This article are posted from Sister Aliya's "Soalan" (Link to Original Post).
I found out those question are exactly what I faced, and I have met some answer for few question. I will write out fews article according to those question.. I need times to collect some interesting fact first, please stay tuned..
Saya masih ingat, ketika saya mula minat Islam, banyak juga perkara yang mengelirukan saya sehingga saya tidak pasti sama ada tindakan memeluk Islam adalah sesuai dan baik.
Bukannya kerana saya tidak percaya kepada wujudnya Tuhan Yang Esa.
Bukannya kerana saya tidak percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar.
Cuma... saya masih ada soalan yang belum berjawab, dan reaksi sesetengah orang Islam sendiri turut mengelirukan saya. Ia sedikit sebanyak melengahkan saya daripada memeluk Islam.
Soalan yang sama juga ditujukan kepada saya oleh nonMuslim yang seolah-olah menyindir saya apabila mengetahui minat saya pada Islam ketika itu. Begitu juga, ditujukan oleh ahli keluarga apabila menyedari minat saya itu, dengan harapan minat saya terhadap Islam akan semakin pudar.
Di antara yang menghantui saya ketika itu:
1. Mengapa mahu peluk Islam sedangkan Islam itu banyak sangat ritual keagamaannya berbanding agama lain? Mesti sembahyang 5 kali sehari, mesti puasa, mesti bertudung dll sedangkan agama lain mudah sahaja?
2. Kalau Islam itu baik, mengapa ramai orang Islam menjadi Mat Rempit, penagih dadah, perogol, perompak, buang anak, berzina dan sebagainya? Bukankah itu menunjukkan ajaran Islam itu ada kelemahannya?
3. Mengapa orang Islam masih bergaduh/berperang sesama sendiri sedangkan Islam itu mengajar kedamaian? Antara orang politik, antara jiran tetangga, antara ahli keluarga? Kalau Islam itu baik, tentu orang Islam tak bergaduh sesama sendiri sebaliknya bersatu?
4. Islam membenarkan pergaduhan dan pembunuhan? JI, Taliban, Islam terrorists... semua mereka adalah orang Islam, bukan?
4. Kalau saya peluk Islam, di manakah boleh saya tinggal kalau saya dihalau oleh keluarga? Bagaimanakah saya nak hidup sedangkan segala perbelanjaan seharian disediakan oleh ibu bapa? Saya tak mahu tinggal di rumah perlindungan yang jauh dari pusat bandar kerana bimbang tak dapat sesuaikan diri tanpa kemudahan internet dan sebagainya.
5. Perlukah saya memberitahu keluarga saya bahawa saya mahu peluk Islam? Atau masuk Islam secara senyap-senyap?
6. Kalau saya masuk Islam secara senyap-senyap dulu dan berlakon seolah-olah saya belum Islam di hadapan ahli keluarga, bukankah itu bermaksud saya menipu ibu bapa dan ahli keluarga saya? Bukankah Islam mengajar umatNya supaya sentiasa jujur?
7. Apabila saya memeluk Islam, saya tidak lagi boleh melibatkan diri dalam ritual keagamaan keluarga saya yang masih nonMuslim. Sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia, saya akan dituduh anak derhaka dan tidak mengenang budi kerana tidak melakukan upacara keagamaan mereka kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam? Bagaimana saya harus hadapi keadaan itu nanti?
8. Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam, seterusnya tidak lagi dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi. Benarkah tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam?
9. Perlukah saya menjadi Melayu apabila memeluk Islam, yakni berpakaian ala orang Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu? Bagaimanakah saya harus kekalkan identiti saya sebagai orang Cina tetapi beragama Islam?
10. Orang Islam mendakwa bahawa Islam itu agama benar dan Allah itu Maha Esa, dan hanya satu tuhan. Apakah buktinya yang boleh saya yakinkah kepada ahli keluarga saya yang begitu negatif terhadap Islam?
Syukur alhamdulillah, dengan izinNya saya berjaya melakukannya,
berhijrah dan memeluk Islam.
Bagaimana pula dengan mereka yang masih menanti jawapan kepada soalan-soalan seperti di atas, mereka yang 50%, 60% atau 70% berminat memeluk Islam?
Bolehkan anda membantu menjawab soalan-soalan tadi untuk meyakinkan mereka?