Monday, April 12, 2021

CNY 2021

Dalam sepanjang tahun penat bekerja, kami masyarakat cina pasti akan meluangkan masa sehari untuk balik ke rumah menikmati "Reunion Dinner", iaitu sehari sebelum masuk ke kalendar Tahun Baru Cina.. Kami memakai baju merah kerana warna ini melambangkan "keceriaan", cakap benda yang baik2 saja dan mengucap selamat maju jaya kepada keluarga dan saudara mara..

Habis makan dinner sudah.. ada sembahyang kaum tionghua ke?? CNY ni perayaan agama orang cina ke??
 
Hmm.. senang cerita macam ni la. Ini perayaan Tahun Baru Cina, sibuk macam mana pun kami tetap akan balik berjumpa dengan keluarga tak kiralah balik dari tempat kerja utara selatan Malaysia, Sabah Sarawak, Singapore, ataupun luar negara sekalipun.. Kami meluangkan SEHARI dalam sepanjang tahun untuk berjumpa dan makan2 bersama. Ia lebih kepada sesuatu perhimpunan kekeluargaan yang telahpun lama diamalkan. Ya asalnya tiada kaitan dengan agama itu betul.
 
Dalam masyarakat cina ada berbagai kepercayaan agama, ada yang beragama Buddhism, Taoism, Christian. Mereka akan mencari tokong atau gereja kemudian untuk mencari keberkatan daripada agama masing2.. Itulah cara hidup mereka, mencari berkat "tuhan" dengan ritual agama mereka..
Kalau yang jenis atheist pun, mereka tetap sambut CNY dengan makan bersama keluarga cuma tiada menyambut apa2 upacara agama. 
 
Dimana suku kaum Hokkien akan menyambut CNY pada hari ke sembilan dengan nama “Phai Thien Kong” (praying the Heaven God), jadi mereka akan membakar mercun pada pukul 12malam sambil buat sembahyang kepada langit di hadapan rumah masing2. 
 
Cuma sekarang ni tengah viral sesama komuniti Chinese Muslim.. CNY ni sepatutnya "haram", ada unsur agama etc2 sambil memetik wikipedia.. 
 
Sekiranya dah memeluk Islam, syukur alhamdulillah.. Maka ketahui sendiri apa yang patut buat, apa yang tak patut.. Tak salah kalau setakat balik ke rumah menziarah orang tua, makan2 (yang halal) dan memberi ang pau.. Tapi janganlah bila keluarga pergi tokong sembah tuhan, kita yang dah "muslim" pun terikut2 pergi sekali. πŸ˜… Yang tu sendiri kena faham laa. Jangan hanya sebab keluarga masih non Muslim dan pergi tokong atau sembah langkit depan rumah ke, kita pun terus kata CNY tu haraaam.
Islam mengajarkan kita cara bermasyarakat dengan semua orang, mencari keredhaan Allah SWT dan tidak menyakiti hati sesiapapun. mana tahu dengan akhlak yang baik.. suatu hari nanti ada kawan2, saudara mara tertarik dengan prinsip Islam kan?
 
 
Kiong Hee Huat Chaii
Gong hey fatt Choi
Gong xi fatt Chai πŸ˜„

Cina kaa Melayu

 "You orang cina kaa melayu?"

Sebaik saja saya scan MySejahtera dan tunjukkan nama saya pada pekerja.. Dia terus tanya begitu. 
 
Terkedu sebentar. 

Terang2 nama saya tulis "Ikhwan" dalam MySejahtera ni.. Nak kata saya melayu, muka putih melepak.. Nak kata saya cina, nama pula terang2 tulis 'Ikhwan'
 
Last2 saya cuma senyum saja dan tidak menjawab apa, terus masuk ke kompleks.. Sebab benda yang sama ni pernah mak saya tanya 10 tahun yang lepas. You sudah jadi melayu tahu tak, dah masuk Islam senyap2 ni.. 
 
