Wednesday, November 11, 2015

Menuju Ke Arah Yang Benar

Perbualan Hangat dalam fb

Apakah erti untuk menjadi seorang insan yang bergelar "Muslim"?
Adakah gelaran "muslim" memadai apabila seseorang insan dilahirkan dalam "keluarga Muslim", manakala yang selain itu adakah kufur dan bakal menjadi bahan api neraka?

Hakikatnya, Islam bukan diamalkan melalui penghafalan dan sukatan modul peperiksaan semata-mata. Islam perlu diamalkan sepenuhnya melalui penghayatan sirah Nabi, nas-nas al-Qur'an dan sunnah. Kerana Iman dan takwa tidak mampu disukat oleh sistem ISO:9001, hanya tuan badan yang mengetahui pengamalan Islam dan takwa dalam urusan harian.

Maka adalah tidak mustahil seseorang Non Muslim yang dianggap "kufur" dan "kafir" oleh masyarakat hanya kerana bukan "born muslim", sekiranya beliau berhajat untuk melafaz dua Kalimah Syahadah dan mengamalkan Islam secara praktikal selain daripada penampilan dan pertuturan Islamik semata-mata, beliau tetap dikira sebagai seorang Muslim tanpa mengira tempoh pengislamannya baru ataupun lama, apatah lagi nak mempersoalkan status agama ibu bapanya?

Andai kata Islam merupakan agama warisan, maka ia akan menjadi agama yang sempit seperti agama yahudi, kerana hanya Jews yang berhak untuk memeluk agama suci "Jewish".

Islam merupakan agama yang mudah dan praktikal. Ia begitu praktikal sehingga manusia sejagat mampu mengamalnya dengan begitu mudah dan bertoleransi sesama manusia baik Muslim mahupun Non Muslim.

Apakah yang menyusahkannya adalah "Muslim" sendiri yang memberi pandangan peribadi tanpa membawa nas-nas yang kukuh daripada al-Qur'an dan Hadith. Yakni bersikap "Skepticism" yang harus dikikiskan daripada dirinya.

"jd kalu i x bersyahadah memang kene bakar lah ni? Walau pun i byk melakukan kebaikan drpda muslim yg baik?" Soalan daripada rakan fb..

Ramai orang asyik memikirkan agama Islam adalah sempit, yang paling glemer adalah.. seseorang non muslim yg sangat baik, biar la sampai langit baiknya tapi dia akan masuk neraka juga jika masih belum memeluk Islam.

Terutama sekali, hanya Allah yang sebaik-baik Pembalas pada hari pengadilan, yakni kita semua tidak dapat menghukum sesiapa bakal pergi ke syurga atau neraka melainkan Allah. Namun, Allah SWT telah berfirman secara jelas bahawa mengingkari bahawa wujudnya Pencipta yang Maha Esa akan membawa kerugian pada diri sendiri, untung la bagi orang yang berusaha mencari kebenaran dalam kehidupan.

Orang yang baik amalannya.. jika dah bersyahadah, dosa lalu dihapuskan dan dikekalkan amalan baiknya sebagai bekalan akhirat. Kerana Islam menyuruh manusia menuju ke arah mengenali Pencipta, hanya mempunyai amalan baik tapi gagal mengenali Pencipta dan erti hidup sebagai seorang insan atas bumi, seumpama kereta yang memandu dengan laju dan stabil tapi sayugianya menuju ke arah yang salah.

Maka yang sebaik-baiknya adalah menuju arah yang benar (kenali siapakah Pencipta dan sirah nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad saw menjadi utusan yang terakhir) dan laju (perbanyakkan amalan baik). Bukankah itu lebih baik dan kembali kepada arah kehidupan yang benar? Islam merupakan rahmat kepada manusia untuk selamatkan urusan duniawi dan akhirat.


Diriwayatkan dari Anas radiyallahu’anhu dia berkata : Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda :”Allah ta’ala berfirman, “Wahai anak adam selama kamu masih berdoa dan berharap kepadaku maka aku akan mengampunimu bagaimanapun keadaanmu tidak aku pedulikan. Wahai anak adam jikalau dosa-dosamu setinggi langit kemudian kamu meminta ampun kepadaku maka akan aku ampuni. Wahai anak adam apabila kamu mendatangiku dengan dosa sepenuh bumi kemudian kau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun yakinlah Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula. 
(HR Tirmidzy, hadis hasan shohih)

3 comments:

  1. Setiap insan di atas dunia ini perlu melihat diri sendir sebelum memberi kata2 pd insan yg lain walau pun mereka bukan nya membawa syahadah di hati :D

    ReplyDelete
  2. Yup..saya rasa sgt beruntung dilahirkan sebagai seorang yg beragama islam.

    ReplyDelete
  3. Yup..saya rasa sgt beruntung dilahirkan sebagai seorang yg beragama islam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...