Monday, February 20, 2017

Rotan



Teringat waktu saya umur 8 tahun selalu melepak dengan kawan2 ke pasar malam pada pukul 9 malam.. Masa tu siap melintas padang besar yang gelap, tak nampak wajah orang langsung.. Tapi itu la shortcut orang ramai berjalan kaki ke pasar malam dalam taman perumahan. Tak pernah risau diculik ataupun takut terserempak dengan warga asing..

Sampai la sekali kawan2 ajak naik basikal pergi ke pasar malam, saya pun naik la beramai2 dengan kawan.. Balik2 rumah bapa terus rotan saya kao2. Kaki merah habis kena sebatnya..

Esok hari pula kawan gelak pada saya ni kata tak berguna, naik basikal pun kena rotan.. Padahal mereka relak je. Sejak malam tu saya sekali pun tak naik basikal malam2 lg.. Masih berjalan kaki ke pasar malam juga lepas tu. 

Saturday, February 11, 2017

Ikhwan Ng berdakwah melalui 'bakkwa'




Sebarang Order boleh hubungi : 012-3979998


Artikel ini disiarkan dalam Metro Harian pada : Jumaat, 13 January 2017
http://www.hmetro.com.my/node/196733

Kusyi Hirdan
kusyihirdan@gmail.com


Penulis memang sering melihat makanan ini apabila ke pasar raya atau melalui kawasan tumpuan masyarakat Cina. Daging salai. Ia berwarna kemerah-merahan dan berbentuk segi empat serta nipis. Ia dipanggil bakkwa. Di Indonesia ia dipanggil dendeng Cina.

Melihat ciri-ciri lahiriahnya, memang ia seperti masakan resipi dendeng apabila keadaannya sedemikian nipis. Di Medan dan Jakarta, pernah merasa daging dendeng yang digoreng nipis setelah diperap dan rasanya sedap namun teksturnya agak keras.

Sebenarnya cara menghasilkan bakkwa tidak sama dengan masakan dendeng yang perlu ditumis dan dimasak lama jika mengikut resipi versi Malaysia. Daging salai bakkwa ini menggunakan daging cencang, diperap dengan bahan perisa, diratakan supaya menipis di dalam bekas dan kemudian dibakar.

Selalu hati tertanya-tanya, bagaimanakah rasa bakkwa ini terutama apabila ia daripada daging ayam? Tapi hajat itu dipendam saja kerana tahu ia tidak halal.

Apabila mengetahui sudah ada keluaran yang halal, tentu saja ingin merasanya. Ia dijual oleh Ikhwan Ng, yang berpusat di Taiping, Perak.

Jenuh juga merancang pertemuan dengan Ikhwan supaya dapat mendengar sendiri dia bercerita mengenai bakkwa ini. Namun jarak antara kami membuatkan ia tidak mudah direalisasikan sehinggalah pertengahan Oktober tahun lalu apabila penulis ke Taiping kerana menganjurkan program ziarah amal dan menceriakan wad 14, Hospital Taiping.

Kunjungan ini dimanfaatkan untuk bertemu Ikhwan dan bakkwanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...