https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/425465/siapa-letak-berhala-di-surau-metrotv
Biarpun berhala nampak berjanggut mcm Melayu, berpakaian baju Melayu dan memegang keris, ia tetap bukan Tuhan yang diertikan dalam Islam.
Berhala itu dinamakan sebagai 拿督公 (Datuk Gong/Datuk Keramat) dan dipercayai disembah oleh Non Muslim ratusan tahun dahulu.. Kerana zaman dulu non muslim ingin menyembah kepada "tuan tanah" bagi tujuan apa sekali pun selepas migrasi ke Malaysia atas hubungan perniagaan. Makanan yang "dihidang" juga tidak boleh diberikan daging khinzir kerana penganut agama kata Datuk Gong tak "makan".
Namun begitu, nampakkan ada individu sengaja memperlekeh isu agama dan cuba menimbulkan konflik sesama penganut agama dengan meletakkannya di surau. Punca utama adalah individu sendiri tak faham langsung tiada istilah berhala dalam Islam.. Ataupun membawa niat mencetus ketegangan di antara Muslim dan Penganut Agama Datuk Gong dengan cara yang paling childish.
Memang benda ni mencetuskan kontroversi yang besar di Malaysia, clearly it's a provocation in creating the tense in community. The culprit trying to create a paradox between Muslim and Datuk Gong followers..
Namun ia juga buat Non Muslim tertanya kenapa tiada berhala dalam Islam.. Biarpun berhala nampak mcm "Melayu" sekalipun.
Cuba soalnya adakah kita mampu menahan perasaan panas dan cuba menjelaskan kebenaran. Dakwah bukannya kerja mudah dari dulu hingga sekarang.
Monday, April 22, 2019
Char Kuey Teow
Bila first time makan "Char Kuey Teow" dengan isteri kat Penang.. Katanya sedap dan ramai orang yang singgah. Punya tak sabar2 tunggu ni nak rasa masakan orang Islam punya Char Kuey Teow..
(5 minit kemudian)
".... Kenapa Char Kuey Teow ni mcm banyak kuah je? Bukan goreng ke?"
"Ni la 'Char Kuey Teow', kan memang mcm tu.." isteri jawab
"Habis kalau yang kering tu panggil apa? "
"Oo yang tu Abg kena order 'Kuey Teow GORENG'.."
😂😅😫 Ya Allah dalam bahasa Hokkien "Char" maksudnya goreng, kalau cina order Char Kuey Teow=Kuey Teow Goreng huhu.. Baru tahu ada beza sikit menunya bila makan versi Muslim.
#doneclaimhokkien
(5 minit kemudian)
".... Kenapa Char Kuey Teow ni mcm banyak kuah je? Bukan goreng ke?"
"Ni la 'Char Kuey Teow', kan memang mcm tu.." isteri jawab
"Habis kalau yang kering tu panggil apa? "
"Oo yang tu Abg kena order 'Kuey Teow GORENG'.."
😂😅😫 Ya Allah dalam bahasa Hokkien "Char" maksudnya goreng, kalau cina order Char Kuey Teow=Kuey Teow Goreng huhu.. Baru tahu ada beza sikit menunya bila makan versi Muslim.
#doneclaimhokkien
Curiosity Save A Cat
Banyak cerita yang berlaku di hadapan secara spontan, apabila saya renung balik apa yang saya jumpa, dengar dan memerhati.. Akan jadilah cerita yang selalu share kat fb.
Al kisahnya semalam saya berikan Quran Terjemahan bahasa cina kepada salah seorang ahli macma di Taiping. Beliau dari 8pagi dah datang jumpa saya di tempat bertugas.. Maka berbual sedikit mengenai niatnya dapatkan Quran terjemahan.
"I boleh rasa you punya bahasa mandarin lagi lancar, memang belajar di Sekolah jenis kebangsaan cina ke sebelum ni? I cuma belajar setengah jalan saja.. Masa sekolah rendah belajar kat sekolah cina, bila sekolah menengah dah tukar ke aliran yang hanya mengajar BM BI."
"Masa tu I nak masuk Islam pun sangat susah oo.. Sebab I masih tak cukup umur. Ustaz suruh I balik dulu, tunggu sudah 18 tahun umur baru pergi daftar pengislaman."
"Kalau nak cakap kenapa I boleh masuk Islam.. I memang dari dulu macam curious la, Islam tu apa.. Apa kepercayaan muslim dan sebagainya. Jadi lepas masuk sekolah menengah I banyak tanya dengan kawan2 muslim sampailah saya rasa.. Ya Islam yang saya pilihkan untuk sepanjang kehidupan saya."
