Thursday, January 7, 2016

Nas-nas al-Qur'an

Surah Al-Fatihah, terjemahan Bahasa Cina. 

Masa baru memeluk Islam, saya gemar beli buku dari kedai buku Islamik. Buku tebal sampai ratusan muka surat, macam2 tajuk buku ada.. Tapi apa yang menarik perhatian saya hanyalah beberapa patah ayat al-Qur'an dan terjemahan yang terselit dalam buku.

Kadang-kala tak baca sangat isi kandungannya pun, dengan merenung ayat-ayat al-Qur'an hati turut berasa tenang. Sampai setiap kali dapat gaji bulanan saja pasti beli buku baru untuk mencari beberapa patah ayat al-Qur'an yang lain.

Lama-kelamaan baru saya faham sebenarnya al-Qur'an ada juga terjemahannya bagi pembaca yang kurang fasih bahasa Arab. Bila hati tidak tenang, saya buka dan baca al-Qur'an terjemahan terbitan Al-Hidayah, sambil baca dan cuba memahami isi kandungannya daripada huraian notakaki.

Maka adalah tidak menghairankan apabila kita membaca kisah warga negara barat menemui hidayah hanya kerana membaca nas-nas dalam al-Qur'an. Hati mereka tersentuh dengan mesej Tauhid yang begitu kukuh dan indah, sehingga mereka berasa teringin kembali kepada agama fitrah.

Di Malaysia pula ramai yang menghalang Non Muslim daripada membaca al-Qur'an terjemahan, dilarang menyebut nas-nas Quran sekalipun.

Siapakah kita untuk menghalang hambanya daripada mencari-cari jawapan dalam al-Qur'an? Sekiranya nabi-nabi pun merata tempat menyahut semua orang sekeliling untuk kembali kepada Pencipta.. Membaca nas-nas Kitab yang datang daripada Ilahi dan bukannya digantung sebagai "azimat", "pelaris duniawi".. Sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi utusan terakhir dan agama Islam dilengkapkan sebagai agama yang sempurna untuk seluruh umat akhir zaman.


Siapa pula kita nak menghalang nas-nas al-Qur'an daripada dibaca dan disebut oleh Non Muslim sekiranya untuk tujuan penghayatan dan pemahaman yang ikhlas. Saya ingin bertanya..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...