Wednesday, January 27, 2016

Mrs Liew




Suatu ketika dahulu ada seorang rakan sekerja Mrs Liew (bukan nama sebenar) yang amat mesra orangnya.. beliau sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya tentang cara bekerja dengan society, sampailah bagimana mengubah sikap kita supaya lebih tabah dengan karenah manusia.

Suatu hari saya naik kereta jabatan bersamanya supaya menunjuk jalan ke suatu lokasi institut atas urusan rasmi, sepanjang sejam lebih perjalanan.. suatu benda yang asyik memain dalam pemikiran saya. Kenapa Mrs Liew bertutur dengan saya dalam BM sahaja? Beliau tak pernah bercakap dalam bahasa mandarin mahupun cantonese. Perkara ni buat saya agak confuse.. adakah disebabkan nama saya "Ikhwan" membuatnya rasa saya ni telahpun "masuk melayu"? Yakni asimilasi yang menegah saya daripada bertutur dalam bahasa Cina?

Namun saya hanya turut bertutur dalam bahasa bm dengannya. Biarpun orang lalu lalang menjeling apabila 2 orang Cina ni berdiri di hadapan bangunan institut sambil membincang tentang apa yang patut diselesaikan.

Sampailah masa makan tengahari pun, kami duduk dalam restoran KFC dan Mrs Liew terus menyembang dalam BM dengan nada yang jelas. Sehingga pelanggan yang lain turut tgk2 kami untuk cuba faham apa yang jadi sebenarnya. Namun saya pun buat relak sambil bersembang dengannya.

Sehinggalah bunyi hp Mrs Liew berdering.. beliau jawab dalam bahasa Hokkien dengan adiknya. Ia bahasa yang biasa di antara penduduk cina belah utara.. Saya yang dibesarkan di Ipoh pula lebih biasa dengan bahasa cantonese, bunyinya jauh sekali daripada bahasa hokkien.

Lama2 baru saya faham bukannya Mrs Liew menganggap saya telah "masuk melayu", sebaliknya beliau yang mengambil pendidikan di sekolah SK dahulu dan hanya fasih bertutur dalam bahasa Hokkien, English dan BM. Maka agak kekok andai kata beliau cuba bertutur bahasa mandarin dengan saya. Pada hakikatnya, beliau bertutur dalam bm untuk menghormati saya dan juga sering memberikan nasihat2 berdasarkan pengalamannya.

Perkara ni buat saya sedar bahawa setiap peristiwa pasti ada sebab disebaliknya.. ia bukannya boleh diputuskan oleh andaian dan prasangka semata2.

"Ikhwan.. How are you recently? Been very long time not see, I hope you are doing well with your career." Selepas setahun Mrs Liew ditukar ke jabatan lain, beliau menelefon saya tanya khabar.


Saya hanya mampu gelak.

Saya gelak kerana saya begitu mudah menjustifikasi orang padahal kebenaran adalah jauh lebih dalam. Saya gelak kerana Mrs Liew sebenarnya tak pernah memandang rendah saya sebagai cina muslim pun, walhal beliau orang pertama yang masih mengingati saya selepas ditukar ke jabatan berlainan.




Facebook Comments:






2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Brother,

    ;p I face the same thing too but probably becoz I look more like malay (Chindian Muslim) and my kids too (my non muslim family speaks to them in Bahasa mostly) heheh

    ReplyDelete
  2. semoga Allah memberi hidayah juga kepada beliau.. ameen..

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...