“You masuk Islam sebab mahu kahwin ke?”
Selalu dengar kawan saya yang baru memeluk Islam mengeluh.. yang ramai Non Muslim dan Muslim sekalipun tanya benda yang sama. Hmm ni masuk Islam mesti sebab nak kahwin.. dah ada boyfriend girlfriend Muslim ke haaa kan dah kata betui la tu..
Salah ke nak kahwin dengan Muslim?
Tahu tak ada agama yang menyuruh pengikut jangan kahwin langsung, kekal la bujang sampai tua.. Tapi Islam sebagai agama yang menjaga fitrah manusia, menyuruh kita mengenali kaum2 berlainan dan membina rumahtangga juga suatu bab yang penting. Jadi kenapa benda yang baik tetiba jadi buruk di pandangan sekelompok pengikut lahiriah Islami?
Semenjak saya menjadi Muslim tahun 2008, makin ramai kawan yang saya kenali rupanya mereka masuk Islam bukan sebab nak kahwin pun.
Ada seorang kawan yang berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi telah memeluk Islam pada usia muda tapi atas faktor keselamatan diri, beliau memilih terus menjadi bujang dan tidak mendedahkan keimanan beliau kepada keluarga sendiri. Hanya kawan rapat saja yang tahu bahawa dia menunaikan solat secara senyap2.. Bila saudara tanya tak nak cari husband seorang ke sanggup ke you hidup single mcm ni, kawan hanya senyap seribu bahasa.
Ada juga kawan yang telah memeluk Islam dan hidup bujang sehingga 5 tahun lebih baru jumpa jodohnya untuk berkahwin. Padahal 5 tahun lepas tak kenal pun calon isterinya..
Malah ada juga suami seorang yang hanya berani mengucap kalimah syahadah dengan kawan Muslim seorang dua naik saksi.. tapi tidak berdaftar di Pejabat Agama, kerana khuatir akan membawa masalah kepada isteri (bangsa sama) dan keluarganya. Jadi beliau hanya dapat teruskan hadir kelas agama senyap2, masih menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu isterinya hasrat menjadi seorang Muslim.
“You masuk Islam sebab mahu kahwin ke?”