Wednesday, September 29, 2010
Salah Faham Tentang Islam
Selalunya ada orang bertanya saya : Bagaimanakah kawan/kekasih saya boleh memeluk Islam? Dia sering bertanya saya tentang Islam, tetapi akhirnya dia telah berputus asa.
Ada sebuah buku yang boleh dicadangkan kepada kalian, iaitu keluaran Telaga Biru : Soal Jawab remeh-temeh - Salah Faham Tentang Islam. Di masyarakat non-muslim, Islam ialah agama yang sering disalah fahamkan. Ia begitu serius sehingga media massa juga memperbesarkan isu-isu yang tidak sepatutnya.
Antara persoalannya ialah, adakah setelah memeluk Islam si polan perlu meninggalkan keluarga dan adat resam dia? Mengapakah Islam sering memerangi pihak luaran? Kalao Islam itu benar, kenapa ada aliran Sunni dan Syiah? Kadang-kala kita ketahui jawapannya tetapi tidak mampu menjelaskannya dengan fakta yang tepat lagi jelas.
Maka jika kamu ingin menghapuskan salah faham mereka terhadap Islam, bacalah buku ini supaya segala kemusyilan dapat dijawabkan. (Sounds like I am promoter at bookshop plak..)
Contoh-contoh Soalan yang terdapat dalam buku ini :
-Orang Islam yang masuk Islam mesti kena tukar nama. Bahkan nama bapa dan keluarga asal pun ditukar juga. Betul ke peraturan ini daripada ajaran Islam?
-Orang barat mengatakan Islam tersebar dengan pedang. Maknanya Islam suka berperang dengan orang yang tidak menganut agama Islam. Betul ke persepsi ini?
-Islam seolah-olah menyuruh umatnya berpecah belah. Buktinya ada bermacam mahzab dalam Islam. Mengapa ada mahzab-mahzab dalam Islam?
-Islam sering disebut sebagai agama yang menindas wanita. Nampak gayanya apakah memang Islam betul-betul menindas wanita?
You may interested in this video:
Comperative Religion - Gerakan Tajdid - Islam yang disalah ertikan, Program Dakwah Non-Muslim ke-2
http://www.youtube.com/watch?v=mcR61wPd_kE
Labels:
book,
salah faham
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.