Friday, November 30, 2018

HALAU



Saya tengah sembang dengan Simon (bukan nama sebenar) mengenai al-Qur'an terjemahan, beliau tengah mencari terjemahan BM yang jenis ada rumi.. Kerana bahasa cina beliau kurang sikit dalam membaca. Sambil2 tu saya berkongsi tentang jika nak pegang quran jenis mushaf saja perlu ambil air wuduk terlebih dahulu.

"honestly bro...saya pernah buka Al Quran yg penuh arab kat kedai ...tapi halau dari bos kedai.."

Tetiba Simon beritahu saya pasal kena halau dari kedai buku Islamik. Saya kenal Simon melalui whatsapp dah hampir setahun, boleh kata semangat beliau dalam belajar Islam masih kukuh lagi.. Cuma beliau sentiasa menerima ujian sebegini sebagai seorang "cina".

Biarpun beliau dilayan seperti "najis" dan "kafir", dihalau keluar dari kedai buku.. Prof Taufik Yap pinjamkan senaskah quran terjemahan cina kepadanya membuatkan Simon masih bersemangat dalam belajar Islam. Sikap segelintir Muslim dalam menghina Simon sebegini akan membuatkan usaha dakwah terbantut, memang tak boleh bayangkan jika Simon terus putus asa mengenali Islam semenjak dihalau keluar begitu saja..

Andai kata melihat 'Cina' terpegang al quran pun.. Apa salahnya cakap baik2 dengan dia bahawa perlu ambil air wuduk dahulu, jika tak pandai ambil air wuduk maka hadiahkan senaskah quran yang hanya ada terjemahan sahaja kepadanya.. Supaya mereka faham dan selesa kerana datang dengan niat 'ingin tahu' dan bukannya nak cari masalah.


Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah benar ni.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...