The beauty of green fields and Masjid in Perlis |
Saya kerap teringat bilik surau yang terletak dalam bilik stor oleh bekas firma saya, bukannya ingin mengkritik bekas firma sebagai tidak mempunyai belas kasihan, tapi apa yang menarik perhatian saya adalah kesabaran murid2 praktikal yang tetap menjaga kebersihan lantai dan sejadah biarpun dikelilingi oleh lambakan file.
Dari situ saya bertanya dimanakah Tuhan orang islam? Pada masa dahulu saya tidak mengenali islam langsung, apatah lagi apa yang disembah oleh muslim. Pada waktu rehat saya melihat murid2 masuk ke dalam surau beramai2 selama 10 minit. Namun kadang kala saya memasuki bilik stor atas arahan mencari file, saya tidak menemui sebarang perantaraan yang disembah.
Rasa aneh, tapi tak berani bertanya. Kami telah diasuh oleh semua bahawa jangan banyak bertanya tentang "Islam", sensitif. Ia bukan agama kami yang bukan bangsa melayu, kami tiada hak untuk menyibuk sebarang urusan tentangnya.
Sehinggalah saya bekerja 2 tahun di situ, saya masih tidak memahami apakah rahsia dalam bilik stor alang2 surau. Ia menyimpan seribu satu rahsia.
Biarpun saya kadang kala disuruh berkemas bilik stor bersama murid praktikal, kami tiada sesiapapun mengatakan apa2 tentang bilik stor semasa makan bersama di restoran mamak. Saya hormati mereka sebagai orang islam dan bawa mereka ke tempat yang orang Islam makan sahaja.
"Brother, actually I have embraced Islam few months ago.." suatu hari saya terjumpa mereka di shopping center, saya terus khabarkan berita ini.
Mereka tergamam dan tidak dapat kata apa2. Saya tidak pernah menyoal mereka kenapa tidak pernah jelaskan apakah fungsi surau yang berada dalam bilik stor. Kerana Allah SWT telah tunjukkan jalan yang benar kepada saya walaupun tergapai2 mencari kenenaran.
Semua berlaku atas kehendak Allah SWT.. biarpun saya telah biasa mengasingkan diri daripada soal agama, saya tetap menemui kebenaran Islam yang hakiki biarpun manusia cuba seribu daya menghalangnya.
Mashaallah. Teruskan menulis tuan.
ReplyDeleteTerima kasih atas tulisan tuan yg menyedarkan saya yg ' borned muslim'
ReplyDeleteSungguh..Islam itu mulia
akan dimuliakan orang yg 'mencari'
kemuliaan Islam.
Jazakumullahul khoir
Terima kasih atas tulisan tuan yg menyedarkan saya yg ' borned muslim'
ReplyDeleteSungguh..Islam itu mulia
akan dimuliakan orang yg 'mencari'
kemuliaan Islam.
Jazakumullahul khoir