Tuesday, June 26, 2018

Habis Madu

Terkilan juga apabila terdapat seorang dua wanita cina muslim yang diceraikan oleh suaminya bila dah "habis madu".. Mereka bawakan anak2 ke kelas agama fardhu Ain dan teruskan kehidupan sebagai Muslim.

Bila kami cuba bantu dan tanya khabar, baru diberitahu bekas suaminya jarang bersolat.. Maka jauh sekali bekas suami berikan bimbingan dan nasihat agama kepada pasangannya sebelum ni.

Apatah lagi ditinggalkan begitu sahaja selepas mempunyai anak tanpa alasan munasabah.. Ia semestinya sangat menguji kekuatan dan keimanan seseorang reverts.

Sekiranya mereka masih mempunyai inisiatif untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang Muslim, kita dapat membantunya dari segi kelas dan saraan hidup.. Bagaimana pula dengan reverts yang murtad dalam senyap dan tidak dijejaki?

Andai kata ingin berkahwin campur/berkahwin dengan reverts, pastikan diri sendiri telahpun bersiap sedia dalam memberikan bimbingan agama dan sokongan yang tak terhenti kepadanya.. Kerana reverts pasti menerima tentangan hebat daripada keluarga non muslim dan masyarakat, pasangan hidup mampu memainkan peranan penting dalam membimbingnya.

Sekiranya kita dapat membantu seseorang menemui Islam dan terjaga keimanannya sehingga hujung hayat, insyaallah pahala akan datang secara berterusan dari waktu beliau mengucap kalimah syahadah, menjalankan amal ibadat dan segala perkara yang mendekati Allah SWT.

Maka hendaklah bersiap sedia 200% sebelum menempuh perkahwinan campur.. Jangan pujuk non muslim memeluk Islam "atas syarat" saja kemudian tinggalkannya kelak.. Walhal ia akan menjadi salah satu sebab kes murtad yang selalu jadi di Malaysia.


Take it or leave it.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...