Monday, April 22, 2019

You Sudah Masuk Melayu?

"Lu 'Jip Huan' liao Ah?" (you sudah masuk Melayu ka?)

Soalan yang paling selalu orang tanya pada saya. Apa tidaknya? Bila orang tengok cina memeluk Islam saja, pasti akan melihat simptom2 ini terjadi kat kebanyakan cina muslim :

Makan macam melayu
Nama macam melayu
Cakap macam melayu
Hidup macam melayu
Yang paling last kahwin dengan melayu  XD

Pada hakikatnya agama Islam bukan milik kaum melayu semata-mata, ia adalah agama yang universal. Sesiapa pun boleh menjadi Muslim sekiranya mereka berkehendak..

Saya kenal seorang kawan China yang memeluk Islam pada umur sekitar 18 tahun, bila saya cuba sembang dengannya tak boleh campur english/bm sangat sebab dia hanya faham bahasa mandarin 100% sahaja. Bagaimana saya nak mengatakan kawan china saya "masuk melayu"?

Ada juga segelintir cina muslim yang tak kahwin dengan melayu, tapi cina muslim yang berhijrah juga. Bagaimana saya nak katakan mereka masuk Islam sebab nak kahwin?

Sampailah sekarang makin ramai yang mengekalkan nama asal/cina lepas masuk Islam, macam mana nak cakap nama mereka macam melayu pula?

Cuma bezanya hidup atas syariat Islam, ada halal haram dan batas dalam segala urusan kehidupan. Tidak bererti kaum dan bangsa seseorang boleh ditukarkan sesuka hati..


Bukan masuk melayu, masuk Islam beb

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...