila abang dah berjaya menyelamatkan saya ke tepi kolam.. Semua kawan2 dah hilang."
"Bila jalan kaki sambil menangis dengan abang balik ke rumah.. Baru nampak datuk kamu dah berdiri di depan pintu dengan muka marah.. Rupanya kawan2 tadi dah larikan diri sebab takut dan melapor kepada keluarga, berita tu sampai kepada datuk pula. Akhirnya satu malam tidur luar dua beradik dan tidak diberikan makanan sebagai denda.. "
"Jadi kamu ni bernasib baik la sebab saya sebagai ayah tak tegas macam datuk, saya merotan kamu sebelum ni pun sebab nak selamatkan kamu daripada buat benda yang membahayakan diri.. Sekarang ni kamu dah besar, fikir2 la sendiri sebelum bertindak."
Jujur kata, bapa saya hanya ceritakan pengalaman ni sekali sahaja, tapi ia buat saya insaf kerana rupanya ibu bapa sering risaukan keselamatan saya.. Bukannya suka2 nak rotan dan buat saya malu dengan kawan2.
Bapa saya adalah seorang pendiam dan sangat tegas orangnya, namun melalui perbualan begini mulai saya sedar banyak tentang hatinya sebagai seorang ketua keluarga.
Thanks dad.
Bak kata pepatah 'sayang anak tangan-tangankan'. Cukup sekadar bagi pengajaran dan peringatan. Lebih2 lagi kalau melibatkan safety issue n akhlak. Biar menangis kena rotan jangan menangis bila dah kena bencana.
ReplyDeleteRotan pun utk anak yg umurnya 10 thn lebih. Below 10 tak boleh pakai rotan. Ikut cara nabi. Kan.
Betul. Kalau faham sebabnya baru dapat rasa kasih syg thru the rotan.
Tiba2 teringat masa dulu2 pun pernah kena rotan sebab menipu 😛