Wednesday, September 26, 2018

"Kenapa orang Cina susah masuk Islam?"


"Kenapa orang Cina susah masuk Islam?"

Ye la mesti la susah, ingat senang ke nak tukar nama cina kepada nama "Melayu", hentikan segala tabiat buruk, tidak lagi ambil minuman keras dan makanan haram.. Tambah2 kena marah dengan keluarga, dikata anak derhaka, bagai kacang lupakan kulit pergi hidup seperti kaum lain.. Silap2 kena halau keluar terus daripada pintu rumah.

Dipandang serong oleh masyarakat Non Muslim kerana identiti dan agamanya, silap2 dikritik oleh Muslim juga kerana atas sangkaan itu orang cina mesti sebab mahu duit, hak istimewa dan mahu kahwin saja.. (Padahal takde pun hak istimewa selepas memeluk Islam kerana "cina tetap cina", dalam cip Kad Pengenalan tetap JPN menyimpan nama asalnya untuk mengelakkan kekeliruan bangsa biarpun dah tukar nama atas I/C)

Tapi kenapa masih ada makin ramai orang Cina memeluk Islam? Jika begitu susah nampaknya..

Kerana orang Cina juga merupakan hamba kepada Pecipta yang Maha Esa, Cina pun mempunyai naluri mencari-carikan jalan yang menuju kepada Tuhan. Kembali kepada pangkal jalannya dan terus beribadah menurut apa yang diperintah olehNya melalui al-Qur'an dan sunnah rasulullah.

Meskipun cakap BM pelat bibirnya, mata sepetnya dan tak tahan makan pedasnya.. Allah tidak menilai seseorang dari segi luarannya melainkan keimanan dan amal ibadat dalam dirinya.

Orang Cina tak susah masuk Islam, yang susah dan menyusahkan adalah datang daripada sesama manusia sendiri sahaja.. Maka teruslah bertawakal kepada Allah yang Maha Esa.

Tukar Tayar


Minggu lepas pergi tukar tayar kereta, lepas deal dengan foreman.. Tauke pun suruh saya duduk dulu dalam kedai.

"You mahu tayar apa brand punya? Itu tayar belakang sudah boleh tukar lo."

Haish.. Kenapa tauke ni cakap BM dengan saya? Saya pun layan je la balas dengan BM juga, bagitahu nak tukar brand apa, buat sekali balancing aligntment bagai.

Dok tunggu setengah jam.. Foreman pun datang cakap dengan saya " 老板好了 (sudah siap boss) " tauke terus muka terkejut tengok kami, pastu bisik dengan staff kat belakang lepas buat bayaran "dia tahu cakap cina punya meh?? "

Walaupun tak pasti samada aura saya lain semacam ataupun penampilan, memang selalu ada kaum sebangsa cakap BM dengan saya. Last2 saya pun diam dulu dan tunggu orang mula bercakap dengan saya, kalau cakap cina.. Saya pun balas dengan bahasa cina. Kalau cakap BM saya pun layan je la cakap BM juga huhu. Apa boleh bikin?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...