"Saya takut nak masuk Islam.."
"Kenapa?"
Seorang Non Muslim whatsapp kepada saya, beliau rahsiakan nama sebenar sejak berkenalan.
"Saya banyak sangat dosa yang telah lakukan sebelum ini tanpa sedar, seperti makan minum yang haram, sembah pada taghut, percaya kepada khurafat dan banyak lagi.. Andai kata saya masuk Islam pun, bagaimana saya nak bersihkan semua dosa lalu yang saya sendiri tidak sedar ia adalah salah di sisi Allah?"
Apakah saya akan dihukum atas kesalahan yang tidak disedari selama ini?
Adakah saya seorang pendosa, jika saya melakukan perkara yang tidak pernah mengetahui ia adalah suatu dosa di sisi Islam?
Bolehkah Allah ampunkan saya, terima saya seadanya dan berikan saya peluang untuk melakukan apa yang betul?
"Pernah terfikir tak kenapa bukan semua orang dilahirkan sebagai hamba Allah yang tidak berhenti beribadat kepada Allah?" Saya tanya, "Kan senang jika semua orang lahiriah Muslim, dah selamat dunia akhirat."
Dunia dijadikan alam yang kita hanya singgah sementara waktu sahaja berbanding dengan akhirat yang tiada penghujung. Allah mengurniakan akal pemikiran kepada kita supaya dapat membezakan di antara hak dan batil, apa yang benar dan salah. Kita dilahirkan dalam keluarga Non Muslim adalah takdir Allah, nak mencari Islam ataupun tidak adalah pilihan kita diri sendiri..
Apabila kita menjadi leka dengan dunia, pasti lupakan misi mencari erti kehidupan dan agama yang benar. Bukankah kebanyakan agama-agama membenarkan malah memaafkan perkara yang jelas disebut haram dalam Islam?
Pengikut agama meminda segala hukum hakam, halal haram sehingga ia tiada lagi sebarang kesalahan dalam melakukan dosa. Satu demi satu agama telah dirosakkan oleh pengikut agama, maka semua nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. membawa misi yang mulia iaitu menegakkan kembali agama yang hak. Sehinggalah agama Islam dilengkapkan sebagai agama yang sempurna, nabi Muhammad s.a.w menjadi utusan nabi yang terakhir dan penutup kepada segala nabi.. Ia adalah satu nikmat yang terbesar dalam dunia.
Tahukah anda keadaan agama sebelum dilengkapkan oleh Allah SWT sebelum Nabi Muhammad s.a.w.? Ahli kitab diseksa, dikeji dan dibunuh dengan bakar hidup-hidup hanya kerana cuba menegakkan kebenaran dari Allah SWT dengan membaca ayat kitab yang asal, ia terpesong oleh manusia yang memiliki segala harta dan pengaruh seperti Firaun.. Kerana agama yang benar akan menjatuhkan kerajaannya dalam mengawal rakyat, seterusnya menyekat kebebasan agamawan bersuara demi mengejar nafsu. Sehingga apabila ratusan tahun berlalu, ahli kitab menangis apabila menyaksi kedatangan nabi Muhammad s.a.w. Kerana setiap ayat al-Qur'an adalah selari dengan kitab suci sebelum ini, tiada perselisihan malah jauh lebih jelas, contoh terbaik adalah surah al-Kahfi yang menceritakan jumlah orang yang lari ke dalam gua, tidur sehingga ratusan tahun untuk selamat daripada raja yang zalim. Padahal sebelum ini tiada seorang pun dapat pastikan jumlah orang yang sebenar. Ia hanya berlaku atas keizinan Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an bahawa :
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
(Al-Kahfi 18:22)
Kita tidak perlu mencari-cari lagi dimanakah agama yang datang daripada Allah SWT sendiri tanpa kerosakan yang dibawa-bawa oleh manusia yang terpikat dengan nafsu, kepentingan dan gila kuasa. Bukti terbaik adalah kitab al-Qur'an dipelihara setiap mushaf sehingga tiada seorang pun dapat mengubahnya.
Mengenai dosa yang telah dilakukan tanpa pengetahuan, ia adalah kejahilan yang dilakukan tanpa sedar.. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Bila anda memeluk Islam, segala dosa kamu dihapuskan dan segala kebaikan yang anda pernah lakukan akan tetap dikekalkan oleh Allah SWT. Seperti apa yang disebut dalam hadis :
Hadist Nabi Muhammad Sholallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Nasai :
إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا ثُمَّ كَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرَةِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا
Artinya “Jika seorang hamba masuk Islam, lalu Islamnya baik, Allah menulis semua kebaikan yang pernah dia lakukan, dan dihapus darinya semua keburukan yang pernah dia lakukan. Kemudian setelah itu ada qishash (balasan yang adil), yaitu satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat sampai 700 kali lipat. Adapun satu keburukan dibalas dengan sama, kecuali Allah ‘Azza wa Jalla mengampuninya.”
Islam bukan agama yang datang dalam bentuk menyekat segala kebebasan anda dalam kebanyakan perkara. Sebaliknya Islam hanyalah pentunjuk dalam menerangkan dimanakah jalan yang benar, namun nak mengikut ataupun tidak ke arah jalan Islam, ia adalah pilihan anda..
Bila anda terjaga dari tidur
Waktu anda menjalankan urusan duniawi
Saat anda diuji oleh berbagai ujian
Adakah anda masih berada di atas landasan Islam?
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.
Note: Only a member of this blog may post a comment.