"Uncle tu mabuk, gila, tak siuman. You all tak payah percayakan apa dia cakap."
Itu jawapan daripada keluarganya apabila uncle Hakim meninggal dunia pada tahun 2016, suatu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan sehingga bila2.
Ya, uncle tu memang nampak macam orang gila, dia tidur di kedai kosong, sidai assam keping untuk mencari sedikit duit makan.. Dan sememangnya dia kaki botol, mulutnya berbau arak setiap kali saya mendekati dia, badan dan lengan penuh dengan tattoo.
Namun dia beritahu kepada saya dalam bahasa mandarin yang lancar, bahawa sejak dia jatuh sakit dan pengsan hadapan kedai kosong.. Sebaik sedar sahaja dan keluar dari wad, uncle bertanya kepada orang bagaimana dia boleh memeluk Islam.
"Saya tidak mempunyai banyak masa lagi, saya ingin memeluk Islam sebelum saya benar2 pergi."
Ramai orang dalam kampung assume uncle sebagai orang gila, tapi bukan pada saya.. Uncle sangat jelas maksudnya memberitahu saya bahawa dia telah lama teringin memeluk Islam, sejak muda lagi dia tertarik dengan cara orang Islam menyembah Tuhan.
"Dari mana uncle melihat orang Islam menyembah Tuhan?"
"Setiap hari Jumaat la.. Uncle kenal ramai kawan melayu, mereka mesti pergi 拜神 (menyembah tuhan) pada Jumaat bukan?"
"Jadi uncle pun banyak tanyalah.. Siapa tuhan kamu dalam agama kamu, kenapa kena sembahyang pada hari jumaat.. Lama2 uncle pun sudah minat dengan Islam tapi itu la, nanti orang cakap uncle sudah gila. Uncle pun sudah lama tangguhkan niat memeluk Islam."
"Bila uncle sakit teruk dan sedar dari ICU, uncle baru teringat ada satu hajat (memeluk Islam) sejak uncle muda.. Uncle sudah rasa tak mahu tunggu lagi."
Jujur kata saya terharu dengan uncle. Inilah apa yang Allah ingin menunjukkan kepada saya.. Bagaimana hidayah disampaikan kepada seorang uncle yang berbau arak, nampak kurang siuman dan sehingga pada saat saya cuba menterjemahkan erti dua kalimah Syahadah kepada Uncle di pejabat agama, segala dosa yang lalu telah diampunkan oleh Allah SWT.
Kita jangan menilaikan seseorang dengan paras rupa, pangkat dan harta yang dimiliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
Mungkin bagi setengah pihak, dia cuma "orang gila" yang tetiba memeluk Islam tanpa sebab. Namun saya masih jelas mengingat apa yang dijawab olehnya apabila saya bertanya apakah perasaan uncle selepas memeluk Islam.
"Uncle berasa sangat tenang.. Akhirnya uncle sudah masuk Islam. Uncle tak takut lagi orang mahu cakap apa, sebab Uncle pun sudah tak lama lagi boleh hidup."
Pengalaman ini sentiasa membuat saya teringat kepada beberapa ayat al-Qur'an tentang "orang gila" :
Atau (apakah patut) mereka berkata: "Padanya (Muhammad) ada penyakit gila." Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu.
(Q.S. Al-Mu’minuun : 70)
Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila."
(Q.S. Al-Qalam : 51)
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua- dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.
(Q.S. Saba’ : 46)
Wallahu A’lam
Note : Arwah uncle Hakim meninggal pada hari Jumaat, hujung tahun 2016. Keluarganya tidak membenarkan pihak pejabat agama menuntut jenazah dari tokong atas alasan arwah gila dan mengambil dadah. Jadi untuk meredakan keadaan kami terpaksa beri laluan kepada keluarga arwah untuk kebumikan cara bukan Islam.
Kami bersama pihak pejabat agama buatkan solat jenazah ghaib bagi arwah uncle Hakim. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.