Wednesday, July 17, 2013

ORDER ONLINE : Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah



Syukur alhamdulillah, buku saya "Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah" stok baru diterbit. Sekiranya anda berminat boleh buat penempahan dengan saya serta dapat Autograf. Harga buku hanya RM 16.90 sahaja.


Beli melalui MPHOnline :

MPHOnline : http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789670392646



Anda boleh menempah melalui Poslaju dengan kadar berikut:


Semenanjung Malaysia : 
 Poslaju RM 6.00 + Harga Buku RM 16.90 = RM 22.90

Sabah/Sarawak : 
Poslaju RM 10.00 + Harga Buku RM 16.90 = RM 26.90


Sila SMS/Email (012-3979998 / lifemualaf@gmail.com) saya maklumat berikut :

Nama Penerima :
Alamat Penerima :
No. Tel Bimbit :
Kuantiti Buku :

Bayaran boleh buat terus ke Akaun MAYBANK saya :

Muhammad Ikhwan Ng bin Abdullah
1583 1406 7997
Online banking email : lifemualaf@gmail.com

Sila email/sms saya (012-3979998 / lifemualaf@gmail.com) Maybank2u slip ataupun CDM Resit, buku akan diposkan selepas pengesahan.

Komen Pembaca

salam..
alhamdulillah ,saya dah pun selesai membacanya. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana ini adalah buku sulung saudara

Saya amat kagum dengan hasil penulisan saudara ikhwan yang banyak merujuk kepada petikan ayat-ayat Al Quran dan dikaitkan pula dengan pengalaman saudara sepanjang bergelar muallaf.. memang tiada keraguan lagi bagi sesiapa yang memahami maksud tersirat dalam surah Al Quran melainkan kepada orang yang sentiasa ingin mencari keredaan dari Nya.. saya sungguh terharu , terasa diri ini begitu kerdil..sebelum ni pun saya sudah baca beberapa buku mengenai cerita yang membabitkan muallaf .. sebab ia dapat memberi saya motivasi dan inspirasi kepada saya untuk istiqamah dalam agama yang suci ini.

semoga dapat teruskan berkarya dalam bidang penulisan jika itu minat saudara.dan semoga buku ini dapat memberi panduan dan membuka pintu hidayah kepada golongan non muslim di luar sana. bagi saya buku ini pun sudah cukup lengkap dengan point-point yang penting yang menunjukkan keesaan Allah. namun saya sedar hidayah itu milik Allah..


Maklumat lanjut click "Read More"

Sinopsis

Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah
Merungkaikan setiap peristiwa yang lazimnya berlaku pada mualaf. Buku ini dihasilkan supaya dapat membuka mata masyarakat siapa “Mualaf” yang sebenarnya serta memberikan jalan penyelesaian kepada saudara baru yang masih mencari-cari kebenaran.
Apabila menyebut “mualaf” pelbagai reaksi dipamerkan. Sama ada panggilan itu dilihat sebagai satu pujian apabila seseorang mendapat hidayah dari Ilahi untuk memeluk Islam atau pandangan sinis masyarakat pada saudara baru dengan pelbagai maksud tersirat.
Semoga Allah SWT membuka lebih ramai pintu hati manusia untuk menganut agama Islam yang tiada keraguan padanya.

Isi Kandungan

  • Surau Dalam Bilik Stor
  • Bermulanya Perjalanan Ibadah Puasa
  • Di Sebalik Kata-kata Orang
  • Mengenal Huruf Alif Baa Taa
  • Azan Masjid
  • Adakah Saya Anak Derhaka Selepas Memeluk Islam
  • MR. Red Hat
  • Kahwin Campur
  • Sampaikan Walau Hanya Satu Ayat
  • Daripada Ateis Menjadi Muslim
  • Menemui Kebenaran Daripada Kitab al-Quran
  • Statistik Muallaf Memeluk Islam
  • Underground Muslim
  • Wahai “Abdullah”
  • Tentang Colok (Joss Stick)
  • Surat Terbuka Kepada Laksamana Cheng Ho
  • Mencari Apa Yang Telah Hilang
  • Another Chinese Muallaf



Ulasan Berita Harian 31 Julai 2013






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...