Thursday, September 2, 2010

Adakah saya anak derhaka selepas memeluk Islam?





This is my answer based on question by Sister Aliya's "Soalan" (Link to Original Post).


8.‭ ‬Mereka yang nonMuslim akan menuduh saya anak derhaka kerana tidak mengenang jasa ibu bapa yang membesarkan saya sehingga saya sanggup membelakangkan keluarga dan memeluk agama Islam,‭ ‬seterusnya tidak lagi dapat bersama keluarga melakukan upacara keagamaan dan tradisi.‭ ‬Benarkah tuduhan mereka bahawa saya menjadi anak derhaka jikalau memeluk Islam‭?


Terutama sekali,‭ ‬Islam tidak menyuruh kita membelakangkan keluarga kita yang tercinta.‭ ‬Sebaliknya kita perlu melayan ibu bapa kita dengan lebih‭ ‬mesra dan sentiasa menjaga hati orang tua.‭ ‬Seperti apa yang difirman oleh Allah swt‭ ‬ dalam‭ ‬Surah al-Israa‭'‬,‭ ‬ayat‭ ‬23‭ ‬maksudnya:‭

"‬Dan Tuhanmu telah perintahkan,‭ ‬supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,‭ ‬dan‭ ‬hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.‭ ‬Jika salah seorang dari keduanya,‭ ‬atau kedua-duanya sekali,‭ ‬sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,‭ ‬maka janganlah engkau berkata kepada mereka‭ (‬sebarang perkataan kasar‭) ‬sekalipun perkataan‭ "‬Ha‭"‬,‭ ‬dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,‭ ‬tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia‭ (‬yang bersopan santun‭)"‬.

Cuba bayangkan hanya sekadar berkata‭ ‬“Ha‭”‬ juga ditegah,‭ ‬juga sebagai peringatan kepada mukmin bahawa kita tidak boleh melampaui batas dengan ibu bapa‭ ‬walaupun‭ ‬bercakap-cakap‭ ‬dengan nada yang tinggi.

Saya juga teringat peristiwa‭ ‬mualaf‭ ‬yang melanda jiran saya.‭ ‬Anak lelaki jiran saya telah meninggalkan keluarganya semenjak memeluk islam dan berkahwin dengan muslimah.‭ ‬Jiran saya asyik berkata:‭ ‬“Sungguh memalukan‭! ‬Anak saya sanggup meninggalkan segala adat budaya demi‭ ‬berkahwin dengan‭ ‬bangsa lain.‭ ‬Sampai sekarang‭ ‬saya tak pernah jumpa anak dia yang dah berumur‭ ‬2‭ ‬tahun‭…‬”

Kesalahan yang paling besar ialah meninggalkan keluarga selepas memeluk Islam,‭ ‬padahal Islam menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa.‭ ‬Segolongan mualaf tidak boleh menahan tekanan daripada keluarga serta maruah sendiri,‭ ‬malah mereka telah milih jalan yang paling sempit.‭ ‬Pernahkah Allah swt menyuruh kita meninggalkan ibu yang bersusah payah mengandung kita selama‭ ‬9‭ ‬bulan‭? ‬Adakah jasa ibu bapa‭ ‬tidak dikenang budi‭?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.”

Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.”

Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.”

Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.”
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]


Syurga dibawah tapak kaki ibu‭…‬ Ia merupakan perumpamaan kepada darjat dan jasa sebagai ibu yang mengandung dan bersusah payah mendidik kita sejak dilahirkan.‭ ‬Bagaimanapun,‭ ‬Allah swt jua yang menjadikan manusia,‭ ‬termasuk nenek moyang kamu dengan kuasa Allah swt.‭ ‬Maka kita patut mengikut setiap perintah daripada Allah swt agak tidak melakukan Syirik.‭

Dan apabila dikatakan kepada mereka:‭ ‬Turutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah,‭ ‬mereka menjawab:‭ (‬tidak‭)‬,‭ ‬bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukannya.‭ ‬Patutkah‭ (‬diikut‭) ‬sekalipun datuk neneknya itu tidak faham‭ ‬suatu apapun,‭ ‬dan tidak mendapat petunjuk‭?

(Surah‭ ‬Al Baqarah ayat‭ ‬170

Upacara agama selain Islam diharamkan kerana ia mengandungi unsur Syirik yang boleh merosakkan Akidah.‭ ‬Kita sepatutnya menurut perintah daripada Allah swt dan bersyukur terhadap segala rezeki yang datang daripadaNya,‭ ‬bukannya agama ritual yang diada-adakan walaupun ia datang daripada nenek moyang.‭ ‬Sekiranya anda mengaji lebih lanjut,‭ ‬terdapat banyak kelemahan dan konflik dalam agama selain Islam dan ia tidak pernah‭ ‬“Perfect‭”‬.‭

Wahai orang yang beriman‭! ‬Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman‭; ‬dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin,‭ ‬maka merekalah orang yang zalim.

