Friday, November 30, 2018

"Kalau tuhan wujud.. Siapa yg ciptakan tuhan?"


"Kalau tuhan wujud.. Siapa yg ciptakan tuhan?" Seorang kawan atheist tanya.

Apabila kita tengok tokong, kuil.. semua ada tuhan kan, you tanya siapa yang ciptakan itu semua tuhan dalam tokong, jawapannya mesti manusia yang reka, design luaran dia.. pastu manusia yang pasangkan dia

Tapi Tuhan dalam Islam, tak sama mcm tuhan dalam kuil, tokong. Cuba pergi tengok dalam masjid, mana ada patung tuhan?

Dalam Islam, Tuhan adalah Pencipta, kita manusia dan semua yang ada atas bumi, haiwan, segala yang hidup.. semua itu ciptaan Tuhan.

Tuhan dalam Islam, tiada permulaan dan pengakhiran. Dia yang mencipta segala2nya, termasuk dari alam semesta/universe tidak wujud sehingga Big Bang.. semua adalah ciptaan Tuhan.

Jika Tuhan yang mencipta segalanya.. pasti Pencipta tidak perlukan siapa-siapa untuk cipta dia diri sendiri, sebab Tuhan memang sudah Wujud, sebelum semua ciptaan yang ada.. dan segala ciptaan akan binasa, tapi tidak pada Pencipta. Pencipta tetap akan wujud sampai bila-bila.

Allah berfirman dalam al-Qur'an :

               

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
(Al-Baqarah 2:255)

HALAU



Saya tengah sembang dengan Simon (bukan nama sebenar) mengenai al-Qur'an terjemahan, beliau tengah mencari terjemahan BM yang jenis ada rumi.. Kerana bahasa cina beliau kurang sikit dalam membaca. Sambil2 tu saya berkongsi tentang jika nak pegang quran jenis mushaf saja perlu ambil air wuduk terlebih dahulu.

"honestly bro...saya pernah buka Al Quran yg penuh arab kat kedai ...tapi halau dari bos kedai.."

Tetiba Simon beritahu saya pasal kena halau dari kedai buku Islamik. Saya kenal Simon melalui whatsapp dah hampir setahun, boleh kata semangat beliau dalam belajar Islam masih kukuh lagi.. Cuma beliau sentiasa menerima ujian sebegini sebagai seorang "cina".

Biarpun beliau dilayan seperti "najis" dan "kafir", dihalau keluar dari kedai buku.. Prof Taufik Yap pinjamkan senaskah quran terjemahan cina kepadanya membuatkan Simon masih bersemangat dalam belajar Islam. Sikap segelintir Muslim dalam menghina Simon sebegini akan membuatkan usaha dakwah terbantut, memang tak boleh bayangkan jika Simon terus putus asa mengenali Islam semenjak dihalau keluar begitu saja..

Andai kata melihat 'Cina' terpegang al quran pun.. Apa salahnya cakap baik2 dengan dia bahawa perlu ambil air wuduk dahulu, jika tak pandai ambil air wuduk maka hadiahkan senaskah quran yang hanya ada terjemahan sahaja kepadanya.. Supaya mereka faham dan selesa kerana datang dengan niat 'ingin tahu' dan bukannya nak cari masalah.


Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah benar ni.

Friday, November 16, 2018

Saya Takut Nak Masuk Islam

"Saya takut nak masuk Islam.."
"Kenapa?"

Seorang Non Muslim whatsapp kepada saya, beliau rahsiakan nama sebenar sejak berkenalan.

"Saya banyak sangat dosa yang telah lakukan sebelum ini tanpa sedar, seperti makan minum yang haram, sembah pada taghut, percaya kepada khurafat dan banyak lagi.. Andai kata saya masuk Islam pun, bagaimana saya nak bersihkan semua dosa lalu yang saya sendiri tidak sedar ia adalah salah di sisi Allah?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...