Tuesday, December 12, 2017

Mana Budaya Orang Islam

Berkhatan di kalangan anak-anak kaum Cina non-muslim adalah suatu perkara yg biasa di Kelantan... 

"Sesiapa yang memeluk Islam pasti akan hilang kebudayaan dalam dirinya." saya terbaca komen kritis ini dalam artikel majalah.

"Kerana mereka (muslim) akan terikut-ikut dengan budaya orang arab sehingga tinggalkan akar umbinya, terutamanya wanita terpaksa memakai scarf seperi orang Arab." saya terus letak balik majalah terbitan dari negara asing itu ke rak..

Itulah persepsi yang amat umum dan terpesong apabila non muslim cuba memahami karenah reverted muslim. Bila orang luar negara masuk Islam dikritik 'masuk Arab', di Malaysia pula dikritik 'masuk Melayu'.

Terutama sekali, menjadi seorang Muslim tidak bererti mengikuti mana-mana kebudayaan. Islam bukannya suatu produk yang dibentuk atas budaya masyarakat dan 'superstitions', sebaliknya Islam hanya menyuruh manusia mencari satu jawapan hakiki, siapakah Tuhan Alam Semesta?

Sekiranya Islam hanya budaya orang Arab semata-mata, maka hendaklah semua orang Islam mencari baju jubah buatan Arab sahaja, sehingga nasi arab, roti arab, kopi arab menjadi menu harian.. Pada hakikatnya nikmat Allah adalah amat luas, muslim tidak pernah disuruh tinggalkan kebudayaan dalamnya selagi tidak terlibat dengan syirik, khurafat dan makanan haram.

'Hilang budaya' adalah suatu persepsi yang salah apabila orang luar cuba memahami Islam secara andaian semata-mata.. Maka Muslim sendiri memikul tanggungjawab yang besar untuk cuba berdakwah dan menjelaskan erti Islam yang sebenar kepada semua dengan merujuk kepada nas Quran dan Hadis..


Kalau tak sampai bila-bila muallaf dilabel masuk Arab, masuk Melayu..


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...