Berita : http://mustread.com.my/v1/index.php?route=information/news/news&news_id=83
Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah merungkaikan peristiwa yang lazim berlaku kepada muallaf bagi membuka mata masyarakat untuk mengenali siapa mereka serta memberi jalan penyelesaian kepada rakan yang masih mencari kebenaran.
Ia lebih kepada pengelaman penulis buku itu sendiri, Ikhwan Ng yang memeluk Islam dan melalui pengalaman yang mencabar jiwa yang baru ingin mengenal Tuhan. Ketika melihat stor yang digunakan rakan Muslim untuk solat, penulis tertanya di manakah Tuhan yang disembah oleh orang Islam.
Buku yang dutulis oleh Ikhwan Ng ini berasal dari Perak dan memeluk Islam pada Ramadan 2008 itu boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. Untuk memberi manfaat yang sejagat, tuan puan yang mahu melebarkan dakwah buku ini, boleh menyertai projek Wakaf Buku Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah.
Ini keratan akhbar Berita Harian, bertarikh 31 Julai 2013. |
"Semua buku yang diwakafkan akan diberikan kepada Non Muslim, juga kepada NGO yang melakukan aktiviti Dakwah. Saya amat terharu dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan wakaf buku. Semoga mesej Islam terus disebarkan dengan penuh hikmah dan ilmiah. Semoga Allah membuka pintu hati pembaca Non Muslim untuk menerima Islam, Syukran." Ikhwan Ng.
Bagaimana mahu menyumbang?
Mohon menghubungi Ikhwan Ng (012-3979998)
Mereka bekerjasama untuk melaksanakan projek wakaf itu untuk memastikan setiap Non Muslim dapat membaca buku itu dan aktiviti dakwah kepada Muallaf terus dilaksanakan. Ia penting supaya iman mereka terus diberi cahaya Islam yang suci.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.