Saturday, May 21, 2016

Hamba Allah Yang Lemah Lembut

Tengah bacakan 2 kalimah syahadah dalam bahasa cina supaya beliau faham apa ertinya.

Hari ni sempat membantu seorang uncle cina yg tua dan nyanyok untuk melafaz syahadah, saya tolong bacakan erti syahadah dalam bahasa cina semasa ustaz berjabat tangan dengannya.. atas keselamatan dan rahsia identiti beliau, saya tidak ingin kongsi gambarnya, cukuplah Allah SWT sebagai penyaksi kami.

"Kamu pun tahu kan.. masyarakat Cina kita.. tak boleh terima sangat.. bab Islam ni, bukan macam China, berapa ramai orang Islam di sana?? tapi.. bukannya isu pun." Beliau bagitahu saya dalam bahasa kantonis.

Wednesday, May 18, 2016

Bila Azan Berkumandang



Dulu pernah turun ke suatu kampung atas urusan kerja. Di situ terdapat Kampung Melayu dan Kampung Baru duduk bersebelahan saja.. Semasa mesyuarat tengah berlangsung, azan waktu Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ahli Cina yang tengah bentangkan kertas kerja itu terus berhenti cakap dan bagitahu kami semua, "Dah azan.."

Maka mesyuarat berhenti sebentar.. sehinggalah Azan habis berkumandang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Mr Lim yang salah seorang ahli Cina.. Masa tu boleh kata ada 80% ahli Melayu dan 20% ahli Cina duduk semeja dalam mesyuarat.

Friday, May 13, 2016

Bawah Umur


Dalam hal pengurusan syahadah, saya percaya yang paling mencabar adalah remaja bawah umur 18 tahun yang berhasrat memeluk Islam. Ia bukannya semudah pendaftaran atas kertas tapi apabila keluarga remaja tersebut mengetahui tentang pengislamannya.. Keluarga boleh mohon batalkan permohonan pengislaman tersebut atas sebab "Bawah umur 18 tahun dan tiada keizinan daripada Ibu Bapa/Penjaga".

Ya.. memang pernah ada kes sebegini sehingga seorang remaja perempuan buat pengumuman dalam suratkhabar cina bahawa beliau bukan lagi Islam selepas dikritik hebat oleh masyarakat dan pembantahan keluarganya sehingga ke Pejabat Agama dan mahkamah syariah.

Namun peristiwa ini tidak pernah menghentikan kedatangan hidayah kepada hambaNya.. Seseorang yang telah baligh adalah dianggap Sah untuk membuat pilihan samada memeluk Islam ataupun tidak. Dimana syarat 18 tahun hanyalah syarat yang ditetapkan oleh pengurusan manusia sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...