"Walaupun saya tak berapa fasih baca dan cakap bahasa mandarin, saya hantar semua anak2 saya ke sekolah cina. Juga harap mereka akan dapat manfaat daripada Quran terjemahan ini."
Selepas selesai edarkan quran terjemahan kepadanya, pada pagi yang sama saya perlu pergi ke tempat lain atas tugasan rasmi.
Selepas selesai tugas rasmi, saya sembang dengan seorang staf yang mengajar murid tadika.. Saya tanya mengenai ada tak murid non muslim yang datang tadika sebelum ni.
"2 tahun lepas ada seorang murid non muslim yang saya pernah ambil. Pengajaran semua takde masalah bila murid ni belajar sekali dengan murid Melayu. Cuma bila sampai slot Islam, saya pun mintalah murid non muslim tu duduk kat hujung kelas.. Sebab sensitiviti la kan, saya hanya mengajar Islam kepada yang Melayu saja. "
"Cuma yg lawaknya bila saya cuba tanya soalan2 mengenai Rukun Islam, Rukun Iman. Budak yang duduk jauh sekali tu (non muslim) yang jawab paling laju.. Padahal saya bukannya tanya dia pun."
"Lagipun sebab budak2 kan, walaupun saya letak dia kat hujung kelas masa mengajar slot Islam. Budak tu pun sambil2 dengar la sekali.. Nasib baik parents dia pun jenis sporting tak kisah.."
Dalam masa satu pagi saja saya dengar dua cerita yang berbeza. Benda ni juga buat saya teringat cerita al kahfi, segolongan pemuda yang lari ke gua dan tidur dalamnya ratusan tahun kerana ingin mempertahankan keimanan daripada kecaman raja yang kejim.
Allah SWT berfirman:"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."(QS. Al-Kahf 18: Ayat 10)
Allah SWT berfirman:"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."(QS. Al-Kahf 18: Ayat 13)
Kebanyakan orang yang memeluk Islam adalah remaja, orang muda.. Kalau ada orang tua sekalipun selalunya mereka sudah lama tahu tentang Islam sejak muda tapi sebab halangan keluarga sehingga tak jadi mengucap syahadah.
Orang muda berfikiran kritis dan cekap, bila bertemu dengan islam semestinya bersoal macam2 soalan pelik. Bukan kerana mereka mempunyai niat memperlekeh Islam tapi atas niat "ingin tahu"..
Yang untungnya jadi non muslim waktu muda adalah kerana mereka bebas bertanya apa2 tentang Islam kerana benar2 "tidak tahu". Sebab tak tahu, tanyalah la mereka kepada kawan2, carikan buka, baca slot agama dalam surat khabar sehingga ada yang curi2 baca quran terjemahan di kedai buku sebelum dihalau tuan kedai.
Hanya kerana ingin tahu, curiousity.
You Sudah Masuk Melayu?
"Lu 'Jip Huan' liao Ah?" (you sudah masuk Melayu ka?)
Soalan yang paling selalu orang tanya pada saya. Apa tidaknya? Bila orang tengok cina memeluk Islam saja, pasti akan melihat simptom2 ini terjadi kat kebanyakan cina muslim :
Makan macam melayu
Nama macam melayu
Cakap macam melayu
Hidup macam melayu
Yang paling last kahwin dengan melayu XD
Pada hakikatnya agama Islam bukan milik kaum melayu semata-mata, ia adalah agama yang universal. Sesiapa pun boleh menjadi Muslim sekiranya mereka berkehendak..
Saya kenal seorang kawan China yang memeluk Islam pada umur sekitar 18 tahun, bila saya cuba sembang dengannya tak boleh campur english/bm sangat sebab dia hanya faham bahasa mandarin 100% sahaja. Bagaimana saya nak mengatakan kawan china saya "masuk melayu"?
Ada juga segelintir cina muslim yang tak kahwin dengan melayu, tapi cina muslim yang berhijrah juga. Bagaimana saya nak katakan mereka masuk Islam sebab nak kahwin?
Sampailah sekarang makin ramai yang mengekalkan nama asal/cina lepas masuk Islam, macam mana nak cakap nama mereka macam melayu pula?
Cuma bezanya hidup atas syariat Islam, ada halal haram dan batas dalam segala urusan kehidupan. Tidak bererti kaum dan bangsa seseorang boleh ditukarkan sesuka hati..
