Tuesday, July 6, 2010

Mutiara Akidah dan Ibadat

Harga Buku : RM 13.00

http://www.zaharuddin.net/content/view/921/72/

Buku yang menarik sekali dan menjawab berbagai persoalan saya. Terutamanya persoalan Nama Allah swt diguna oleh Christian dan Orang bukan Islam baca Al-Quran. Senang difahami dan berinfo tepat dengan rujukan Al-Quran dan Hadis.

MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini.

Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat. Soalan yang dimuatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan. Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.

ANTARA PENGISIAN YANG MENARIK:

Ketagih maksiat dan nazar
Penggunaan nama ALLAH oleh Kristian
Pembedahan plastik, botoks dan braces
Mandi tujuh kolah untuk dapat jodoh
Pejam mata ketika solat
Tanda hitam di dahi
Sedekah pahala amalan
Kesilapan yang dilakukan pada bulan Ramadan
Tuntut bela di akhirat
Amal al-Quran untuk kuat
Alam barzakh
Orang bukan Islam baca al-Quran
Fikir mati halang kemajuan
Waktu doa yang mustajab
Fatihah pembuka majlis
Beban hutang ketika haji

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...