Tuesday, July 18, 2017

Cerita Kedai Kopi




Semalam kami sekeluarga makan sarapan pagi di suatu restoran Hainan.. Bila pelanggan dah ramai sangat kami terpaksa menunggu meja kosong, sehinggalah seorang uncle cina panggil dan suruh kami kongsi meja dengannya..

Hampir setengah jam menunggu masih belum sampai lg makanannya. Tiba2 hp uncle berdering dan nampaknya dia tengah berbicara tentang bab bisness dengan kawannya.

"How can you do like that.. You know that's kind of betrayal if you ever do that to me, that's not what we promised with the deal right? "



Selepas habis bercakap dalam hp, tetiba uncle tu bersembang dengan saya dalam bm pula.. Saya pun dah biasa sebab memang ramai yang ingat saya ni orang sabah/sarawak haha 😅

"Saya kasi tahu sama lu ahh.. Orang cina banyak tipu oh! Kita mahu bikin bisnes pun banyak susah.. Ini I cakap betul punya oh. " adoii kalau la uncle tahu saya cina juga, bukankah kami ni sama2 bangsa cina tengah mengutuk orang cina huhu.

"Tapi I rasa ah.. Orang Islam pun masih ada baik sikit. Tarak tipu2 punya.."

Saya terkejut bila uncle sebut perkataan orang "Islam" dan bukannya menyebut mana2 bangsa bila kaitkan dengan amanah. Mungkin uncle tu dah biasa buat bisness dengan mcm2 pelanggan, sampailah beliau pun kenali apakah gaya customer..

Nama "Islam" akan terbela apabila pengikutnya betul2 mengamalkan ajarannya, ia termasuklah menjaga amanah dan menepati janji dalam urusan perniagaan. Sehinggalah uncle yang bukan Islam ni pun memuji orang Islam adalah sesuatu yang menghairankan.

Akhlak dan amanah bukannya dinilai dari segi bangsa tapi prinsip keagamaan yang dipegang oleh pengikutnya.. Saya pun hampir mahu bagitahu uncle sebenarnya I pun Cina juga mah aiyaa..








3 comments:

  1. 😅
    Patut bagitau uncle tu - saya cina n saya islam. Bisnes dgn saya lor 😆.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah.. kalau dia dh nampak Islam, dia nampak yg sebenarnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...