Wednesday, June 23, 2021

I Masih Chinese laa


Ada suatu hari my mom tengah sembang gelak2 dengan saya: "Haiyaa you sudah jadi "anak melayu" sekarang laa, apa boleh buat.." Lepas dengar tu dalam phone call saya pun terus jawab la, I mana ada jadi "anak melayu", I masih chinese laa.

"Habis sekarang you tak makan oink-oink kan?"
"You punya nama cina pun sudah tukar kan?"
"Tokong pun you sudah tak pergi lagi kan?"

Saya terdiam terus.
Mom macam biasa la gelak2.. Dia sudah lama terima saya memeluk Islam cuma cara cakap dia memang terus terang, tak pandai nak cakap berlapik bagai.

Benda ni sebenarnya tertimbul dua jenis persepsi yang berbeza.
Saya memang nak sangat menjelaskan kepada my mom, yang saya ni masuk Islam bukannya “masuk melayu”.. Saya tetap berbangsa cina cuma saya telah memilih cara hidup seorang muslim yang menuruti kepada perintah halal haram dalam Islam. Cina tapi Muslim.

Tapi my mom dan masyarakat cina secara umumnya menilai reverts/mualaf dari segi gaya hidup.. Macam mana nak kata you masih Chinese kalau nak makan pun kena memilih yang ‘halal’ punya saja, beer pun sudah tarak minum.. Dah serupa bukan cina la jawabnya.

My mom dah tua dan saya menghormatinya sebagai orang tua. Saya tidak dapat memaksa dia untuk faham apa yang saya lihat.. Saya juga tidak dapat berdebat dengannya. Jadi saya cuma senyum2 dan berbual macam biasa.

Secret Hijab

 


Kami reverts muslim ni selalu ada circle sendiri, dimana kami akan membincangkan segala isu dan cabaran dalam kehidupan. Salah satu yang asyik menjadi perbincangan hangat adalah : tudung.

"you all lelaki senang, macam kami ni yang perlu berhijab dalam menutup aurat memang mencabar.. Sebelum keluar dari rumah kena menyorok scarf/snow cap/cloth cap dalam beg, dah pergi bandar baru la pakai.. tutup aurat kan." Nak simpan tudung dalam beg faham2 je la.. nanti berkedut habis. Jadi mereka menggantikannya dengan cloth cap.

Ada juga yang keluarga dah menerima anak perempuannya memeluk Islam, jadi dia selalu memakai cloth cap berjumpa dengan saudara mara kerana mereka masih belum tahu bahawa pengislamannya.. Last2 sekali saudara tanya kat mak, kenapa anak you selalu pakai head scarf tu?? Dia ada penyakit sampai rambut gugur dah ke 😅 kesian tgk anak you..

Memakai tudung kerana ingin menurut firman Allah SWT dalam menutup aurat. Namun bagi reverts bukanlah semudah begitu terus pakaikan tudung esok lusa selepas memeluk Islam hari ni.. Ia amat mengambil masa untuk bagi keluarga menerima keputusannya, terutamanya kawan sekeliling yang boleh terkejut jika perubahan terlalu drastik.

Jadi snow cap, head scarf, cloth cap.. mcm2 topi jadi experiment kepada sis reverts kita.. Masing2 ada cabaran tersendiri dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...