Saturday, July 9, 2016
Tempat Sujud
Dari Abu Dzar r.a bertanya:Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini? Jawab Rasulullah s.a.w :'Masjidil Haram! Aku bertanya lagi:Sesudah itu masjid apa? Jawab baginda:Masjidil Aqsa! Aku bertanya lagi:Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan? Jawab baginda:Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud).
Bumi ini adalah masjid (tempat sujud)..
Semalam saya ingin menunaikan solat jumaat di suatu Masjid Taiping. Jemaahnya begitu ramai sehingga membanjiri Masjid, ramai yang hanya mampu berdiri di luar masjid sambil mendengar khutbah.
Khutbah telahpun selesai dan masuknya solat jumaat.. Saya tak dapat merebut ruang bersolat di halaman belakang masjid, yang lantai bersimen luar masjid pula panas yang melampau.. Saya tak dapat berdiri sesaat pun atasnya.
Akhirnya saya berdiri di atas padang rumput yang berada di belakang halaman masjid. Pancaran matahari begitu panas terik atas langit, jemaah yang lain turut berbaris di sebelah kiri kanan saya.. sehingga membentuk 3 baris lebih jemaah di atas padang rumput. Suatu dugaan kecil buat kami dalam menunaikan solat Jumaat sempena Eid Mubarak.
Apabila menunaikan solat dan melihat rumput tersusun kemas dan elok atas tanah kosong ini.. Saya turut teringat berbagai peristiwa yang lalu dalam kehidupan saya. Semasa melawat tempat ibadat pada waktu kecil, bukannya janggal bagi saya bersujud kepada taghut dan kaki manusia.. Saya melakunya tanpa berfikir panjang atas asuhan keluarga yang setia kepada agama. Maka bersujudlah saya kepada taghut sini sana, manusia yang mempunyai kedudukan tinggi dalam bidang agama.. Bersujud adalah suatu tanda hormat yang lazim dalam masyarakat.
Orang islam sujud kepada siapa?
Tiada sebarang manusia di hapadan kami, tiada pun taghut yang gah, tiada sebarang perantaraan.. "Apa pula yang you ni rajin sangat sampai bersujud sehingga 5 waktu sehari?" Ini adalah diantara persoalan yang dilontarkan kepada saya.. Mereka telahpun lupakan bahawa saya juga suatu ketika pernah bersujud kepada taghut dan "orang mulia".
Saya bersujud kepada Allah atas permukaan bumi yang luas.
Bumi ini adalah masjid (tempat sujud) saya, dimana2 pun saya berada, kiblat iaitu arah bersolat saya tetap menghala ke arah Kaabah yang tidak mempunyai sebarang patung didalamnya, ia hanyalah sebuah rumah ibadat yang berbentuk petak.. Ia tidak mempunyai agamawan ataupun manusia mulia berada didalamnya. Sebaliknya ia adalah kekuatan dan kesatuan umat dalam membina Iman dan tauhid yang sepadu.
Sebagai Muslim, saya bersujud kepada Pencipta Alam Semesta.
Saya berdiri sebagai seorang hamba kepada Pencipta dan bersujud hanya kepadaNya.. Semenjak menjadi orang Islam, tidak lagi saya bersujud kepada kubur, taghut, agamawan dan apa2 pun. Kerana sujudku adalah hanya kepada Pencipta Alam semesta, bukannya kepada segala ciptaan Allah semata-mata.
Air mata turut berlinang dalam mengenangkan berbagai kesilapan dan kesalahan yang lalu, saya pernah bersujud kepada berbagai ciptaan Allah, terlalu banyak dan terlalu lama saya melalukan kesilapan tanpa kesedaran saya.. Namun semuanya telahpun berakhir apabila saya telah menemui petunjuk Pencipta jua.. Hati berasa tenang dan dingin berdiri di atas padang rumput, saya bersujud dan boleh merasai dahi terkena dengan rumput yang tersusun rapi ini.
Orang selalunya memijak atas padang rumput tanpa berfikir banyak dari mana datangnya rumput ini? Dari mana datangnya bumi dan alam semesta? Sehingga orang memandang hina pada rumput kerana ia bukannya seindah carpet yang dibentangkan, coraknya tidak secantik mozek yang harganya ratusan mahupun ribuan yang dipasangkan kat halaman rumah.. Namun padang rumput inilah yang sebagai rahmat kepada jemaah menunaikan solat jumaat di bawah matahari yang terik tanpa berasa panas dan sakit hati sebagaimana memijak atas mozek dan lantai simen.
Pada waktu mencium bau rumput dan tanah, hati saya dengan teguhnya mengatakan bahawa saya bukannya bersujud kepada manusia mahupun sebarang perantaraan lagi yang berada di hadapan saya. Sebaliknya saya bersujud di atas bumi Allah SWT yang Maha Esa.
Hati saya selalu teringat tentang hadis yang mengatakan bahawa "Bumi ini adalah masjid (tempat sujud)".. "Masjid" bukannya nama bangunan sebaliknya ia bermaksud Tempat sujud dalam bahasa Arab.. Bayangkanlah betapa luasnya tempat sujud di atas permukaan bumi ini dan rahmat Allah SWT kepada segala manusia.
Allah SWT berfirman :
Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari.
( al-Qur'an, AR RAD:15)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya kagum seorang mualaf mampu menceritakan begitu banyak mengenai Islam.
ReplyDeleteMungkin saya akan menghantar email kepada Saudara kerana saya begitu terpikat dengan isi-isi di dalam blog ini. Saya dilahirkan Islam, tetapi saya 'seorang hamba yang mencari Tuhannya'. Semoga nanti kita dapat berkenalan. :)
Brother ikhwan i wd like to suggest to u one very good quran apps..quran tafsir pro...
ReplyDeleteThere are so many quranic apps but this one is so imprrssive masyaAllah...it can u the translation by words and they will find u other places with same words....very simple and practical to use...
Many features which are practical