Bukan masuk melayu, masuk Islam beb
Soalan yang paling selalu orang tanya pada saya. Apa tidaknya? Bila orang tengok cina memeluk Islam saja, pasti akan melihat simptom2 ini terjadi kat kebanyakan cina muslim :
Makan macam melayu
Nama macam melayu
Cakap macam melayu
Hidup macam melayu
Yang paling last kahwin dengan melayu XD
Pada hakikatnya agama Islam bukan milik kaum melayu semata-mata, ia adalah agama yang universal. Sesiapa pun boleh menjadi Muslim sekiranya mereka berkehendak..
Saya kenal seorang kawan China yang memeluk Islam pada umur sekitar 18 tahun, bila saya cuba sembang dengannya tak boleh campur english/bm sangat sebab dia hanya faham bahasa mandarin 100% sahaja. Bagaimana saya nak mengatakan kawan china saya "masuk melayu"?
Ada juga segelintir cina muslim yang tak kahwin dengan melayu, tapi cina muslim yang berhijrah juga. Bagaimana saya nak katakan mereka masuk Islam sebab nak kahwin?
Sampailah sekarang makin ramai yang mengekalkan nama asal/cina lepas masuk Islam, macam mana nak cakap nama mereka macam melayu pula?
Cuma bezanya hidup atas syariat Islam, ada halal haram dan batas dalam segala urusan kehidupan. Tidak bererti kaum dan bangsa seseorang boleh ditukarkan sesuka hati..
Bukan masuk melayu, masuk Islam beb
Geram Geram
Bila tak puas hati, tidak senang hati atau geram je.. Laju taip kat FB status, whatsapp status, instagram pun letak gambar2 yang seperti mengisahkan situasi peribadi.
Ahh lega.. dah lepaskan semua geram kat media sosial, biar orang komen ramai2 dan "Like" status kita. Tambah2 kawan pun pakat mengata 'musuh' kita, lagi la rasa puas hati..
Tapi bila kita dedahkan terlalu banyak "suara hati" yang tidak tenang ini di media sosial, secara tidak langsung kita tengah membuka peluang kepada orang untuk menjatuhkan nama baik kita.. Ada je mata yang tengah perhati, screenshot segala pendapat kita, yang jauh lebih malang status yang berunsur negatif ini disebarkan secara meluas..
Hanya kerana meluahkan perasaan yang tidak tenteram.
Hamba Allah yang paling kuat bukannya manusia yang kuat melatah kat fb, media sosial. Sebaliknya adalah manusia yang pandai menjaga lidah dan juga "jejari" yang menaip sebarang pendapat/status. Bila hati terjaga daripada meluahkan segala pemikiran yang negatif, semestinya orang tidak dapat mencari kelemahan dalam diri untuk menjatuhkan kita.
Maka bila hati rasa tidak tenang.. Hanya luahkan segala-galanya selepas tunaikan solat, insyaAllah hati jauh lebih tenang daripada meluahkan kepada manusia yang tidak pernah sempurna.
"No Comment"
Terbaca seorang penulis fb yang sengaja tutup ruang komen, dia bebas menulis apa2 saja yang dia nak, tentang kehidupan, nasihat pasal rumahtangga, hal suami isteri, hikmah Islam. Yang anehnya ratusan shares, lebih seribu like tapi satu komen fb pun takde.
Bila baca turut rasa sungguh berbeza dengan post viral yang biasa lalui fb sebelum ni, mcm2 komen netizen tulisnya.. Kadang2 komen melampau banyak sampai tenggelam post asal, lg teruk kalau tuan fb pun join sekali bergaduh dalam komen.
Tenang.
Rasanya mcm membaca buku yang memang tiada ruang komen bagaikan bunyi gangguan yang lalu lalang.. Yang paling selesa takde sesiapa pun boleh tersilap taip kata2 yang menyakiti orang sehingga kena kecam, viral sehingga kena tangkap oleh pihak berkuasa.
Apakah kita terlalu rajin tinggalkan komen tanpa berfikir, ataupun selalu membaca komen yang begitu rendah akalnya sehingga kita pun terikut-ikut sekali?
Penulis fb yang saya baca:
https://www.facebook.com/firdausshakirin.25
Bila baca turut rasa sungguh berbeza dengan post viral yang biasa lalui fb sebelum ni, mcm2 komen netizen tulisnya.. Kadang2 komen melampau banyak sampai tenggelam post asal, lg teruk kalau tuan fb pun join sekali bergaduh dalam komen.
