Tuesday, July 17, 2018

Traffic Light Dakwah

Apabila non Muslim cuba bertanya "Kenapa Allah tuhan menyatakan sesuatu adalah haram.. Masih ada orang Islam yang melakukan perbuatan haram itu? Bukankah mereka patut turut kepada perintah dan syariat?"

Bila kita cuba jelaskan situasi ni kepada non muslim, bolelah cuba kiaskan dengan cara ni.

Hukum hakam dan syariat Allah adalah seperti undang-undang atas jalanraya, kita semua adalah pemandu kereta/hamba Allah.

Bagi Muslim yang telah mengenali hukum hakam Allah / mengenali maksud lampu isyarat, maka hendaklah mereka patuh kepada undang-undang semasa memandu di atas jalanraya.

Lampu merah - berhenti
Lampu hijau - teruskan memandu

Jadi apabila orang bertanya kenapa si dia yang muslim tak mematuhi syariat Islam / melanggar lampu merah.. Kita bukannya terus salahkan undang-undang / syariat Islam semata-mata. Kerana ia adalah kesalahan individu yang tidak mewakili semua muslim secara keseluruhan.

Juga tidak masuk akal apabila kita melihat seorang dua langgar lampu merah, terus kita mengatakan semua pemandu atas jalanraya bebas melanggar lampu merah.


Jadi cuba faham Islam secara menyeluruh dan bukannya melihat pada pemandu yang melanggar lampu merah sini sana semata-mata.. Biar berapa ramai orang langgar lampu merah pun, takkan terbalikkan erti lampu hijau dan merah / halal dan haram.

Dakwah Express

Bila dakwah kepada non muslim.. Kita ajarkan Akidah dulu, baru masuk ke bab hukum hakam Islam.

Apa yang kita selalu tersilap adalah ajarkan "hukum Islam" dulu.. Do and don'ts in Islam. Kononnya "Dakwah Express", janji biar Non Muslim yang kita dakwah itu nampak dari luaran semuanya "suci, halal dan bersih", malah pada hakikatnya belum sempat lagi sentuh bab Pencipta kita adalah siapa, manusia berasal dari mana..

Andai kata kita telah berjaya mengajarkan seseorang Non Muslim mengikuti segala hukum Islam, makan yang halal dan jauhkan perbuatan yang haram.. Akhirnya mereka akan bertanya kita balik, "Saya susah2 tinggalkan semua benda haram, tapi apa yang saya buat semua ni untuk 'siapa'? Apa tujuan kehidupan saya selama ini?"

Sebab tu kita mulakan dengan Akidah dahulu, kenali Tuhan alam semesta.. Baru yakinkan mereka segala perbuatan adalah kerana menyerah kepada Allah, yakni makna "Islam":

"menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya. "

Bila dah faham erti daripada ayat "Islam" sendiri, baru boleh belajar cara hidup seorang "Muslim".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...