(Surah‭ ‬At Taubah ayat‭ ‬23)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya‭; ‬dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Dengan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui tentangnya,‭ ‬maka janganlah engkau taat kepada mereka.‭ ‬Kepada Akulah tempat kembali kamu kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

(Surah‭ ‬Al‭ '‬Ankabuut ayat‭ ‬8)

Bagaimanapun,‭ ‬Islam tidak menegah segala tradisi yang tidak melanggar syariat Islam.‭ ‬Saya‭ ‬sekeluarga‭ ‬juga memakai baju berwarna merah untuk meraihkan Tahun Baru Cina‭ ‬dengan‭ ‬ibu bapa saya.‭ ‬Cuma apa yang penting pastikan makanan Halal atau bersih dari sudut syariat Islam,‭ ‬ketahuilah menjaga tradisi‭ ‬yang sihat‭ ‬dan hati ibu bapa adalah digalakkan.‭

Semenjak kita dilahirkan,‭ ‬kita telah ditakdirkan hanya mempunyai‭ ‬pertalian dengan‭ ‬ibu dan bapa‭ ‬ yang tidak dapat dipisahkan.‭ ‬Mungkinkah kamu boleh menggantikan ibumu‭ ‬ dengan orang lain yang beragama islam tetapi dia tiada mempunyai sebarang perasaan kasih sayang terhadap kamu‭?

Sebagai anak,‭ ‬kita memikul tanggungjawab yang besar untuk membalas jasa ibu bapa.‭ ‬Jangan sekali-kali sedih atau marah sekiranya mereka menyakitkan hati kita,‭ ‬kerana mereka jua yang patut kita menghormati sepanjang umurnya seperti apa yang diperintah oleh Allah swt.‭ ‬Kita patut bersyukur setiap Hidayah yang diberikan oleh yang Maha Esa‭…


Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

(Surah‭ ‬An Nisaa‭'‬ ayat‭ ‬68)

19 comments:

  1. Thanks DR Love for sharing my article

    http://drlove9779.blogspot.com/2010/12/derhaka-saya-jika-memeluk-islam.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,Ikhwan..nice sharing..tq..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info terbaik...membuat saya lagi faham tentang islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.... Islam itu sebenarnya sangat senang difahami

      Delete
  4. ALHAMDULILLAH, sy ingatkan sudah takda manusia yang ingin mendekati ISLAM..even born as muslim pun..semakin ramai yang menjauhkan diri dari ISLAM terpesong jauh..sesungguhnya, kasih sayang ALLAH amat luas untuk hamba2NYA yang selalu ingin mendekatiNYA..sentiasa tabah dan sentiasa teguh pada agama

    Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

    menggenggam kita sakit, tapi, kalau dilepaskan lama kelamaan ia akan padam.
    tapi yakinla ganjaran ALLAH, amat besar utk kita nt..insyaAllah..
    wslm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidayah Allah itu hak Allah, ia sentiasa diberikan kepada manusia yang ikhlas mencari Tuhan. Saya pun tidak pernah terfikir menjadi orang yang berminat dengan agama, tetapi Islam datang kepada saya bukan sekadar agama tetapi kehidupan yang diredhaiNya.

      Delete
  5. ssugguh ye Islam itu merupakn agama yg sgt indah malah saya sbgai seorg yg bkn muslim jg ttrik dgn ye stlah saya byak mbaca fakta2 mgnai agama ini dan blog saudara adalah salah 1 drpada nya.smga akan smpai masa saya mjadi salah seorg drpada saudara baru seperti saudara ikhwan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala puji kepada Tuhan. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Ya benar sesungguhnya Islam adalah sangat indah dan istimewa, sekiranya kita melihat pada alam, juga boleh nampak semua adalah ciptaan Pencipta yang Maha Berkuasa.

      Semoga saudara akan kembali kepada Islam, jangan lupa maklum kepada saya di sini ye.