Tenang.
Rasanya mcm membaca buku yang memang tiada ruang komen bagaikan bunyi gangguan yang lalu lalang.. Yang paling selesa takde sesiapa pun boleh tersilap taip kata2 yang menyakiti orang sehingga kena kecam, viral sehingga kena tangkap oleh pihak berkuasa.
Apakah kita terlalu rajin tinggalkan komen tanpa berfikir, ataupun selalu membaca komen yang begitu rendah akalnya sehingga kita pun terikut-ikut sekali?
Penulis fb yang saya baca:
https://www.facebook.com/firdausshakirin.25
Tahu Tahu Tak Tahu
Masa sebelum kenali Islam, saya tak berani menghina mana2 agama termasuklah Islam kerana saya "tidak tahu". Saya langsung tiada ilmu mengenai sejarah Nabi dan Tuhan dalam Islam masa itu.. Jadi kenapa saya ingin menghina atas benda yang sendiri tidak tahu langsung.
Bila buka fb pada zaman sekarang, nampak seseorang "makcik professional" yang cuba mempersendakan Islam seolah2nya "semua tahu", padahal nampaknya cara penulisan lebih kepada mengejek segolongan manusia yang tidak pernah sempurna, sehinggalah cuba kaitan manusia yang serba kurang ini dengan darjat Nabi.
Adakah itu buat2 tak tahu ataupun memang tak nak tahu tentang kebenaran Islam?
Jangan samakan Nabi, utusan terakhir dengan manusia selepas wafatnya baginda.. Jangan sekali. Memang tiada lagi manusia yang diberikan wahyu Quran selepas ini, dalam kalimah syahadah semasa bersolat berkali2 mengucapnya.. Semestinya manusia zaman sekarang pasti ada kekurangan dan kelemahan, sehingga Allah menjadikan Nabi-nabi menjadi teladan kepada seluruh dunia.. Kerana manusia sering terlupa dengan peringatan Allah.
Semoga Allah melindungi keimanan kita dan jauhkan segala fitnah daripada Islam.
Aib Orang Aib Kita
"Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat”
(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)
Maaf cakap, bila saya buka FB baru2 ni.. Boleh kata 70% adalah mengenai aib orang atau paling dahsyat adalah aib tuan badan sendiri. FB seumpama jadi luahan segala aib yang ada..
Dari viralnya ustaz ceraikan isteri sebab nak kahwin dengan janda.. kariah Masjid hentam NGO, pihak masyarakat kritik pihak berkuasa kononnya tak mahir menjalankan tugas demi kepentingan peribadi.. sampailah hal rumahtangga pun siap upload gambar2 "orang ketiga", segala whatsapp message dan muka bekas suami sendiri.
Kami netizen bila dapat baca bab2 aib ni, tahu makan popcorn dengan buat fingers exercise je la.. Taip komen kritik sesuka hati tanpa mengetahui cerita sebenar langsung. Nak tahu macam mana sebab netizen memang orang luar daripada segala isu rumahtangga orang.
Kecoh macam mana pun keadaan di antara dua pihak, pasti ada pendamaian suatu hari jua.. Bayangkan bila keadaan dah makin cool, masing2 nak move on dah tapi aib masih tersebar jauh kat internet. Netizen siap printscreen, media buat tajuk sensasi utk dapat untung Ads, biar tuan badan tutup FB account sekalipun.. Aib yang tersebar sendiri dah tak boleh tarik balik. Tiada sesiapapun mampu padam segala cerita yang dah viral..
Sebab tu Islam suruh jaga aib orang, termasuklah aib diri sendiri.. Manusia hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai maruah dan imej, sakit hati mcm mana pun pergilah tumbuk dinding ke, buat solat tahajjud atau tulis diary ke.. Jangan sesekali tuliskan segala aib dalam social media.
Sakit hati macam mana pun, simpan jalan keluar untuk diri sendiri daripada segala keadaan.. Supaya kita dapat mencari penyelesaian dan pendamaian suatu hari jua. Bila rasa runsing dan helpless.. Carilah jawapan daripada al-Quran, hadis sahih.. Islam sebagai panduan kehidupan dalam segala penyelesaian biarkan bagaimana zaman berubah.. Bukannya cari jawapan daripada tentera bawang al-netizen.
Bila hati rasa geram, tutup la hp dan hentikan segala social media sementara.. Doakan Allah agar memudahkan segala urusan dan berikan jalan keluar.
Subscribe to:
Posts (Atom)