Monday, April 22, 2019

Curiosity Save A Cat


Banyak cerita yang berlaku di hadapan secara spontan, apabila saya renung balik apa yang saya jumpa, dengar dan memerhati.. Akan jadilah cerita yang selalu share kat fb.

Al kisahnya semalam saya berikan Quran Terjemahan bahasa cina kepada salah seorang ahli macma di Taiping. Beliau dari 8pagi dah datang jumpa saya di tempat bertugas.. Maka berbual sedikit mengenai niatnya dapatkan Quran terjemahan.

"I boleh rasa you punya bahasa mandarin lagi lancar, memang belajar di Sekolah jenis kebangsaan cina ke sebelum ni? I cuma belajar setengah jalan saja.. Masa sekolah rendah belajar kat sekolah cina, bila sekolah menengah dah tukar ke aliran yang hanya mengajar BM BI."

"Masa tu I nak masuk Islam pun sangat susah oo.. Sebab I masih tak cukup umur. Ustaz suruh I balik dulu, tunggu sudah 18 tahun umur baru pergi daftar pengislaman."

"Kalau nak cakap kenapa I boleh masuk Islam.. I memang dari dulu macam curious la, Islam tu apa.. Apa kepercayaan muslim dan sebagainya. Jadi lepas masuk sekolah menengah I banyak tanya dengan kawan2 muslim sampailah saya rasa.. Ya Islam yang saya pilihkan untuk sepanjang kehidupan saya."

"Walaupun saya tak berapa fasih baca dan cakap bahasa mandarin, saya hantar semua anak2 saya ke sekolah cina. Juga harap mereka akan dapat manfaat daripada Quran terjemahan ini."

Selepas selesai edarkan quran terjemahan kepadanya, pada pagi yang sama saya perlu pergi ke tempat lain atas tugasan rasmi.

Selepas selesai tugas rasmi, saya sembang dengan seorang staf yang mengajar murid tadika.. Saya tanya mengenai ada tak murid non muslim yang datang tadika sebelum ni.

"2 tahun lepas ada seorang murid non muslim yang saya pernah ambil. Pengajaran semua takde masalah bila murid ni belajar sekali dengan murid Melayu. Cuma bila sampai slot Islam, saya pun mintalah murid non muslim tu duduk kat hujung kelas.. Sebab sensitiviti la kan, saya hanya mengajar Islam kepada yang Melayu saja. "

"Cuma yg lawaknya bila saya cuba tanya soalan2 mengenai Rukun Islam, Rukun Iman. Budak yang duduk jauh sekali tu (non muslim) yang jawab paling laju.. Padahal saya bukannya tanya dia pun."

"Lagipun sebab budak2 kan, walaupun saya letak dia kat hujung kelas masa mengajar slot Islam. Budak tu pun sambil2 dengar la sekali.. Nasib baik parents dia pun jenis sporting tak kisah.."

Dalam masa satu pagi saja saya dengar dua cerita yang berbeza. Benda ni juga buat saya teringat cerita al kahfi, segolongan pemuda yang lari ke gua dan tidur dalamnya ratusan tahun kerana ingin mempertahankan keimanan daripada kecaman raja yang kejim.

Allah SWT berfirman:"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."(QS. Al-Kahf 18: Ayat 10)
Allah SWT berfirman:"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."(QS. Al-Kahf 18: Ayat 13)

Kebanyakan orang yang memeluk Islam adalah remaja, orang muda.. Kalau ada orang tua sekalipun selalunya mereka sudah lama tahu tentang Islam sejak muda tapi sebab halangan keluarga sehingga tak jadi mengucap syahadah.

Orang muda berfikiran kritis dan cekap, bila bertemu dengan islam semestinya bersoal macam2 soalan pelik. Bukan kerana mereka mempunyai niat memperlekeh Islam tapi atas niat "ingin tahu"..

Yang untungnya jadi non muslim waktu muda adalah kerana mereka bebas bertanya apa2 tentang Islam kerana benar2 "tidak tahu". Sebab tak tahu, tanyalah la mereka kepada kawan2, carikan buka, baca slot agama dalam surat khabar sehingga ada yang curi2 baca quran terjemahan di kedai buku sebelum dihalau tuan kedai.

Hanya kerana ingin tahu, curiousity.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...