Saya cakap tak, saya cina.. mana ada jadi melayu.
Habis tu you tak makan oink2 kan, you tak sembahyang kat tokong lagi kan? Kalau mak sudah mati, you pun sudah tak mahu sembahyang kat upacara kan?? Haaiiyaa itu dah nampak you bukan lagi cina laa
 
Saya terdiam. 
 
Ada masanya masyarakat mentafsir sesuatu bangsa dengan cara sembahyang, gaya hidup, agama dan kepercayaannya. Bila saya cakap "saya masih cina", ia bermaksud saya seorang cina yang beragama Islam.. Tapi bagi orang lain mungkin tafsirannya adalah "Kamu melayu", kerana kamu bukan lagi mengikuti gaya hidup kaum cina. 
 
I cina atau melayu kaa.. bukan sesuatu yang harus saya debat untuk memenangi hati mana2 kaum. Yang penting I sudah memilih Islam, jadi I ingin hidup sebagai seorang Muslim.

Babi

"Mak bapa kamu mcm mana, ada memeluk Islam sekali ke?" beberapa tahun lepas saya berjumpa dengan seorang petugas dalam majlis.. Selepas Ahmad (bukan nama sebenar) selesai bacakan doa di atas pentas, kami bersembang sekejap sementara nak menunggu acara majlis seterusnya..

"Belum lagi, kadang2 orang tua saya pernah beritahu mereka terasa dengan beberapa Muslim yang menyakitkan hatinya.." entah mcm mana saya boleh berterus terang dengan beliau, "Mak saya selalu pesan masa saya kecil lagi, kamu jangan kawan sangat dengan 'orang islam' sebab mereka tetap tak suka dengan cara hidup kita."

"Mak pernahlah mengeluh, dulu2 masa kat kampung lagi ada seorang jiran 'Muslim' belakang rumah asyik panggil mak saya bxbx, bila mak tanya balik.. Apasal you cakap mcm tu, jiran pun jawablah: dah you makan bxbx, you pun jadi mcm bxbx laa!" 

Tapi apa yang Ahmad jawab membuat saya insaf, walaupun jawapannya pendek, santai tapi ia tetap dalam ingatan saya selama-lamanya.. Ahmad jawab saya begini:

Wan, kalau kita nak mengikut cara 'orang Muslim' bagi mengenali Islam, memang sampai bila2 pun takkan dapat jawapan.. Ramai je orang Islam yang kuat mengutuk menfitnah, makan riba.. Lagi teruk yang berjudi, minum pun ada.

Yang silapnya kita jangan ikut orang! Orang tak semestinya betul, mungkin dia boleh tersilap kata2nya, kelakuan dan perangainya.. Tapi apa yang mereka buat tu tetap tak mengubah apa yang disuruh oleh agama Islam. Apa yang difirman oleh Allah SWT sangat mudah, menyembah hanya kepada Allah SWT, meninggalkan apa yang diharamkan dan mengamalkan apa yang disukai oleh Allah SWT.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., tiada lagi manusia yang layak menjadi contoh kepada Islam. Tiada seorang pun.. Sebab nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh yang terakhir! Jadi ia juga menjadi bahan fitnah kepada non muslim untuk menyerang kebenaran Islam.. Contohnya ada yang cakap cuba you tengok.. Bukan Islam suruh jangan minum arak, kenapa ada seorang dua dalam kampung minum juga? Padahal apa yang seorang "Muslim" salah buat itu, tetap tidak boleh mengubahkan apa yang Haram dalam Islam kepada 'halal'.

Nak mengenali Islam.. Kita patut mencari jawapan dalam al-Quran dan mempelajari sunnah daripada Nabi Muhammad s.a.w., bukannya setakat mengikut orang.. Percayalah suatu hari nanti bila mak bapa Wan mampu mengenali Islam secara betul, tidak mustahil hati mereka akan menerima hidayah suatu hari jua.


Kerana manusia bukan insan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...