Surat Rasulullah kepada Hirarclius (Herkules) Penguasa Romawi (Raja Byzantin).
Sering kali kawan-kawan tanya saya bagaimana berdakwah kepada non-muslim. Ini adalah suatu perkara yang amat susah. Terutama sekali, Hidayah Taufik adalah hak mutlak Allah swt, tiada sesiapa boleh mendapatnya sekiranya Allah swt tidak mengizinkan… Dan tidak dapat terhalang sekiranya Allah swt membuka hati pintu hambaNya.
Hati dan Akal manusia adalah ciptaan Allah swt yang paling istimewa. Ia mampu berfikir, berdoa, menuju jalan kebaikan mahunpun menikmati alam dunia. Tetapi hati juga boleh terjerumus dalam lembah hawa nafsu, sehingga membawa kerosakan ke dunia. Seterusnya, setiap manusia juga mempunyai pemikiran yang tersendiri, tiada formula tertentu yang boleh mengukur hati perut manusia.
Bagaimanapun, non-muslim juga boleh tergolong kepada beberapa golongan.
1) Penganut Agama lain-lain yang tidak mengetahui ajaran Islam langsung. Mereka sering mempunyai persepsi negatif terhadap Islam atas pengaruh Media Hollywood, surat khabar dan khabar angin. Mereka asyik tanya soalan mengenai fitnah-fitnah terhadap Islam seperti : Betulkah lelaki muslim boleh kahwin empat dengan sesuka hati?
2) Penganut Agama yang setia sungguh dengan ajaran diorang. Mereka bagai memeluk balak besar sehingga enggan melepaskannya. Balak telah menjadi “pegangan hidup” mereka yang kekal, padahal balak tu tidak bercakap-cakap dan tidak berkuasa. Ia juga merupakan Ciptaan Allah s.w.t. semata-mata. Jika ingin minta mereka melepaskan balak ialah sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh mereka.
3) Penganut Agama yang setia dan agressif terhadap agama lain-lain. Mereka sering mencari kesilapan yang ada pada setiap agama supaya menimbulkan keraguan dan konflik terhadap agama tersebut. Tujuan mereka kiranya “berdakwah” juga tetapi melalui fitnah dan kekeliruan yang ada pada penganut agama tertentu. (Senjata non muslim berdakwah ialah fitnah yang tidak berasaskan kebenaran, sekiranya kebenaran dijelaskan, mereka tetap mengabaikannya.) Contoh yang terbaik boleh didapati dalam Forum Post ini :
Soalan dari non-muslim (from Cari Forum). Konon2nya dia merupakan non-muslim yang bersikap ingin tahu tentang Islam, sebaliknya setiap soalan yang dilontarkan adalah bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan umat islam semata-mata supaya kita menjauhi ajaran suci Islam. Nauzubillah…
4) Akhir sekali, orang yang sedang mencari-cari Tuhan Semesta yang mencipta segalanya. Apakah tujuan hidup manusia sebenarnya? Siapakah Tuhan sebenarnya? Kebanyakan daripada mereka selalu menukar agama tetapi akhirnya gagal menemui jawapan dan ketenangan.
Bagaimanapun, hanya Allah swt Maha Mengetahui.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al 'Asr : ayat 1-3)
Kita tidak boleh asyik menjawab soalan yang dilontar oleh non muslim sahaja, sebaliknya kita perlu mengajaknya berfikir. Islam bukan ajaran yang diikuti dengan buta tuli, setiap syariat Islam mesti terkandung hikmahNya. Jadi kita perlu menyampaikan Kebenaran yang bermulai dengan Rukun Iman. Siapakah Allah swt? Apakah peranan Nabi? Adakah Islam membantah Nabi Isa/Jesus? Kenapa ada kitab-kitab yang nampaknya “lebih kurang sama”? Manakah manusia kembali selepas meninggal dunia?
Kesabaran juga amat penting kerana non muslim kadang kala boleh menanya soalan yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam. Sabar la… mungkin dia tidak mengetahui apakah Islam sebenarnya, maka tanggungjawab kita sebagai umat islam ialah menyampaikan Kebenaran yang bukan direka-reka, malah bukan pandangan sendiri. Sekiranya mereka berpaling, kita juga tidak perlu menanggung dosa mereka atas kedegilan mereka sendiri… Bagaimanapun bergantung kepada niat non muslim yang bertanya, adakah dia bersikap ingin tahu atau saje nak mencaci? Jika niat dia bukan ikhlas, usah kamu layan kerana dia sedang memperbodohkan umat Islam sahaja.
Sekiranya kita mampu menyampaikan Rukun Iman walaupun sedikit, sebenarnya kita sedang mendorong non muslim mendekati Islam. Mengajaknya berfikir, adakah berhala mampu bercakap2? Adakah alam ini terjadi sendiri tanpa Pencipta? Jika kita asyik memberi jawapan, maka non muslim akan menolak habis tanpa memikir tentangnya. Berfikir la…
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud, “Allah s.w.t. berfirman, ‘… Jika seorang hamba mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dalam jarak satu hasta. Jika ia mendekatiku dalam jarak satu hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya dalam jarak satu depa. Apabila dia datang kepada-Ku berjalan, nescaya Aku akan mendatanginya secara berlari.” (Riwayat al-Bukhari)
Kita hanya mampu menjalankan usaha yang sungguh sedikit untuk berdakwah, bagaimanapun Hidayah Taufik masih merupakan hak mutlak Allah s.w.t. Berdoa kepada Allah swt setiap kali selepas sembahyang agak pintu hati mereka dibuka, merayu kepada Allah swt agak orang yang kamu kasihi akan bersikap proaktif mendekati Islam...
Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.
(Surah Al Qasas : 56)
Cara yang paling baik ialah menghadiahkan buku-buku seperti Rukun Islam dan Iman, Apakah Ajaran Islam dan
Al-Quran kepada non muslim yang ingin mengetahui Islam. Kerana membaca adalah lebih baik di sisi Allah s.w.t. seperti wahyu pertama yang diturunkan melalui Malaikat Jibrial kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al 'Alaq : 1-5)
Semoga Allah s.w.t. membuka hati pintu hamba Allah yang masih merempat untuk memohon HidayahNya, Aminn…