Friday, September 4, 2020

"You Tak Tahu Malu Ke?"

"You tak tahu malu ke jadi pengkhianat bangsa you?"
"Cakap mandarin pun apa guna sudah pergi masuk itu agama"

Enam tahun lepas saya pernah masuk TV2 sekejap dan saya cuba upload interview tu ke YouTube. Last2 saya dihina mcm2 dalam ruang comment pun tak perasan.. Sebab pada awalnya tiada sesiapa pun pergi tgk. Mungkin lepas upload video interview tu dah beberapa tahun baru viral la sekejap, datang netizen entah dari mana..

Akhirnya saya tutup ruang komen dan kekalkan video dalam YouTube. Saya ni kalau bab kena ejek dah jadi rutin harian rasanya, setakat komen2 internet dah biasa sangat tu. Bayangkan dalam realiti kehidupan pun, cashier auntie yang jual roti tanya "mahu cakap Melayu ke cina?", tauke servis kereta pun tanya (saya bukannya servis kereta kat bengkel dia, cuma sebelah dia ada kedai runcit yang saya selalu pergi membeli barang harian.. Mungkin dah lama perhati saya tu) "Cuaca manyak cantik ahh hari ni, sudah makan kaa.. haiyaa depan tu selalu ada kambing datang punya. *tetiba* EHH you cina kaa.. Ohhh (muka sinis)"

Aneh sekali, dalam byk2 agama mesti Islam juga yang orang suka sgt mencaci dan menghina. Bila saya baca kisah Rasulullah.. Ya rabb semua nabi2 pun melalui benda yang sama. Dihina caci hanya kerana menurut perintah Islam.


Sampai satu masa saya dah tidak memikirkan lagi kata2 orang. Cukuplah Allah SWT bagiku.



p.s. bagi yang bertanya video youtube, jemput singgah channel saya tapi dah tak update :
https://www.youtube.com/user/lifemualaf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...