Wednesday, May 18, 2016

Bila Azan Berkumandang



Dulu pernah turun ke suatu kampung atas urusan kerja. Di situ terdapat Kampung Melayu dan Kampung Baru duduk bersebelahan saja.. Semasa mesyuarat tengah berlangsung, azan waktu Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ahli Cina yang tengah bentangkan kertas kerja itu terus berhenti cakap dan bagitahu kami semua, "Dah azan.."

Maka mesyuarat berhenti sebentar.. sehinggalah Azan habis berkumandang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Mr Lim yang salah seorang ahli Cina.. Masa tu boleh kata ada 80% ahli Melayu dan 20% ahli Cina duduk semeja dalam mesyuarat.
Kerana penduduk cina dan melayu telah lama duduk bersama dalam kawasan setempat, lama-kelamaan mereka telah memupuk adab semasa mereka walaupun berbeza anutan agama. Penduduk Cina telah faham bahawa orang Islam akan berhenti berkata-kata sekejap semasa azan berkumandang, maka mereka turut menjaga perasaan kepada kawan-kawan Muslim.

Yang anehnya sikap sebegini mungkin kurang diamalkan di kawasan bandar pula.. Tuan rumah sendiri pun jarang nak tegur jiran-jiran kat sebelah kiri kanan, katanya sibuk bekerja dan mencari duit.. Maka memang kurang upaya dalam menjaga peradaban dan sensitiviti agama semasa penduduk.. Yang paling sedih adalah apabila isu Azan dan surau menjadi kecoh dalam kawasan taman, itu memang dah jadi fenomena biasa yang tidak perlu saya huraikan panjang lebar lagi.

Apa yang membuat saya hairan adalah.. penjalinan hubungan yang baik sesama penduduk tak kira Muslim ataupun Non Muslim boleh selesaikan berbagai masalah kediaman dan menjaga sensitiviti agama secara natural. Bukankah Islam memang mengajarkan kita untuk melayan orang bukan Islam (dan tidak memerangi kita) dengan baik? Suatu komuniti yang sihat dan damai hendaklah datang daripada saling faham memahami dan hubungan yang harmoni sesama penduduk..


Saya masih teringat muka Mr. Lim senyum dan bagitahu masa mesyuarat, "Ok Azan sudah habis.. kita kasi jalan semula ini mesyuarat hokeh??"

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...