Monday, April 22, 2019

Geram Geram


Bila tak puas hati, tidak senang hati atau geram je.. Laju taip kat FB status, whatsapp status, instagram pun letak gambar2 yang seperti mengisahkan situasi peribadi.

Ahh lega.. dah lepaskan semua geram kat media sosial, biar orang komen ramai2 dan "Like" status kita. Tambah2 kawan pun pakat mengata 'musuh' kita, lagi la rasa puas hati..

Tapi bila kita dedahkan terlalu banyak "suara hati" yang tidak tenang ini di media sosial, secara tidak langsung kita tengah membuka peluang kepada orang untuk menjatuhkan nama baik kita.. Ada je mata yang tengah perhati, screenshot segala pendapat kita, yang jauh lebih malang status yang berunsur negatif ini disebarkan secara meluas..

Hanya kerana meluahkan perasaan yang tidak tenteram.

Hamba Allah yang paling kuat bukannya manusia yang kuat melatah kat fb, media sosial. Sebaliknya adalah manusia yang pandai menjaga lidah dan juga "jejari" yang menaip sebarang pendapat/status. Bila hati terjaga daripada meluahkan segala pemikiran yang negatif, semestinya orang tidak dapat mencari kelemahan dalam diri untuk menjatuhkan kita.


Maka bila hati rasa tidak tenang.. Hanya luahkan segala-galanya selepas tunaikan solat, insyaAllah hati jauh lebih tenang daripada meluahkan kepada manusia yang tidak pernah sempurna.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...