Sunday, June 12, 2016

Bro, You Ada Puasa?



"Bro, you ada puasa?" Kawan tanya..
"Ya, I ada puasa.." Mata saya dah sayu, muka pucat.

"Aiyoo.. Boleh tahaaan ke bro??"

Bila saya ditanya soalan begitu. Saya sering teringat niat asal saya dalam berpuasa.. Bukannya setakat menahan lapar dan dahaga, bagai penderaan diri dan menurunkan prestasi bekerja.. Sebalik saya berpuasa kerana ini adalah firman Allah SWT yang jelas dalam al-Qur'an, surah al-Baqarah ayat 183-187 :

[183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

[185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

[186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[187]
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.


Kerana hati saya ingin kembali kepada Pencipta yang Maha Esa, maka saya pasti menurut setiap perintah yang jelas dalam al-Qur'an dan bukannya setakat teori manusia semata-mata. Ramai orang yang mengatakan bahawa Puasa adalah peluang terbaik untuk Diet, buang toksik dan mcm2 faktor kesihatan.

Tapi andainya kita berpuasa hanya kerana Diet dan bukannya kerana Allah SWT.. Maka itulah namanya menahan lapar yang sia-sia.. bukannya kerana menjalankan ibadat pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran yang suci.

Ya.. saya mengakui amat mencabar untuk berpuasa terutamanya semenjak minggu lepas saya mempunyai tugas yang melampau banyak, pernah sekali saya hanya sempat tidur sejam sebelum bersahur.. Andai kata saya mengamalkan puasa hanya setakat teori manusia semata2, mesti saya telahpun tinggalkan puasa..

Tapi sehingga kini alhamdulillah, saya teruskan juga ibadat berpuasa kerana Allah SWT. Saya hendaklah mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, menunjukkan saya jalan yang benar dan bawa saya keluar daripada kegelapan.. Apakah nikmat yang lagi besar daripada mengenali Pencipta yang Maha Esa dan turut mengetahui firmanNya dalam Kitab Suci?

Tiada!! Duniawi hanyalah perjalanan yang singkat..
Tiada nikmat yang lebih besar daripada kembali kepada Allah SWT. Mengamalkan setiap suruhanNya tanpa bersoal apakah khasiat disebaliknya, kerana setiap suruhan Allah SWT semestinya mengandungi hikmah yang manusia tidak mampu mengetahui sepenuhnya.

Ya ALLAH.. Ampunkan daku. Maafkan daku.. Tunjukkan daku jalan yang benar, mudahkan perjalanan dakwah daku dalam menghadapi komplikasi masyarakat, berikan hidayah kepada semua saudaraku dan sahabatku.. kekalkan iman mereka dan sentiasa memberkati setiap amalan dan ibadat mereka.

Sebagaimana nabi pernah berpesan kepada sahabatnya..

Rasulullah ﷺ bersabda: “Banyak orang berpuasa, tiada mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan banyak orang yang jaga malam (beribadah pada malam hari), tidak mendapat apa-apa daripada jaga malamnya selain kurang tidur.” (Riwayat an-Nasaie dan Ibnu Majah).



1 comment:

  1. Tahniah :D

    Org yg dah lama Islam pun ada yang tak faham-faham.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...