Wednesday, June 24, 2015

Tidak mengapa, saya sanggup.

Little pilgrimage in Kinokuniya Bookstore, KLCC

Ramai yang bertanya kenapa dan bagaimana saya kembali kepada Islam?

Kecintaan kepada Allah yang Maha Esa datang daripada hati. Ketahuilah semua manusia dilahirkan dengan fitrah, ingin mencintai Tuhan dan memohon kepadaNya.

Namun ibu bapa yang mengajar kita semenjak kecil kepada Tuhan mana yang patut kita menyembah, maka kami pun taat dan turut.. Tidak banyak menyoal kenapa tuhan berbagai ragam, kenapa kadang2 doa tidak dimakbul, kenapa hidup untuk mengejar duniawi kemudian takut pada mati, takut pada musibah..

Kehidupan mula mengubah apabila saya bernekad untuk menjadi ateis. Anti pada segala doktrin agama, kurafat dan sebarang kepercayaan masyarakat cina dalam senyap. Masih pergi tokong juga masa remaja tapi hati sudah kosong, terasa hilang arah tuju dalam kehidupan.

"Saya lebih rela hidup tanpa agama jika diminta mengikuti ajaran yang tiada fakta."

Teruskan..
Teruskan kehidupan sebegini.

Tapi jiwa kosong.
Apakah manusia dilahirkan tanpa sebab kemudian lenyap begitu saja? Saya sering berfikir.

Sehingga saya menemui makna syahadah, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia tidak menyerupai sebarang mahluk di atas dunia. Yang Maha Esa dan Maha Besar. Tidak boleh terbayang bentuk Allah kerana ilmu kita terbatas, kita boleh merasai kewujudan Allah tanpa melalui patung buatan manusia dan perantara.

Mulai saat itu saya bernekad untuk kembali kepada Pencipta. Siapa sangka yang saya ni begitu anti doktrin agama boleh kembali beragama. namun kali ini sungguh berbeza, saya kembali kepada Tuhan yang wujud, yang tiada penafian terhadapNya.

Telah menjadi perkara biasa apabila sering dihukum oleh manusia, menganggap saya mengambil kesempatan atas nama muslim, mengejar dunia atas nama agama.

Namun mereka tidak mengetahui bahawa saya sanggup gadaikan nyawa dan harta saya kerana Allah. Biar maruah dipijak, dicaci keluarga sendiri, dihina masyarakat. Berapa ramai kawan lama enggan jumpa semula dengan saya, memandang saya dengan penuh kebencian. Cuma saya tidak suka mengeluh, adalah tidak penting bagi orang sekeliling memahami perasaan saya ataupun tidak. Saya tetap memilih jalan ini biarpun perit.

Saya sanggup belajar menulis untuk berkongsi setiap kebenaran yang saya menemui dalam Islam. Ya, pasti ada kawan bukan muslim yang datang dan bersoal bagai. Apakah saya sudah gila untuk memeluk agama pengganas?

Tidak, tidak sekali.
Maka saya belajar dari zero, saya sanggup diejek grammar lemah, buku banyak kesilapan tatabahasa. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya faham.

Difitnah oleh orang?
Diminta sembunyikan pengislaman saya oleh keluarga?
Dipandang serong?
Gossip? Majikan lama syak saya terkena ilmu hitam kerana enggan makan khinzir?

Tidak mengapa, saya sanggup.



Saya sanggup kerana saya ingin kembali kepada Allah yang Maha Esa.






3 comments:

  1. Assalamualaikum brother...i stumbled upon your blog by accident as i was googling for some local halal chinese food... I am amazed and envious at the same time that you're among the few that Allah has chosen to receive his Hidayah... What you have is not something that everybody has, not even the muslims by birth... I pray that allah will give you strength and courage and you will end up in paradise insya allah...

    mohdhazreen@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih krn berkongsi pengalaman ini. Sy pun muallaf secara diam2 sbb keluarga sy suami dan anak2 mmg membantah. Biasalah org cina mmg tak boleh terima Islam krn masuk Islam bermakna masuk melayu. Tp mrk tak tahu agama Islam agama utk semua tak kira bangsa dan latar belakang. Pls guide me how u overcome this situation?

    FB: nurnaimfx

    ReplyDelete
  3. I really admire your commitment and sacrifice. May Allah SWT bless and protect you always.

    I wish I had the courage to follow your footsteps....

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...