Thursday, July 23, 2015

Cina, Muallaf, Babi



"Awak ni cina muallaf ke?"
"Awak makan babi lagi sekarang?"

Itulah apa yang diucapkan oleh seorang muslimah yang berpakaian jubah hitam dan memakai sarung tangan. Saya ingin menggantikan nama tu kepada khinzir tapi itulah situasi sebenar yang didengari oleh seorang kawan revert saya. "Cina, muallaf, babi."

Beliau kongsikan kisah ini yang baru berlaku pada minggu lepas hari jumaat. Saya amat menghormatinya kerana beliau telah memeluk Islam lebih 40 tahun.. Namun tujuan saya bukannya ingin mengaibkan sesiapa, maka saya rahsiakan nama kawan saya dan tiada gambar dan video muslimah itu untuk diviralkan. bab viral2 aib orang bukannya adab orang Islam.. Buat sementara ni saya namakan kawan saya sebagai Auntie A.

Auntie A pergi ke pasar pada jumaat lepas awal pagi untuk persiapan jamuan raya.. almaklum hari raya Aidilfitri merupakan perayaan meriah buat semua Muslim. Auntie A terserempak dengan kawan baik cina di pasar, maka mereka pun berborak dalam bahasa cina.. Auntie amat sporting dan sering berkongsi keindahan Islam dengan kawan non muslim.

Semasa mereka berborak, tiba2 datang seorang muslimah yang berjubah hitam tanya pada Auntie A, awak ni cina muallaf ke?

"Saya bukan muallaf.. saya dah memeluk islam lebih 40 tahun. Sepatutnya saya dipanggil Cina Muslim. Muallaf tu maksudnya orang yang baru Islam kan? " Auntie A jawab.

"Ya, tapi awak ni makan babi lagi ke? Aku tak percaya yang awak ni tak makan babi." Muslimah itu tanya lagi.

Kemudian berlaku kemelut yang agak teruk.. Auntie A genggam kuat pada lengan muslimah itu dan bertanya apakah maksud sebenar yang dia nak sampaikan? Cina disamakan dengan binatang? Sampai tua pun masih digelar 'muallaf'?? Ia mencetus kontroversi kerana Auntie A memeluk Islam dengan sepenuh ikhlas hatinya, apatah lagi semenjak kecil memang dia tidak menjamu langsung makanan khinzir.

Namun muslimah itu enggan memohon maaf dan diam saja walaupun Auntie A mempertahankan maruah diri dan terus bertanya apakah niatnya bertanya soalan begitu? Apakah dia tidak faham erti muallaf ataupun melihat orang yang bukan lahir Islam sebagai kafir selama2nya?

Apabila dengar kisah ni daripada Auntie A, saya hanya berasa kefahaman perkauman masih sangat teruk di Malaysia. Saya kenal ramai kawan muslim yang jaga adab dan berilmu.. Mereka tidak pernah bertanya bab makanan dengan saya kerana itu semua "sejarah hitam" saya. Takkan saya nak minum dynamo samak perut? Pabila seseorang mengucap syahadah, salap silap dan dosa yang lalu dihapuskan manaka kebaikan yang lalu dikekalkan untuk bekalan akhirat. Apa yang penting adalah selepas syahadah kami menghentikan segala kegiatan haram mahupun makruh, memperbanyakkan amal dan mengerja pahala.

Jika ingin bertanya status agama seseorang, janganlah mula dengan 'muallaf'. Kan best jika kita bertanya sebegini: " Tahun bila anda diberi hidayah untuk memeluk Islam? " silap2 jawapannya dia merupakan anak kepada bapa atau ibu yang reverted Muslim!

Jika ingin bertanya tentang khinzir.. harus faham rasuah dan duit haram sama 'darjat' dengan khinzir, cuma bezanya ia tidak berbau dan senang diperolehi. Reverted Muslim sanggup ditendang ahli keluarga kerana enggan makan khinzir dan kekal keputusannya memilih Islam, kerana cinta kepada Allah.. bukannya hanya sebab bab makanan semata-mata.

Fikir-fikirkan dahulu sebelum bertutur, apa yang kita ucapkan tidak boleh ditarik balik, apatah lagi kita akan disoal segala amalan pada akhirat jua.



Mohon maaf sekiranya artikel ini buat pembaca tersinggung perasaan dan tidak selesa.. Kami hanya ingin menuntut sedikit maruah yang masih ada setelah dicaci hina oleh keluarga non muslim yang kami sayangi.

4 comments:

  1. babi itu adalah binatang yang berdaging, maka kalau ada daging dan tidak beracun, pasti boleh makan. Negara Barat, Timur China Jepun Korea tiada masalah makan, sihat juga umur sampai ke tua.
    Tapi bagi umat Islam, dan umat terdahulu, Allah telah memberi perintah tentang jenis-jenis binatang yang tidak boleh dimakan. Maka kita taat perintah yang diberikan sebagai panduan menjalani hidup di bumi ini. Bila tidak dapat untuk meneruskan hidup, dan hanya ada sumber daging2 haram, boleh ambi sikit untuk terus hidup dan berpindah ke tempat lain.

    Muslimah itu mungkin sudah biasa cakap semborono, mungkin selama ni belum pernah kena tegur. Jadi dah terbiasa cakap x fikir perasaan orang. Harap dia dapat perbaiki kesilapan dia.

    ReplyDelete
  2. Kurang ilmu, adab & merasakan diri lebih baik dari orang lain. Semoga Allah lindungi kita dari tipu daya syaitan.

    ReplyDelete
  3. Ini situasi biasa di Malaysia. Ini masalah MELAYU yang Jumud, tertutup, duduk bawah tempurung. You would not find this situation in other Muslim community overseas.

    ReplyDelete
  4. Penjajah berjaya dlm memanipulasi kaum di Malaysia hinggakan sampai sekarang masih ada lagi saki bakinya- contoh macam ni lah salah faham Islam milik melayu dan perasaan perkauman yg kuat hingga sanggup mengetepikan kebenaran. Sedangkan orang byk dosa tapi kalau taubatnya diterima Allah swt akan terhapus dosanya yg lampau berbanding dgn org yg kuat ibadat tapi sombong dan riak di akhir hidupnya tidak berguna segala. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...