      Delete
  6. Assalamualaikum Saudara Ikhwan,
    Syukur alhamdulillah dan tahniah di atas adanya blog ini. Teruskan memberi input islamik di sini.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum buat semua saudara baru termasuk dir ini. saya mohd hafiz tan dari johor. jika itu yg dipersoalkan boleh tak jelas kenapa keluarga kita tidak persoalkan anak2 lain jika masuk agama lain seperti kristian. pelikkan? sebnrnya bagi saya mereka iaitu ibubapa tidak tahu dan beza antara islam dan melayu. sebab org cina selalu kata jika masuk islam, mereka akan kata kita masuk melayu. contohnya saya sendiri mengalaminya dimana org melayu sendiri suruh saya masuk melayu tapi saya kata saya tak nak masuk melayu tapi saya nak memeluk agama islam memperjuangkan agama islam bersama rasulullah bersama org2 islam yg lain. perkara masuk melayu tidak ada dlm al-quran, yang ada hanya memeluk agama islam yang betul,tuan.oleh itu kita kena betul keluarga kita dan org2 cina serta juga org2 melayu dlm perkara ini. jika sesiapa tersinggung saya minta maaf. ini pun untuk kebaikkan bersama demi menegakkan perjuangan agama islam dijalan yg benar.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum. bagaimana pula seandainya ada ibu bapa non muslim yg sanggup mendera/mengurung dan mungkin juga boleh di katakan hingga tahap sanggup membunuh anak mereka yg kembali kepada Islam? patutkah anak itu terus berada di samping ibu bapa yg bertindak kejam ke atas diri mereka? seksaan jiwa mungkin akan menyebabkan mereka berpatah kepada agama asal. bagaimana dengan situasi begini? mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, sila rujuk artikel ini...

      http://lifemualaf.blogspot.com/2011/05/redefinition-of-underground-muslim.html


      Setelah Yasir dan isterinya syahid, kaum musyrik menyiksa dan menganiaya ‘Ammar seperti yang mereka lakukan terhadap Bilal. Untuk menyelamatkan nyawanya, tidak ada jalan lagi kecuali berpura-pura membenci Islam. Namun setelah itu dia segera bertaubat. Dengan jantung berdebar dia menjumpai Nabi dan menyampaikan peristiwa itu kepada baginda.

      Lalu Nabi bertanya, “Apakah iman kamu pudar?” Jawabnya, “Hati saya beriman sepenuhnya.” Nabi pun berkata, “Jangan hiraukan kekhuatiran sekecil apa pun dalam benak kamu. Sembunyikanlah iman kamu untuk menyelamatkan diri dari kejahatan mereka.”

      Ayat berikut diturunkan sehubungan dengan iman ‘Ammar tersebut :

      Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

      (An-Nahl : 106)

      Delete
    2. Berpura2 kafir, tetapi hati tetap beriman. Ia dimaafkan oleh Allah SWT kerana demi melindungi nyawanya diancam, bukan atas rela hati dan kesanggupannya. Bagaimanapun dia juga perlu berusaha untuk mencari jalan keluar, seperti apa yang diusahakan oleh Nabi Muhammad SAW apabila beliau melakukan Hijrah demi menyelamatkan Islam dan akidah umatnya.

      Semoga jawapan ini membantu.

      Delete
  9. Salam...

    sy telah bertanya pd isteri sy(bangsa cina)kenapa ya,jika org cina peluk islam,habis seluruh famili akan boikot dan jauhkan diri pd hal kita masih keluraga ibu tetap ibu,bapa tetap bapa....pada hal jika org cina peluk ugama kristian ibu/bapa tak ambil peluli pun......kenapa ye.Lalu isteri sy menjwb dgn berkata islam satu agama yg serius bukan boleh main-main mcm agama lain. Saudara minta komen sikit.Jika kita dapat memberbetulkan hal-hal begini salah faham ramai lagi yg akan peluh islam. Bukan ke begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.

      Ya benar, Islam adalah agama yang meneruskan mesej daripada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. , maka apa yang telah diharamkan tetap haram, tetapi kebanyakan agama selain Islam telah melupakan hukum syariah, maka hanya boleh berusaha untuk berdakwah.. Menjelaskan bahawa syariah dan keindahan Islam.

      Delete
  10. Itulah kehebatan agama Islam. Segala-galanya sempurna.

    ReplyDelete
  11. 你好!很多马来文看不懂(非惯用马来文)。
    伊斯兰禁止任何其他宗教的膜拜仪式,对于虔诚的佛/道教的父母来说,例如死后的打斋仪式很重要。
    若皈依伊斯兰的子女因为信仰而不参与仪式,则被视为是一种对父母的蔑视。父母死了也不”送终“。
    对于这样的情况,Ikhwan兄有何见解?

    感恩!谢谢!

    Kenny

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...